Mar 23, 2012

NAJIB UMUM TARIKH PRU13 DI STESEN RADIO CINA!!?








Bila pilihanraya? Sekali lagi Datuk Seri Najib Tun Razak ditanya mengenai soalan popular itu.Ini semasa sesi temuramah beliau dengan stesen radio berbahasa Cina 988 FM pagi Khamis.

Pengacara radio itu ingin tahu apakah ia ada kemungkinan pada bulan Mei atau Jun ini.

Dari jawapan yang Perdana Menteri berikan berbagai andaian boleh dibuat darinya.

Ada pemerhati yang tidak nampak kemungkinan bulan Jun ini seperti yang hangat diramalkan kebelakangan ini.

Dalam jawapannya Perdana Menteri jelas berkata penentu tarikh PRU13 bergantung kepada banyak faktor.

Kataya beliau masih lagi menilai situasi.

Beliau secara spesifik menekankan waktu yang paling sesuai ialah bila tahap keyakinan rakyat pada kerajaan dan feel good factor tinggi.

Katanya ia juga bergantung kepada kemampuan kerajaan menyelesaikan beberapa isu yang belum beres.

Sebelum ini Najib pernah berkata beliau ingin melihat dulu pelbagai program pentabirannya menampakan kesan dan dirasai rakyat.

Apakah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia,Kedai Rakyat 1Malaysia,Klinik 1 Malaysia dan sebagainya sudah cukup menzahirkan ' feel good factor' dikalangan rakyat yang dimaksudkan Najib itu?

Selain membuat pelbagai pengumuman program dan dasar baru kerajaan,Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah bergerak [I]hand in hand[/I] ' pusing keliling' satu Malaysia kebelakangan ini.

Banyak spekulasi menjurus kepada pergerakan mereka bertemu rakyat secara langsung khususnya pada setiap hujung minggu sekarang.

Namun ada pemerhati yang menjangka banyak lagi ' bom'  yang akan dilontar oleh Najib dan Muhyiddin dalam menyegarkan angin ' [I]feel good factor[/I]' yang dihajatkan.

Secara umumnya kerajaan tidak banyak berdepan dengan isu kecuali NFC yang masih hangat diperbualkan.

Datuk Seri Shahrizat Jalil,isteri kepada Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail sudah mengumumkan akan letak jawatan bila tempoh Senator beliau tamat pada 8 April ini.

Perdebatan politik ini bertumpu kepada soal samaada Shahrizat perlu letak jawatan Ketua Wanita UMNO atau tidak sekalipun secara prinsipnya beliau tidak ada kaitan langsung dengan isu NFC.

Terbaru ia dihangatkan dengan kenyataan Naib Ketua Wanita Datuk Kamalia Ibrahim dalam interbiu dengan akhbar The Star yang mahu beliau letak jawatan untuk ' memudahkan' pergerakan itu turun ke bawah berkempen.

Kalau pembangkang masih hendak terus main isu kilang proses nadir bumi ,Lynas di Gebeng,Kuantan,Najib telah memberi jawapan yang tegas dalam interbiu dengan 988 FM itu.

Katanya apa yang dimainkan oleh pembangkang kebelakangan ini cuma sentimen politik.

Perdana Menteri menegaskan kerajaan hanya akan batalkan projek gergasi itu jika ada bukti kukuh dari segi saintifik ia boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan rakyat.

Katanya kerajaan tidak akan berkompromi jika ia didapati terbukti dati segi santifik boleh membawa mudarat.

Dewan Rakyat Selasa telah meluluskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas.

Pembangkang sekali lagi main sandiwara menolak dan memboikot penyertaan dalam jawatankuasa berkenaan.

"Bagi mereka yang menentang Lynas, kita perlu berdialog. Kita ingin tahu apakah alasan saintifik dan teknikal bagi membantah operasi Lynas."Perlu ada bukti kukuh bahawa kesihatan dan keselamatan penduduk sekitar khususnya akan terjejas. Dan jika ada bukti serius, kita pasti tidak akan benarkan Lynas beroperasi," kata Najib.

Menurut beliau dialog seperti itu tidak boleh berdasarkan emosi atau hujah politik kerana ada kemungkinan isu Lynas ini digunakan untuk tujuan politik.

"Apa yang bermula hanya sebagai satu isu alam sekitar telah menjadi isu politik. Ini amat mengecewakan.Kita perlu adakan dialog ini dan melibatkan orang ramai sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad. Tapi saya boleh memberi jaminan kepada rakyat bahawa keselamatan mereka tidak sekali-kali akan dipertaruhkan," katanya.

Perdana Menteri berkata pembentukan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas bertujuan melihat langkah-langkah yang kerajaan boleh ambil bagi menangani sebarang kebimbangan rakyat.

Ketika ditanya sama ada perakuan-perakuan jawatankuasa itu akan dilaksanakan, beliau berkata : "Kita mahukan bukti saintifik, dan jawatankuasa ini adalah satu daripada kaedahnya. Adalah diharapkan satu penilaian objektif mengenai projek ini dapat dibuat.

"Yang pasti ialah terdapat satu tanggungjawab moral yang kuat, namun kita tidak terikat dengannya daripada segi undang-undang, tetapi akan dijadikan asas kukuh untuk kita membuat keputusan," katanya.

Bagaimana tentang soal calon BN untuk PRU13?

Menjawab soalan pengacara 988 FM Najib berkata beliau sedia mengambil risiko tidak akan calonkan semula wakil rakyat BN yang tidak perform dan tidak winnable.

Perdana Menteri sedar ada nanti yang merasa kecil hati namun beliau tidak ada pilihan dalam memastikan calon-calon yang selari dengan kehendak pengundi sahaja yang akan turun padang mewakili BN dalam pilihanraya mencabar ini.

Kepada satu soalan lain samaada beliau mempunyai 'kawan sejati',Najib berkata beliau tidak kisah 'hilang kawan' mereka yang merasa kecil hati semata-mata kerana kehendak politik dan kepentingan peribadi mereka tidak dapat dipenuhi.

Katanya beliau mempunyai sebilangan kawan baik yang bersedia untuk mengetepikan agenda politik dan peribadi.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada juga yang mempunyai kepentingan dan matlamat dalam politik.

“Katakanlah,seorang wakil rakyat itu tidak diingini, saya perlu mendengar rakyat.Tetapi apa yang diamati, saya akan dipersalahkan sedangkan rakyat yang tidak mahu mereka,"ujarnya.

Katanya hajat pentabiranya ialah membawa Malaysia melangkah ke depan.

Apapun Perdana Menteri berkata untuk membolehkan matlamat itu tercapai BN harus memenangi pilihanraya umum akan datang. AGENDADAILY


0 comments:

Powered by Blogger.