Mar 23, 2012

MUSLIMAT PAS TERUS SOKONG KAK IJAT - 5 KETUA WANITA UMNO NEGERI BALUN KAMILIA!!







Lima Ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi.

Semua ketua Wanita negeri  - Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - mengesahkan cadangan itu tidak pernah dibincangkan oleh kepimpinan Wanita Umno termasuk di peringkat negeri.

NONEMereka menegaskan Shahrizat - yang mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri pada 11 Mac lalu - telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Datuk Seri Najib Razak atau Kamilia sendiri.

Mereka - yang menganggotai kepimpinan Wanita pusat - juga "terkejut, hairan dan tidak tahu motif sebenar" mengapa Kamilia mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

"Siapa dia (Kamilia) suruh Datuk Seri Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).

"Kita pusing seluruh seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada perdana menteri dan Datuk Sharizat... Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti)," tegas Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari.

umno 2007 wanita 071107 kamilia ibrahimAkhbar The Star semalam melaporkan Kamilia (kiri) menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya.

Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan khas dengan pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara.






Sementara itu, empat ketua Wanita negeri - Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - menegaskan Wanita di negeri mereka memberi sokongan penuh kepada Shahrizat demi menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dekat dengan pilihan raya, Kamilia jangan buat hal. Jangan jejaskan keyakinan (rakyat) terhadap parti... Wanita perlu bekerja kuat untuk menangkan Umno dan BN," tegas Ketua Wanita Melaka Datuk Rubiyah Ali.







Ketua Wanita Umno Kedah berkata Datuk Maznah Abdul Hamid membidas Kamilia yang katanya, sepatutnya merujuk kepada exco dan ketua wanita negeri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan isu NFC.

"Waktu-waktu begini, kita sepatutunya merapatkan hubungan, bukan tikam daripada belakang... Shahrizat tidak pernah kata apa-apa dekat dia," katanya.

"Kita memberi sokongan kepada beliau Sshahrizat) untuk terus berjuang demi mencapai impian presiden Umno supaya bekerja bagi memenangkan parti," kata Ketua Wanita Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar.





Manakala Ketua Wanita Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai "suara sumbang" yang tidak mempunyai kaitan dengan perjuangan pergerakan itu.

Sebelum ini beberapa Pemimpin Muslimat PAS akar umbi pernah didakwa menyerang tindakan Zuraida yang tidak merujuk Syariah dalam membuat sebarang pertuduhan terhadap seorang Wanita berstatus Pemimpin sehingga mengaibkan imej Kaum Hawa secara umum.

Malah Dr. Mariah sendiri walaupun mengeluarkan kenyataan berlapik akan tetapi mengkritik pihak yang menyerang Shahrizat membuta tuli akan tetapi tidak sedikitpun melakukan perkara yang sama malah berdiam diri dari menyerang  individu sebenar yang lebih layak di bawa ke muka pengadilan.


12 comments:

Suara Baru said...

Salam perjuangan,
Mohon Tuan linkkan blog Gerakan 13 di blog Tuan. Terima kasih.

Anonymous said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

rezqeen hill said...

nice bro ;)

Anonymous said...

BERsih cekap amanah .

letak dimana.


kepimpinan melalui teladan.


letak dimana.


letak dikandang lembu ke.

Anonymous said...

apa jugak masalahnya kalau shahrizat diberi pinjaman 250 juta tu? Bukan free pun..dia kena bayar balik..macam loan kereta atau loan rumah la..lagipun lembu tu untuk pasaran orang islam..kan DAP tidak suka orang Islam maju..bodo punya melayu..asyik nak dengki aje..

Anonymous said...

saya pun nak rm240 juta boleh bagi ke?
nak dapat pinjaman TEKUN pun susah...

Anonymous said...

Macam mana nak dapat pinjaman, hutang2 dulu pun tak habis bayar. Hutang PTPTN anak2 yg ko jamin pun belum lagi start bayar. Tu belum campur credit card. Pokoknya ko memang tak layak diberi pinjaman. Jangan dengki orang lain dapat pinjaman. Kalau hati kita bersih, Allah murahkan rezeki kita.

P/s Kalau betul nak pinjam TEKUN, nape duduk depan computer. KANTOI.

Anonymous said...

konsep inovasi dan kretiviti atas aktiviti2 ternakan lembu, telah melahirkan kondo di bangsar,singapura dan terbaru di kazahtan RM 1.7juta,kondo di tanjung rambutan belum lagi.Amalan ini selari dgn konsep wa satay ya...

Anonymous said...

Memang seronok kalau dapat pinjam duit sebanyak tu..Masalahnya macam mana nak bayar balik. Kena ada pendapatan bulanan yg stabil dan tetap. Lembu lambat nak dapat hasil kot. Dari beranak hingga boleh jual ambik masa berapa lama ye? Dahlah tu beranak pulak sekor-sekor. Kalau sekali beranak banyak-banyak macam khinzir tu oklah juga. Cepat dapat pulangan cepat bayar hutang.

Ahmad Shukri Mokhtar said...

nak summit loan dgn TEKUN sememangnya susah kalau guna nama ANONYMOUS,.

Zek said...

Sangat gembira melihat sokongan padu daripada wanita UMNO seluruh negara kepada DS Shahrizat tetapi sedih kerana ditikam oleh naibnya dari belakang.

DS Shahrizat terkenal sebagai seorang pemimpin yang rajin bekerja dan sangat mengambil berat terhadap penduduk dikawasan pilihanrayanya.

Zek said...

Sangat gembira melihat sokongan padu daripada wanita UMNO seluruh negara kepada DS Shahrizat tetapi sedih kerana ditikam oleh naibnya dari belakang.

DS Shahrizat terkenal sebagai seorang pemimpin yang rajin bekerja dan sangat mengambil berat terhadap penduduk dikawasan pilihanrayanya.

Powered by Blogger.