Mar 8, 2012

KDN MESTI BERTINDAK - AKHBAR THE STAR AGEN YAHUDI ZIONIS..!!








Kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak berpuas hati dengan penjelasan The Star berhubung penyiaran gambar seorang artis luar negara dengan tubuhnya bertatu kalimah Allah pada sisipan 27 Februari 2012 itu membuktikan bahawa Akhbar ini tidak serius dan tidak keterlaluan ianya merupakan 'nada sinis' mempertahankan tindakan mereka.

Maka sudah tiba masanya tindakan tegas dikenakan ke atas akhbar ini. Kerana ianya dikira ada motif sulit di sebalik paparan gambar Penyanyi Barat tersebut kerana ianya bukan salah satu gambar promosi Konsert Erykah Badu di Negara ini. Apa motif gambar ini dimuatkan dan dijadikan gambar utama bersempena Konsert tersebut?

Berikut merupakan kenyataan KDN.

 "Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) ingin menegaskan supaya The Star dan pihak media seluruhnya mengambil tindakan lebih preventive, corrective dan informative bagi mengelakkan paparan kandungan menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," kata Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, harian berbahasa Inggeris itu memohon maaf kepada umat Islam kerana menyiarkan gambar artis Amerika Syarikat Erykah Badu yang memperlihatkan tatu kalimah Allah tertera di dadanya.

"Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada umat Islam atas kesilapan ini," kata permohonan maaf yang disiarkan dalam lamanwebnya.

Tatu dalam bahasa Arab itu disiarkan dalam seksyen "Star2" di samping rencana satu muka penuh berhubung penghibur yang digelar "Ratu Neo-Soul" sempena konsertnya di Kuala Lumpur pada Rabu depan.

Selain dua tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah juga memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.

3 comments:

eddy said...

nice blog

Salfian Nawawi said...

Salam perjuangan dari Sarawak, blog tuan telah saya "link"kan ke blog saya http://theunreportednews.blogspot.com/ yang tak seberapa ini..terimakasih sekali sekali lagi sudi me"link"kan UnReportedNews™® ke blog tuan. :)

Bisnis masa depan said...

nice

http://www.centplay.com/affiliate/id_878/

Powered by Blogger.