Mar 28, 2012

GAMBAR BUKTI - KETUA PAS WILAYAH JADI BERDOA DEPAN PATUNG BUDDHA!!







Dari kalangan Orang Politik lama di Wilayah, sudah pasti mengenai Ishak Surin yang merupakan salah seorang Veteran PAS KL yang telah sekian lama aktif dalam politik. Sampai sekarang masih bergiat aktif walaupun telah mencecah 76 tahun. Ikut fatwa Nik Aziz, pegang jawatan hingga akhir hayat. Kot2 sempat merasa kuasa di Putrajaya.

Beliau yang kini memegang jawatan YDP PAS Kawasan Parlimen Batu KL jarang didengari dengan kenyataan2 mahupun tindakan2 yang mencetuskan kekeliruan dalam Islam.







Namun gambar di atas yang dirakamkan Laman Portal sel13.com ini amat meragukan umat Islam. Beliau didakwa telah membacakan doa dalam satu Majlis di dalam sebuah tokong Buddha  berdekatan Patung Dewa Agama tersebut.

Dan lebih mengejutkan, Samy dan beberapa pengunjung cina yang hadir turut mengaminkan doa mengikut cara ibadah mereka. Juga Berdekatan dengan Tuhan mereka.


Acara doa ini juga turut disertai beberapa Sami Buddha ini telah mencetuskan masalah baru dalam menjelaskan pendirian PAS mengenai tindakan memesongkan Akidah. Tidak kira apa jua isu yang hendak diperjuangkan, waimah lebih mahu ianya berkaitan soal hak tanah Bangsa, adakah wajar bacaan doa ini berlangsung di dalam sebuah rumah Ibadah bukan Islam dan berdekatan dengan patung dewa Buddha tersebut?







Semua ini gara2 mahu memastikan sokongan undi kaum Cina pada PRU13 bertambah padu di Parlimen Batu. Ishak Surin merelakan dirinya menyertai perjuangan yang dibawa Anwar dalam membawa konsep fahaman Pluralisme dan Liberalisme menguasai minda masyarakat Malaysia.


Namun ada juga penyokong2 ekstrim PAS cuba hendak membela Pemimpin mereka menjelaskan ini membuktikan PAS sebuah parti yang dihormati dari pelbagai sudut golongan termasuklah golongan Samy Buddha. Allahu Rabbi. Memang dia hormatlah setelah kamu dilihat membacakan doa berdekatan Tuhan mereka. Mereka beranggapan kamu juga mempercayai kewujudan Tuhan mereka.

BN telah sekian lama mengamalkan semangat perpaduan kaum dan Agama. Namun tidaklah sehingga perlu memanggil Tokoh Agama di dalam UMNO untuk membacakan doa sebegini. Bersatu dan hormati pegangan Agama masing2.






PAS Wilayah kini taksub dalam mendapatkan undi Cina yang dikira majoriti di Negeri ini. Walaupun Ishak Surin yang merupakan 'orang lama' dalam PAS tahu akan fatwa PAS satu ketika dahulu menjelaskan Haram bekerjasama dengan sebuah Organisasi Kafir dalam membentuk kuasa politik. Malah Haram setiap umat Islam mengundi orang Kafir.

Hari ini PAS bukan sahaja bekerjasama dengan Parti yang majoritinya bukan Islam, akan tetapi parti ini juga tidak akan sama sekali menerima apa jua bentuk Sistem Perundangan Syariah apatah lagi Hukum Hudud. Itu asas perjuangan DAP yang kini salah seorang Pemimpin mereka digelar Umar Ibni Abdul Aziz.


6 comments:

Anonymous said...

Sejak wujudnya PR semua dah buleh belaka...Wahalalku walharam mu !!

Anonymous said...

Tak caya, tak caya... Nampak suma pakai kopiah puteh. Bohon, bohon..., Mika suma warak... Sumber gambar ambil dari mana pon tak taw... Bila kuar gambar suma dari besi dan kertas..., tak caya, tak caya... Itulah kehebatan anugay sebagai ketua pukangkang malasiar...

Wanredone said...

MEMBACA DOA DALAM TOKONG BUDHA HANYA DIBOLEH BAGI ORANG PAS SAHAJA .....

kampong lad said...

kita tak tau apa benda yg didoakan itu tapi habaq mai kat mana allah tak dak? dimana kamu pandang disitu ada wajah allah.

Anonymous said...

bengong

Anonymous said...

Siapa kata tak boleh doa kat dalam tokong cina.. Doa kat mana mana pun boleh.. Harap sami sami tu dapat petunjuk masuk islam satu hari nanti.. Samalah siapa kata masjid tak boleh guna untuk tujuan politik.. Tak ada pun dalam quran atau hadith yang cakap tak boleh kan..

Powered by Blogger.