Mar 14, 2012

PEMBUNUH DICEKUP - ADIK NURUL NADIRAH NYAWA2 IKAN DIBAKAR!!?







 Seperti yang semua sedia maklum bahawa Ujian DNA telah mengesahkan bahawa rangka rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit Nusa Damai adalah adik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya Dirang dari rumahnya di Flat Seri Delima dua minggu yang lalu.

Pihak polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri untuk membantu siasatan.

Menurut beberapa laporan akhbar hari ini pihak Polis sedang dalam proses menyiapkan kertas siasatan untuk mendakwa suspek yang membunuh dan membakar Nur Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang.
 
Pihak polis sedang menunggu laporan dari jabatan kimia untuk menyiapkan kertas siasatan dan akan dikemukakan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selajutnya.






Tiga dari empat suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis metamphetamine dan “ice”. Dua dari suspek tersebut juga didapati mempunyai rekod jenayah untuk kes dadah dan curi.

Harap siasatan cepat selesai dan pembunuh segera dihadapkan ke mahkamah untuk hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang kejam ini.

Jikalau benar mereka ini adalah Pembunuh Adik Dirang, tiada sebab mereka diberi peluang untuk terus hidup di muka bumi Allah ini. Kerana fakta jelas melaporkan bahawa majoriti pembunuh2 sebegini menerusi rekod Mahkamah tidak akan pernah serik melakukan kekejaman sebegini jika mereka tidak dijatuhkan hukuman setimpal.

 Insyaallah. Adik Nurul Nadirah bakal Tenang dilindungi Allah di Syurga. Al Fatihah.

6 comments:

Anonymous said...

Cikgu"S"
Hukuman yang patut diterima oleh mereka yang terlibat ialah PANCONG bukan gantug walau pun matlamatnya sama ia itu hukuman mati!

freemalaysiakini said...

layarilah laman portal web berita terkini DAN PERCUMA freemalaysiakini2

Anonymous said...

Pancung lg cpt mati..depa kena dibakar hidup2 je

Anonymous said...

kes ni akan selesai dengan cepat...Insyaalah....
tak seperti kes hartawan kosmitik dah bertahun tak ada keputusan lagi..rayu...tangguh...rayu...tangguh..sebab yg tertuduh bukan sebarang orang walaupun yg dibunuh bukan sorang.
kes adik ni melibatkan ordinary people dan dibawah pengaruh dadah..
kes hartawan tu pulak tertuduh dibawah pengaruh wang dan alkohol...
minum arak tak salah....telan dadah salah...
karpal singh tak nak jadi peguam pemerhati keluarga adik Dirang ke?
sumbangan satu sen dari saya untuk karpal singh&co...

Anonymous said...

lain kali main lg fb,anak 5 thn di suruh nyer beli maggi n telor,mmg tak masuk akal,bila dh kne mcm nie baru nk myesal,bukan sy tk simpati,so sbg org tua,kita kne fikir balik,knapa,mgapa?aku suruh budak 5 tahun gi beli barang.so ibu bapa di luar sana,fikir lah sblm membuat ssuatu.

bella said...

ye btul juga..buat pa nak sruh ak pg bli..manggi tak dpat nak kmbalikan ak yg tlh mati...jdikanlah ini sbgai iktibar

Powered by Blogger.