Mar 22, 2012

KHALID TERGAGAP JAWAB TUGAS PUNAISIHAT EKONOMI SELANGOR!!








Sidang DUN Selangor meperlihatkan kesemua ADUN Pakatan terkedu gara-gara soalan dari YB Seri Serdang, Dato’ Satim Diman yang menanyakan soalan tentang sumbangan Penasihat Ekonomi Selangor setelah 4 tahun berlalu.

Bukan sahaja Khalid Ibrahim, seluruh ADUN PR tergamam dengan soalan dari YB Seri Serdang itu.  Malah, Azmin Ali, wajah kesayangan Anwar juga tidak mampu menjawab soalan mudah itu dengan spontan.

Amat mendukacitakan, apabila Khalid yang sering berbangga dengan ekonomi Selangor kononnya bertambah pesat di bawah pemerintahannya gagal mempertahankan ketuanya.  Ini menunjukkan bahawa Khalid mengiktiraf sesungguhnya jawatan Penasihat Ekonomi Selangor hanyalah retorik semata-mata.

Peristiwa ini membawa kepada persoalan, apakah siri pembunuhan karier Anwar oleh dalaman PKR, terutamanya di Selangor sedang bermula? Kita sedia maklum, bahawa kem Khalid dan kem Azmin sedang “bertempur” hebat bagi menduduki kerusi-kerusi untuk ditandingi pada PRU 13 nanti.

Menyentuh isu ekonomi, Selangor telah menjadikan industri pasir sebagai sumber ekonomi, yang mengakibatkan perubahan bentuk muka bumi yang cukup ketara di lombong-lombong pasir.  Sedangkan, kerajaan terdahulu mengenakan kawalan ketat terhadap pengeluaran pasir di Selangor.  Dan penyelewengan yang berlaku di dalam isu pasir ini tentunya boleh dijadikan pencapaian gemilang Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, sebagai mana yang pernah didedahkan oleh YB Padang Serai, Gobalakrishnan.

Fakta yang tidak mungkin dinafikan oleh sesiapa pun, bahawa ekonomi Selangor sedang hebat dijana dengan tumbuhnya hotel-hotel bajet dan rumah-rumah urut di seluruh Selangor.  Keadaan ini diperhebatkan pula dengan penjualan arak yang berleluasa di Selangor, sehinggakan tiada larangan jualan di kawasan-kawasan majoriti Melayu beragama Islam.

Setiap perkara di atas mempunyai hubungkaitnya di antara satu dengan lain.  Maksiat, itulah yang digula-gulakan kepada rakyat, agar ia dapat melenyapkan budaya orang Melayu yang berpegang ” Melayu bersendikan adat, adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitabullah”. SELANGOR DAILY.


0 comments:

Powered by Blogger.