Mar 22, 2012

AGENDA JAHAT DAP MAHU BUNUH PROJEK KLIA2..!!





Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua sepatutnya mengajukan soalan tentang pembinaan KLIA2 kepada Malaysia Airport Holdings Berhad, bukan menuduh beliau cuba menyembunyikan sesuatu.

"Tiada apa yang hendak saya sembunyikan. Segala apa yang saya tahu, semuanya dibekalkan oleh MAHB. Ia sebuah syarikat senaraian awam, mempunyai lembaga pengarah sendiri, bertanggungjawab kepada pemegang sahamnya dan Suruhanjaya Sekuriti. Ia juga membiayai projek itu.

"Malah, MAHB menyiarkan maklumat tentang projek itu dalam laman webnya. Ia juga menyiarkan surat berkaitan projek berkenaan antara pihaknya dengan syarikat penerbangan. Perkara ini telah dijelaskannya sebelum ini. Sekiranya beliau masih tidak berpuas hati, silalah tanya mereka sekali lagi,” kata beliau kepada Bernama.

Choa Ha berkata demikian bagi mengulas dakwaan Tony pada satu sidang akhbar semalam bahawa Kementerian Pengangkutan mengelak daripada menyatakan kos pembinaan KLIA2, dan ini menunjukkan ada sesuatu yang hendak disembunyikannya.

“Tiada apa yang hendak saya sembunyikan. Saya bukan jurutera lapangan terbang atau juruperunding bagi projek itu dan segala maklumat yang ada pada saya tentang projek ini, diberikan oleh MAHB.

"Apa yang perlu disembunyikan. Sekiranya Tony Pua berpendapat ada perkara yang tidak kena, ada agensi yang boleh menyiasatnya. Tiada apa yang hendak saya sembunyikan. Bagi saya, dia hanya ingin bermain politik,” jelas Cho Ha. 

1 comments:

Anonymous said...

adoi betul lah tu...tony cuba ko taya pulak projek spice oleh ivory dengan projek terowong penang tu...

Powered by Blogger.