Mar 28, 2012

ISMAIL SABRI 'MANGSA' T'BARU PKR? - SERANGAN SALAHGUNA SUBSIDI PALING BODOH..!!








Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan dakwaan pembangkang kerajaan menggunakan subsidi bagi menampung dana pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M).


 

 

"Dalam Belanjawan 2012 yang telah dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperuntukkan RM1.98 bilion untuk subsidi minyak, jadi isu ini adalah tidak benar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen hari ini.


 




Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota Azan Ismail yang mendakwa peruntukan BR1M dan BB1M diambil daripada subsidi yang diperuntukkan kepada rakyat.

Ismail Sabri berkata tohmahan itu dibuat semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.
 






0 comments:

Powered by Blogger.