Mar 12, 2012

LETAK JAWATAN - NAJIB AKUI RAKYAT SAYANG SHAHRIZAT!!







Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundurkan diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adalah satu keputusan yang tepat dan betul.

Perdana Menteri berkata pengunduran diri itu dilihat sebagai satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti.





 "Walaupun setakat ini tiada bukti beliau buat kesalahan dari segi undang-undang, namun sebab isu NFC mengundang pertikaian dan kontroversi, beliau sanggup berundur daripada kerajaan," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, di sini, Ahad.



Shahrizat dalam sidang akhbarnya di Kuala Lumpur pada Ahad mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Perdana Menteri juga menyarankan supaya anggota-anggota parti terutamanya Wanita UMNO terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Shahrizat selaku ketua pergerakan itu.


 


 "Beliau telah memberi komitmen untuk memimpin Wanita dan menjadikan pergerakan Wanita sebagai jentera yang penting dalam pilihan raya," katanya.


 

Ketika ditanya mengenai pengganti Shahrizat dalam jawatan Kabinet itu, Perdana Menteri berkata perkara itu akan ditentukan kemudian kerana tempoh Shahrizat sebagai menteri Kabinet masih berbaki beberapa minggu lagi. - BERNAMA


TERBARU - KETUA UMNO BHG. CHERAS SYED ALI AL HABSHEE akan Dilantik SENATOR.. Bakal Diumum Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat GANTI Shahrizat. Baca paparan Penuh Info terbaru ini... KLIK DI SINI.



3 comments:

Anonymous said...

kak izat kembar rosmah kot...

macik rosmah suka gak shopping2 kat luar negara...

akak izat pula suka invest2 guna duit rakyat...

pemimpin2 UMNO nih mmg sangat berkrisma dlm hal2 mcm nih!

Inai Merah said...

Itu lah yang hangpa tau. Sikit-sikit duit rakyat.

Yang hangpa makan gaji buta, kerja tak pernah buat untuk bantu rakyat apa kejadahnya.

Boleh kah harap berceramah siang malam, kerja tak buat. Makan duit haram.

Memang tahap bodoh piang.

Scelio said...

Kalau bukan duit rakyat, duit sapa?
Apa hak dia utk joli2 pakai duit rakyat?
Asal? Takkan atas alasan dia pernah bantu rakyat, dia layak makan duit/harta rakyat

Hoi! Bodo! Dia wakil rakyat! Tu mmg kerja dia, dan dia dibayar gaji utk BANTU rakyat

Powered by Blogger.