Mar 10, 2012

ISU SHAHRIZAT - NAJIB AKHIRNYA BERSUARA!!








Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada waktu yang sesuai.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno sebelum itu tidak menafikan desas desus yang mengatakan Ketua Pergerakan Wanita Umno itu akan meletakkan jawatan.

"Bukan khabar angin, kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbandaran Pasir Gudang di  Pasir Gudang Ahad yang turut dihadiri Shahrizat.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman serta Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Bernama melaporkan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas desas desus yang mengatakan Sharizat akan mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai menteri dan Ketua Pergerakan Wanita Umno dalam majlis yang dihadiri lebih 20,000 anggota Wanita Umno serta sayap parti dari seluruh negara itu.

Sebelum itu, media dimaklumkan satu pengumuman penting akan dilakukan dalam majlis tersebut menyebabkan setiap butiran ucapan Sharizat itu didengari dengan teliti.

Sebelum sidang media itu, Shahrizat juga kelihatan berbincang dengan Perdana Menteri beberapa ketika sebelum Najib memberitahu perkara itu akan diumumkan pada waktu yang sesuai tanpa mahu mengulas lanjut soal berkenaan.

Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April ini.

Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation (NFC) yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.

Beberapa individu sebelum ini termasuk bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz meminta Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan ia menjadi bebanan kepada parti.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menasihatkan Shahrizat agar "jangan sayang kepada jawatan." - AGENDADAILY



3 comments:

Adik Sayang said...

Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman
(Saya ada bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155



Mahasiswa2 Malaysia Bodoh2 Dan Tolol2
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa

Anonymous said...

Aku tak faham betul si adik sayang ni...

Cuba bukak satu dua link tapi hampas.. Kosong tak berisi.. Hanya propaganda tanpa fakta.. Inilah orang cerdik pandai PR.. Hampas macam pemimpinnya..

Anonymous said...

Baguslah kalau shahrizat nak berhenti...

Ikutlah cakap sifu yang dah bertahun dalam politik macam cekdet.. Dia dah tak ada apa nak ditahankan dalam politik.. Cuma nasihat untuk kepentingan parti sahaja.. Juga kepentingan agama, bangsa dan negara.. Bukan untuk menjual agama, bangsa dan negara kepada amerika dan yahudi macam si B.A.B.I...

A vote to PR is a vote to ISRAEL...

Powered by Blogger.