Mar 31, 2012

FAIL KORUP JUDI ANWAR & TAIKUN CINA DALAM SIMPANAN KIT SIANG!!?








MENGAPA  Anwar Ibrahim mengelak untuk hadir ke mahkamah dan dilihat begitu takut untuk menjadi saksi berhubung perbicaraan kes saman berhubung perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta, kira-kira 14 tahun lalu?

Apakah ada rahsia yang beliau bimbangi akan terbongkar apabila beliau bersetuju untuk jadi saksi dan sekali lagi menelanjangi kerakusan serta kebejatan moralnya sebagai bekas pemimpin kerajaan yang kononnya bersih dari rasuah serta penyelewengan?

Apakah kes ini akan membongkar hubungan serta perancangan Anwar untuk mengguling Tun Dr Mahathir satu ketika dulu atau adakah kes ini akan membongkarkan bahawa Vincent Tan di arahkan berundur dari cubaan mengambil alih MUI Bank (kini dikenali sebagai Hong Leong Bank Berhad (HLBB) oleh Anwar Ibrahim dan  sebagai balasan, Vincent Tan diberikan lesen perjudian besar, The Sports Toto oleh Anwar Ibrahim.Adakah ini yang Anwar bimbangi?

Adakah kes ini akan membongkar bahawa kroni dan taikun Cina Anwar Ibrahim, Quek Leng Chan diberi lampu hijau mengambil alih MUI Bank Berhad melalui Hong Leong Credit Berhad dengan satu pinjaman bersindiket (syndicated loan) berjumlah RM 420 juta ( 8 penama ) dengan tambahan RM 25 juta diberikan kepada kroni Anwar Ibrahim, Faiz Ibrahim.Adakah ini yang Anwar bimbangkan?

Kisah Korupsi ini menjadi salah satu tuduhan DAP dan PAS yang mendesak Anwar yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kewangan diheret ke muka pengadilan. Di mana pertuduhan ini? Adakah semua tuduhan terus dilenyapkan dek kerana mahu pengaruh Anwar menjadi kekuatan mereka? 

Atau semua ini sekadar fitnah DAP dan PAS? Yang digunapakai PKR dalam menyerang apa yang dituduh kononnya korupsi BN? KLIK DI SINI untuk kupasan seorang otai jounalist mengenai isu ini.


0 comments:

Powered by Blogger.