Mar 30, 2012

KEMPEN PRO YAHUDI - HASAN ALI HERDIK ANWAR HINA MUFTI MENJIJIKKAN!!








KENYATAAN RASMI PRESIDEN JALUR TIGA (JATI) DATO' DR. HASAN MOHAMED ALI BERKAITAN ISU PROGRAM SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH DI JOHOR.



Selaku Presiden JATI saya terpanggil untuk memberi ulasan terhadap program Tafaqquh Ilmi yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor yang bertajuk, “Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru ?”

 Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, JATI memandang tinggi langkah pro-aktif yang diambil oleh kedua-dua jabatan di atas. 

Saya berpendapat masa dan ketikanya sangat bertepatan bagi mana-mana pihak menganjurkan program sedemikan. Pada masa yang sama saya memandang berat tindakan setengah pihak yang mempertikaikan program tersebut kononnya program sedemikian akan menimbulkan ketegangan agama dan kaum. Lebih parah daripada itu mereka menuduh langkah ini adalah sebahagian daripada agenda pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan politik.



"KENYATAN ANWAR HINA MUFTI MENJIJIKKAN KLIK DI SINI"


Saya hairan bagaimana pihak-pihak tersebut mengenepikan usaha murni sebegini dan cuba menggambarkan bahawa ancaman aqidah bukan merupakan suatu isu besar yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh. 

Saya juga hairan bagaimana seorang bekas pimpinan gerakan Islam memandang remeh program yang dianjurkan sedangkan pandangan-pandangan mengenai isu ini yang biasa diutarakan mengatakan bahawa isu murtad sudah sampai ke tahap yang begitu serius. Saya menjadi bertambah hairan apabila pimpinan PAS sendiri melalui Naib Presidennya melihat isu ini sebagai satu mainan politik.


 


Saya sedih dengan tindakan yang terpaksa diambil oleh penganjur menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan. Bagi saya ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang nyata yang tidak perlu diselindungkan.

Saya sendiri mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Ancaman Kristianisasi di Selangor seperti yang berlaku dalam kes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan. Salah satu daripada bukti wujudnya usaha mengkristiankan orang-orang Islam akan saya bentangkan di dalam sidang media hari Isnin ini.

 Suka saya ingatkan bahawa ancaman Kristianisasi bukanlah merupakan propaganda  mana-mana pihak seperti yang dituduh sebaliknya ia adalah peringatan Allah SWT sendiri melalui Firman-Nya di dalam Kitab Suci Al-Quran (Al-Baqarah: 120)

 “Orang-orang Yahudi (Jews) dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka”


3 comments:

Jokiden said...

Kesian kat gelombang rakyat, dalam posting terdahulu, beria-ia dia memuji Nik Aziz sebab Nik bersyukur atas bantuan kerajaan pusat dlm membangunkan pelabuhan Tok Bali.

Posting seterunya gelombang rakyat melahirkan rasa terkejutnya bila Nik Aziz kata undi PAS masuk syurga.

Jokiden terpaksa gelak membaca tajuk postingnya "...Nik Aziz kembali sewel.." kih..kih..kih.

Semua org dah tau dah siapa nik Aziz ni..ingat kata PM dulu, boleh percaya ke ni, dia ni sekejap2 berubah-ubah.. hahaha..

Anonymous said...

Orang islam sekarang lebih berpegang kepada cakap nik aziz berbanding apa yang terkandung dalam alquran dan hadith.. Allah telah memperingat kan kita tentang kaum yahudi dan bukan nya fahaman zionis.. Tetapi puak PAS sekali lagi telah mempesongkan peringatan allah ini.. Semoga mereka mendapat petunjuk dari allah..

Anonymous said...

Selamatkan lah umat islam di negara ini..

Ini semua adalah pengaruh barat dan israel..

Institusi untuk menegakkan akidah dan agama sengaja dibuat seperti benda remeh dan keji.. Adakah kita mahu terdiri dari golongan ini..

Powered by Blogger.