Mar 29, 2012

PRU13 - MAHATHIR ARAH BN SIAP SEDIA UNTUK KALAH!!?








Bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".


Beliau berkata pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya.

"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita di Putrajaya Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.

"Kemungkinan perkara itu ada benarnya dan tidak," katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan ucap utama bertajuk 'Bahasa - Penghalang atau Kelebihan Pelajar Melayu' pada Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa di sini.

Bernama melaporkan dalam ucapannya itu, Dr Mahathir berkata menguasai bahasa Inggeris bukan bermaksud seseorang itu perlu melupakan bahasa Melayu yang menjadi identiti bangsa.

"Bahasa Melayu mesti terus dipupuk kerana mungkin satu hari nanti ia akan menjadi bahasa ilmu tetapi hakikatnya ketika ini bahasa ilmu ialah bahasa Inggeris, jadi kita perlu menguasainya," kata beliau.

Dr Mahathir berkata peranan bahasa di zaman moden ini juga bukan sekadar menjadi penentu identiti sesuatu bangsa tetapi juga untuk menjadikan bangsa itu sebagai bangsa terpelajar. - AGENDA NEWS.


 Lagi Artikel Mahathir (KLIK pada tajuk di bawah) :-





3 comments:

Jokiden said...

Dalam PRU12 undi popular adalah 50/50, namun dalam PRU13 dijangkakan undi popular memihak kepada BN, analisa kena cari sendirilah. Kali ini mungkin 60/40 memihak kepada BN. Maknanya majoriti 2/3 akan dapat.

Anonymous said...

saya harap Allah akan menunjukkan UMNO dan BN kearah kebenaran dalam memimpin negara ini dan semoga Allah memenangkan UMNO dan BN InshaAllah. . ini kerana pada ingatan saya UMNOlah paling banyak jasanya pada negara ini baik dari segi pembangunan jasmani dan rohani. . bukanlah pembangkang yang berjuang atas dasar demdam dan gila kuasa.

drsbos said...

UMNO sebagai sebuah parti Melayu Islam perlu dipimpin oleh mereka yang ada semangat Melayu Islam. Kepimpinan harus mempunyai anjakan paradigma ke arah berdaya maju untuk Melayu Islam. Saya anjurkan semua Melayu Islam khusunya pemimpinUMNO baca buku " NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU". Pemikiran seorang bangsa CINA dengan kecinaannya tapi berlandaskan ISLAM.

Powered by Blogger.