Mar 21, 2012

AZALINA EX PUTERI UMNO KEMBALI PANAS SERANG BUMI JOHOR!!









Kebodohan Datuk Chua Jui Meng menyamakan kesan pembinaan kilang petrokimia Petronas di Pengerang dengan projek nadir bumi di Lynas buat Datuk Azalina Othman Said naik angin dan mencabar pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor itu berdebat di kawasannya.

Azalina, Ahli Parlimen Pengerang, melontarkan cabaran debat itu ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Ditemui selepas itu, Azalina berkata Jui Meng tidak boleh wujudkan fitnah dengan mengatakan projek petroleum di petrokimia itu akan menyebabkan kesan radioaktif

“Jui Meng tak boleh fitnah projek Kerajaan Negeri. Bagi saya dakwaannya bahawa projek itu radioaktif adalah zalim. Apa kena mengena projek Pengerang dengan Lynas? Apa kena mengenai radioaktif dengan minyak?

“Mungkin orang kampung tak faham sangat, senanglah dia cucuk. Saya nak ajak dia bahas fokus untuk projek di Pengerang ini sahaja. Saya tak suruh bahas isu lain.

“Apabila saya siasat, yang banyak buat bising bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Orang kawasan saya baik-baik. Mereka terbuka kepada perbincangan. Mereka tak pernah cakap kerajaan zalim, malah berterima kasih kepada kerajaan,” tambahnya.

Pada Ahad lalu, sebuah portal berita online melaporkan, pada satu majlis dialog anjuran PKR di Pengerang, Jui Meng telah membuat kenyataan bahawa kilang yang akan didirikan di Pengerang adalah kilang radioaktif yang sama dengan di Lynas.

Portal itu juga melaporkan, Jui Meng dalam ucapannya mendakwa pembinaan kilang minyak dan gas di Pengerang bukan sahaja beri kesan kepada kebun dan tanah, tetapi juga penduduk berikutan pencemaran yang berlaku.

Malah Jui Meng dilaporkan berkata, dia percaya kilang yang dibina itu merupakan  kilang radioaktif yang sama didirikan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Pahang.

Azalina menegaskan majoriti penduduk Pengerang tidak membantah projek petrokimia berkenaan, malah menyokong usaha kerajaan negeri memajukan kawasan itu. Katanya penduduk hanya mahu tahu berapakah  pampasan yang akan diperolehi.

“Menteri Besar pun sudah mengatakan Kerajaan Negeri bersedia berbincang mengenai jumlah pampasan. Kalah penduduk tak setuju nanti, mereka boleh bantah dan kita bincang lagi. Insyaalah kita akan dapatkan yang terbaik untuk penduduk,” katanya.

Azalina berkata, dia mendapat laporan bahawa perhimpunan membantah pembinaan kilang petrokimia itu lebih ramai disertai penduduk negara jiran berdasarkan plet nombor kereta.

“Protes itu cuma disertai 200 orang dan separuh daripada mereka dari negara jiran,” katanya.

Azalina berkata, dia memohon pihak berkuasa tempatan supaya memberi perhatian kepada isu alam sekitar. Di samping itu dia juga mahukan Kerajaan Negeri memastikan projek itu memanfaatkan penduduk tempatan.

“Saya mahu semua orang Pengerang mendapat manfaat. Jangan pula apabila ada projek tempatan, semuanya ambil orang luar.

“Saya minta kerajaan melaksanakan tanggungjawab moral agar peluang pekerjaan diberikan kepada orang tempatan. Bukan sahaja di segi tenaga biasa tetapi juga tenaga pakar. Di Pengerang ramai orang pandai,” katanya.  - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

0 comments:

Powered by Blogger.