Mar 12, 2012

'ANAK MURID' NIK AZIZ DIDAPATI BERSALAH ROGOL LEBIH 20 WANITA!!







Inilah dinamakan Kelantan Aman dan Selamat di bawah kepimpinan Tok Guru. Inilah namanya Negeri yang ditakrifkan sebagai serambi Mekah.





Nampak benar 'Islam' terbina di Bandar Kota Bharu dihiasi hampir kesemua Papan Iklan bertulisan jawi di sampai model wanita yang tertera sopan dan anggun menutup Aurat.



Akan tetapi semua itu hipokrit dan dijadikan kubu menutup dosa2 besar mereka menipu dan memperbodohkan pengundi Kelantan semata2.

Nampak sahaja orang ramai yang berkopiah, tidak lekang mulut mereka memuji Tok Guru. Diulang2 'Tok Guru kito.. Tok Guru kito.' Siang berkopiah malam mencari mangsa nafsu seperti harimau kelaparan. 






Satu Kes Jenayah Seks paling dahsyat baru2 ini telah dibicarakan di Mahkamah Kelantan dan didapati Bersalah. Ianya juga dipaparkan Otai Blog The Flying Kick merupakan antara ratusan kes yang hakikatnya berlaku di Kelantan. Baca. Perogol ini juga peminat NO. 1 Tok Guru Kito.


Lokasi tempat kejadian rogol dilakukan



Seorang perogol bersiri yang dipercayai telah merogol dan mencabul 20 orang wanita di Kelantan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang daripada mangsanya itu.

Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Irwan Suainbon ke atas tertuduh, Amran Che Jaafar, 30, yang merupakan seorang penganggur adalah hukuman pertama buat tertuduh yang didakwa atas tuduhan merogol.

Sebelum ini, tertuduh yang juga seorang duda telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas dan Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas lima tuduhan rogol membabitkan mangsa-mangsa lain. Kes-kes itu kini dalam proses perbicaraan kerana tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadapnya.

Dalam kes rogol keenam yang dikenakan terhadap Amran semalam, lelaki yang pernah berkahwin dua kali itu mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 25 tahun pada pukul 7 pagi, 18 April tahun lalu.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa berada di sebuah asrama pekerja di Jalan Kuala Krai dekat sini.

Atas tuduhan itu, Amran dari Bachok dekat sini didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah pasar raya di sini terjaga daripada tidur selepas dia terdengar bunyi orang menggeledah di bawah katil di bilik asramanya.

Mangsa kemudian melihat tertuduh berada di sebelah katilnya sambil memegang sebilah pisau dan mengacu pisau tersebut ke leher mangsa sambil menyuruh mangsa diam.


7 comments:

Anonymous said...

Kejadian jenayah seksual bukan setakat berlaku di serambi mekah, tetapi juga di mekah sendiri. Dari zaman khalifah lagi.

Mungkin kena buat satu entry untuk perli khalifa umar r.a pulak.

Sedih betul pemikiran kita kan?

Anonymous said...

Anon 8.56am ni memang tipikal penTOTOK PAS penJILAT kahak HIJAU pekat..!!
Jenis puak2 ni akan sentiasa alihkn kesalahan mereka dgn buat contoh yg lgsung x praktikal & relevan...
Kihkihkih..

Puak2 ni anggap mereka MAKSUM..parti mereka MAKSUM..pemimpin aka Tok Garu mereka MAKSUM...memang trbukti penuh dgn keegoan yg melampau...SAMPAI TAHAP MAKSIMUM, TOK GARU MEREKA SEHINGGA ADA YG ISTIHAR SPT NABI...Weii puak2 PAS, korg tunggulh SAAT & KETIKA nya nti..sumanya bakal trjawab dan ditunjukkan oleh ALLAH SWT..INSYA ALLAH.!!!!!!!!!

meUher said...

Hihhih....rogol zaman khalifah kena jail ke? BODOH!!!
BerSIRI ke? BODOH!!!

Anonymous said...

ini semua konspirasi umno/bn....kahkahkahkah

Tok Pawi said...

di Mekah pun berlaku rogol, sebab itu Kelantan menggalakkan rogol. UMNO tak faham isle ke?

Anonymous said...

Salam Bro,kalau iapun nak memberi komen,jangan kita membabitkan Mekah ke Madinah ke,tepat tu tiada kena mengenakan.Lagi pulak dikaitkan dengan Saidina Umar.Kenapa nak dikaitkan dengan semua ini ? Gunakanlah akal fikiran kita dengan berhemah.

Anonymous said...

tula..kutuk malaysia, sbb nama kerajaan islam tp x jalankan care pemerintahan islam 100%..kan da kene balik kt idong sndri..kah3 !!

Powered by Blogger.