Mar 30, 2012

ANWAR MENGAMUK - STATEMENT TERBARU NIK AZIZ PUJI KAGUM DGN MAHATHIR!!








Kerajaan Pas Kelantan hari ini buat kali kedua mencetuskan kemarahan terhadap Anwar Ibrahim setelah menyatakan rasa terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang banyak membantu membangunkan negeri ini walaupun ia ditadbir oleh parti pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, melalui bantuan Kerajaan Persekutuan, negeri itu berjaya melaksanakan beberapa projek termasuk pembangunan Pelabuhan Tok Bali yang tercetus hasil perbincangan beliau dengan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Pertemuan saya dengan Dr. Mahathir pada 19 Ogos 1991 untuk membincangkan pembangunan negeri Kelantan terbukti selepas lebih 20 tahun apabila projek pembinaan pelabuhan perdagangan di Tok Bali dapat dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada upacara pecah tanah pembinaan Pelabuhan Tok Bali, dekat sini, yang disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.




Sebelum ini, Nik Aziz pernah membuat kenyataan mengkagumi pimpinan Tun Mahathir atas sebab yang sama dan menambah Tun Mahathir merupakan satu2 nya Pemimpin Islam Dunia yang paling lantang menentang Yahudi.

Kenyataan seperti yang beliau nyatakan pada Video di atas ketika hadir pada Majlis bersama Tokoh tersebut pada tahun 2006.


2 comments:

Anonymous said...

Video patut ditonton..

Cuba tanya nik aziz soalan sama sekarang..

Hairan macam mana pendirian tok guru boleh berubah kerana politik.. Sekarang sanggup bersengkongkol dengan yahudi dan juga penyokong kuat yahudi..

IN SHORT, A VOTE FOR PR AND PAS IS A VOTE FOR ISRAEL..

Anonymous said...

Singkatnya otak ko

Powered by Blogger.