Mar 30, 2012

KUASA ANWAR - SPRM KELUAR ARAHAN BENTUK KERAJAAN SEMENTARA!!?








 "Kita akan usul agar perkara ini (Kerajaan Sementara) dapat dibentuk". Kata2 yang dijamin Pihak Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Shukri Abdull menerusi Program Wacana Sinar Harian semalam,

Apa keperluan Kerajaan Sementara ini? Alasan yang diberikan beliau adalah bagi mengelakkan penyalahgunaan Aset Kerajaan seperti kenderaan rasmi dan yang lebih penting penggunaan wang.

Dan ianya bakal direalisasi dan dilaksanakan di semua peringkat termasuklah dari Kerajaan Negeri yang mengadakan Pilihan Raya serentak bersama Pusat. Bagaimana pula jika Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang membuat keputusan sebaliknya?

Mungkin ada positif usul yang bakal dikemukakan SPRM ini. Tapi sukar membuat sebarang analisis kesan penubuhan Kerajaan Sementara kerana ia tidak pernah berlaku sepanjang 12 kali Pilihan Raya di Negara kita.

 Kenapa Isu Kerajaan Sementara secara tiba2 dibangkitkan menjelang PRU13? Walhal ia tidak sama sekali menjadi satu isu agresif Pembangkang PRU2 sebelum ini sehinggalah kehadiran semula Anwar selaku diktator Pakatan. Malah Anwar sendiri tidak pernah mengemukakan pandangan mengenai hal ini ketika bersama Kerajaan BN dahulu. Agenda Sulit? Agak mudah terperdaya dengan Musang Berbulu Ayam.
 
Keputusan yang dibuat SPRM ini kelihatan seolah2 tunduk dengan desakan Pembangkang yang tidak berkesudahan membangkitkan isu Kerajaan Sementara. SPRM tidak sewajarnya membuat jaminan sedemikian tanpa melihat rekod Pilihan Raya2 terdahulu. 
 
Ianya seolah2 mengiyakan kenyataan Pembangkang bahawa sememangnya Kerajaan BN menggunakan Aset Kerajaan sepanjang Kempen Pilihan Raya2 sebelum ini. Walhal tiada bukti dan fakta yang jelas mengenai tuduhan tersebut.

SPRM sewajarnya mengadakan rundingan dan perbincangan dari wakil setiap Parti yang layak bertanding di bawah penyenaraian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan perkara ini dengan lebih serius.

Malah, SPRM wajar melihat rekod Pilihan Raya2 terdahulu samada tuduhan yang dilemparkan Pembangkang releven atau sekadar serangan politik semata2. Jikalau benar ada seperti yang dilemparkan, dakwa Pemimpin tersebut dan bukannya mengheret penghinaan tuduhan ini secara keseluruhan.

Kita boleh bayangkan apabila terbentuknya Kerajaan Sementara kelak, pelbagai tuduhan yang bakal Pembangkang lempar sehingga boleh menyebabkan ketidakstabilan Negara dari sudut keselamatan. Kerana Pembangkang 'bijak' dalam menaikkan emosi secara ekstrim terhadap minda penyokong2 mereka.

 Kadang2 naik mual dengan desakan2 Pembangkang yang semakin menjadi2 seolah2 sengaja mahu menimbulkan persepsi buruk Kerajaan BN terhadap rakyat. Mereka sekadar mendesak dan memberi tekanan. Walaupun sebahagian pertuduhan adalah sekadar pertuduhan semata2.


PS : Sekadar memberi pandangan.


7 comments:

ajai62 said...

Assalam Bro

Bukan kah bila Parlimen dan Dun di bubarkan kuasa dipulangkan kepada Agong dan Raja-Raja Melayu sehingga selesai pilihanraya. Selepas PRU Agong akan lantik PM baru dan menyerahlkan semula tampok kuasa pada parti yang menang... Selama in pun mana ada masalah... Masalahnya bila puak pembangkang ni tak percaya pada diri sendiri.. Ikutlah sangat kata Anwar... siapa Dia??????

Anonymous said...

dalam sprm pun rasuah jugak...
kene tengok2 la jugak orang2 nie

Anonymous said...

kalau yg bercakap tu kutu berahak masuk akal juga, ini orang yg pernah menduduki ranking kedua kerajaan,kenapa baru sekarang isu ini timbul,kenapa tidak semasa dia menjadi TPM,orang lidah bercabang macam inikah yg rakyat Malaysia nak angkat jadi PM.

Jokiden said...

Dalam Perlembagaan kan ada Care Taker Government peringkat pusat dan negeri, semua kuasanya sama, sementara kerajaan baru dilantik..Saja-saja nak buek polimik baghu kot atau tolobih bijak..

Anonymous said...

BILA IMAM SETAN YAHUDI BERJANJI...MAKMUN IBLIS ANGGUK2 SETUJU...IKUT MASYUK DALAM!!!

Anonymous said...

Mana ada negara barat yang kononnya memperjuangkan demokrasi ada sistem kerajaan sementara.. Ini semua alasan bodoh pembangkang.. Kalau nak ikut kan kat negara barat seperti australia lagi teruk.. Nak masa pilihanraya siap ada iklan dalam tv lagi yang memburukkan parti lawan.. Kenapa tv3 dan rtm tak buat macam tu kalau ada orang nak sponsor.. Juga, kalau nak kerajaan sementara, biar bawah tentera.. SPRM pun nampak tak ada otak.. Macam budak budak nak layan benda yang macam ni dari kaki putar belit dunia...

pakwadin said...

SPRM punya org. ne tekedu tu, atau silap cakap-lain kali kalau tak pandai nak cakap atau nak kilas apa org. cakap tak payah lah nak diwawancara-buat payanh org. lain nak buat kerja saja-Anuar tu memang kaki pusin yang SPRM dok ikut yok dia buat apa.

Powered by Blogger.