Mar 20, 2012

NAJIB AKUI RAMALAN TEPAT - PRU13 BULAN JUN INI..!!?









Bukan sekali,dua,tiga,empat..malah sudah banyak kali Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi soalan sama sejak akhir-akhir ini.

Sekalipun tahu beliau pasti tidak akan memberi jawapan namun wartawan tetap terus bertanya lebih-lebih lagi bila spekulasi mengenainya bertambah hangat.
 
Itu juga halnya semasa sesi soal jawab selepas beliau melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur Isnin malam.

Apa lagi kalau bukan soalan bila pilihanraya umum.

Perdana Menteri berkata, melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.

Seperti biasa beliau tetap gam mulut.

Beliau berharap semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.

"Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu," katanya.

Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.

Menjawab pertanyaan mengenai pentingnya Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga, Najib menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil bagi mengelakkan Malaysia daripada ketidaktentuan politik.

Perdana Menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.

"Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat," katanya, sambil menambah kata, ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi.

"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya.

Menjawab satu pertanyaan, Najib berkata dasar kerajaan kini adalah lebih terangkum dan adil kerana kekayaan negara perlu diagihkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat bumiputera tetapi juga kaum-kaum minoriti.

Mengenai lawatannya ke Myanmar pada 26 Mac, Perdana Menteri berkata, lawatan itu akan merapatkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. AGENDADAILY




1 comments:

Anonymous said...

March 20, 2012 8:41 AM

Parlimen di bubar : 4 Jun 2012

Hari Penamaan Calon : 11 Jun 2012

Tarikh Buang Undi : 24 Jun 2012

.................................
Tarikh talian hayat bagi BN: 30 Mei, 1-2 Jun 2012 yang mesti diguna sebaik mungkin.

30 Mei - Pesta Kaamatan Sabah
1 Jun - Gawai Dayak Sarawak
2 Jun - Hari Keputeraan SPB Yang DiPertuan Agong

Tarikh ini semua government official dates.... senang nak spent bajet kerajaan .... Mengikut RAMALAN Ahad 24 Jun 2012, King Tide berlaku ... harap akan terjadi kepada BN .... tanda BN menang BESAR!

Powered by Blogger.