Mar 28, 2012

MATA ANWAR HAMPIR TERKELUAR KECEWA HARGA RON95 TAK NAIK!!








Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON 95 tidak akan dinaikkan ketika ini.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.






"Belum lagi (kenaikan harga petrol RON 95), kita cuma dengar laporan daripada pihak Kementerian Kewangan mengenai defisit jika ada perubahan kepada subsidi-subsidi lain, bahan petroleum misalnya.
"Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion...apabila pertambahan subsidi sebanyak RM17 bilion, defisit kita menjadi semakin besar," katanya ketika mengulas kemungkinan harga minyak petrol RON95 bakal dinaikkan dalam masa terdekat.

Sebelum itu, Ismail Sabri melancarkan "Kempen Kurang Gula, Kurang Belanja" yang dianjurkan oleh d'Tandoor Food Industries Sdn Bhd di Menara Kuala Lumpur di sini, hari ini.


 



Ismail Sabri berkata, kenaikan harga petrol RON95 sudah dibincangkan ketika mesyuarat pasca-kabinet Rabu lepas, namun tiada keputusan dicapai berhubung perkara itu.

Beliau berkata, Kabinet diberi gambaran yang jelas mengenai kedudukan harga petrol itu dan kesan jangka panjang sekiranya kerajaan menaikkan harga pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.

"Kita akan tengok dan akan mempertimbangkan, tetapi kita tidak buat keputusan pada hari itu...kita akan kaji dan pertimbangkan," katanya.

Pada 4 Mei lalu, harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter disebabkan kenaikan harga minyak mentah.

Pada 2 April, harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter ekoran krisis di Timur Tengah.

Bagaimanapun, kenaikan itu tidak membabitkan RON95 dan bahan api lain di negara ini. Petrol RON95 kekal pada harga RM1.90 seliter.


4 comments:

Anonymous said...

Boleh percaya ker bapak Dafi nie.. dulu dia pernah buat lawak skali.. ape2 pun aku harap kerajaan akan terus membantu rakyat. Hidup PM!

Anonymous said...

sebelum pru13 nie confirm tak ada kenaikan harga barang,,,tp lepas pru dtakdirkan bn menang .bersiap sedia la menhadapinya .confirm

anak melayu said...

naik minyak kau org mnyalak tak naik pun kau org myalak memang dasar pembangkan macam sialllll la kau org tak pandai nak bsukur langsung hampehhhh ..,,,

Anonymous said...

Kita kena hidup kais pagi makan pagi.. Kais petang makan petang.. Tak ada yang pasti dalam dunia ini kecuali MATI.. Dan TAX bagi orang account.. Tapi tak kan nak bergantung pada subsidi sampai bila bila.. Sampai bila nak di gula gulakan dengan subsidi.. Bangun semua dan cakap tak nak pada subsidi..

Powered by Blogger.