Mar 26, 2012

KHALID GAGAP MINTA RAKYAT AMPANG B'SABAR.. WANG BANTUAN DIBERI LEPAS PRU13!!







Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kali ini sememangnya paling memberi tamparan hebat buat Pakatan yang kini kehausan Wang Hasil Kerajaan Negeri. 

Janji PRU12 yang ditawarkan BN bukan sahaja dipenuhi, malah bertambah walaupun gagal mempertahankan Negeri Selangor. Kerajaan yang dikepalai PKR tidak pernah 'berputus asa' memberi pelbagai alasan yang seperti biasa menyalahkan Kerajaan terdahulu sebagai faktor 'pendorong'. Sama seperti Kelantan. Walaupun sudah 20tahun menawan Negeri, masih memikirkan alasan tersebut releven.

Lebih dari 5,000 masyarakat sekitar Ampang dan Hulu Langat hadir pada majlis bantuan kepada mangsa banjir  di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, semalam semasa PM menyentuh hal itu sudah cukup untuk mengambarkan suasananya.



 



"Kita nak tanya pada pembangkang, janji pada pilihan raya umum (PRU) 2008 banyak mana sudah mereka tunaikan...? Cukai pintu turun 20 peratus dah tunai...? Cukai premis perniagaan turun 10 peratus dah tunai...? perkhidmatan kesihatan percuma warga emas Selangor dah tunai?

"Semua belum (ditunaikan) lagi. Sebab itu hari ini rakyat lebih yakin kepada BN, kita dah kena tipu sekali cukup, kita tak mahu ditipu sekali lagi," kata PM yang mendapat respons positif dengan menyahut '1Malaysia.'





Dulu kata hebat sangat. Kata kekayaan Negeri Selangor bakal dijadikan mereka setaraf Negara2 Maju di Dunia. Kini Penasihat Ekonomi Selangor pula dilihat 'hebat' bersama Pemimpin2 Yahudi Dunia.



 


Fikir strategi politik nak tawan Malaysia semata2. Fikir cara 'efektif' nak bunuh Kerajaan. Guna persepsi2 bukti, bukti diketepikan dahulu. Asak dan asak biar nama Pemimpin UMNO yang disasarkan busuk namanya terlebih dahulu. Biar minda rakyat keliru. Alih2, mereka sesama mereka terkeliru. Pun didakwa berpunca dari UMNO.

Walaupun Jadual beliau pada ketika ini sepatutnya berada di Litar Sepang bersempena dengan Perlumbaan Grand Prix Formula 1 Malaysia, PM dengan selamba menjelaskan,

"Saya sepatutnya berada di Sepang untuk mengikuti perlumbaan F1, tetapi Hamilton (pelumba F1 Lewis Hamilton) boleh tunggu, rakyat Hulu Langat lebih penting dan dapat keutamaan. katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan bantuan hampir RM6 juta yang diantaranya adalah wang tunai RM500 untuk setiap mangsa banjir di kawasan itu dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.7 juta daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumbangan yang menerusi Yayasan 1MDB turut menyumbang bantuan keseluruhan sebanyak RM2.5 juta termasuk wang tunai RM500 kepada setiap mangsa banjir selain sumbangan kos membaiki 100 buah rumah dan mengganti peralatan masjid serta surau yang terjejas akibat banjir yang berlaku 7 Mac lepas.

Najib juga menyampaikan bantuan sumbangan Kelab Putra 1Malaysia yang berupa dua tilam serta sebuah dapur gas kepada beberapa keluarga.


4 comments:

Anonymous said...

Bila kerajaan selangor nak tunai manifesto PRU12.. Nampak sangat janji kosong semata mata.. Harap pihak kerajaan dapat tolong buat advertisement free kat papan papan iklan sepanjang lebuhraya persekutuan memperingatkan kerajaan selangor sekarang ni untuk memenuhi manifestonya.. Tapi backdated lah apa yang dijanjikan..

Anonymous said...

Tak kan rakyat masih tertipu lagi.. Janji diperingkat nasional lagi ajaib untuk dipenuhi.. Dulu kelantan memang azali dah miskin dan pemimpin haprak tak tahu nak bangun negeri.. Tapi kini, apa jadi pada kedah, penang dan selangor.. Semua negeri yang banyak duit.. Tapi tak mampu jugak nak penuhi manifesto dia sendiri.. Duit semua masuk poket pemimpin PR, sebab tahu ni aje peluang yang ada, baik balun habis sebelum terlambat..

rahimi said...

flat pprt sebelum pakatan rakyat memerintah rm124, selepas pakatan rakyat pegang selangor naik ke rm250. sekali ganda naik, flat still macam tu jugak tak ada perubahan, lif still rosak, sampah tak terurus. aku tau sebab aku penduduk flat pprt lembah subang. mana pergi nya duit sewa kami? tak ada perubahan pun kt lembah subang?

Anonymous said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Powered by Blogger.