Mar 22, 2012

ADUN SEKINCHAN UGUT KHALID GAGAP - TUNTUTAN SAMAN NOH OMAR BERMULA 5 APRIL INI..!!







Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 5 April ini untuk pengurusan kes saman Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Suee Lin yang didakwa memfitnahnya melalui akhbar 'Selangor Kini'.

Penolong Kanan Pendaftar Mohamed Ruhaizat Abdullah memutuskan sedemikian ketika kes itu didengar di hadapannya hari ini.

Sebelum ini, pada satu sidang media, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata beliau telah memfailkan saman fitnah terhadap Ng dan kerajaan Selangor di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 9 Mac lepas.


 



Selain Kerajaan Negeri Selangor, Noh turut menamakan enam orang dari sidang pengarang akhbar rasmi negeri Selangor itu sebagai defendan.

Noh, yang memfailkan saman melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, menuntut ganti rugi berjumlah RM20 juta.






Dalam pernyataan tuntutannya, Anggota Parlimen Tanjung Karang itu mendakwa Selangor Kini telah menyiarkan dua artikel berunsur fitnah dalam edisi bertarikh 25 November hingga 2 Disember 2011.


Beliau  mendakwa dua artikel itu bertajuk "Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan" dan "Noh Omar khianat petani dan lesap RM110 juta untuk bantuan petani".



PS - JOM kita tonton Video Paling Panass Politik Selangor tahun ini - VIDEO Sidang DUN Selangor Hasan Ali Serang  Dr. Rani. KLIK DISINI.





0 comments:

Powered by Blogger.