Mar 14, 2012

NOH OMAR SAMAN ADUN SEKINCHAN RM110 JUTA!!







Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memfailkan saman fitnah terhadap kerajaan negeri Selangor serta Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim kerana didakwa memfitnah beliau.

Noh berkata, kerajaan negeri Selangor melalui akhbar rasminya SelangorKini dalam keluaran 25 November-2 Disember 2011 menerbitkan dua artikel yang dikatakan memfitnah beliau berbunyi: "Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan" serta artikel yang turut menyiarkan kain rentang "Noh Omar khianat petani dan lesap RM110 juta untuk bantuan petani".

"Satu kita saman kerajaan negeri bersama enam yang lain termasuk sidang pengarang SelangorKini dan satu lagi kepada ADUN Sekinchan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Katanya, saman sebanyak RM10 juta setiap satu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Mac lalu melalui peguamnya, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Noh berkata, penerbitan kata-kata fitnah itu boleh menjatuhkan reputasi beliau sebagai anggota parlimen Tanjong Karang, menteri dan juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

Mahkamah menetapkan 22 Mac ini untuk pendengaran pengurusan kes. - BERNAMA

1 comments:

Ocean 13 said...

salam 1Malaysia

sila layari blog ocean13 di http://ocean-13.blogspot.com/..

terima kasih

Powered by Blogger.