Mar 21, 2012

ADUN DAP CEMUH HASAN ALI - "SELANGOR IKHTIRAF ORANG MELAYU B'AGAMA KRISTIAN!!"







Agak malu apabila Pemimpin No. 1 PAS Selangor Dr. Rani dalam Sidang DUN Selangor bangun dengan gaya emosi membantah tindakan Hasan Ali membangkitkan Isu Murtad petang tadi. 


Akan tetapi, ADUN2 PAS dilihat jelas 'restu' akan diri mereka sebagai Pimpinan Pengkhianat Islam setelah membiarkan ADUN DAP Kampung Tuanku, Lau Weng San bangkit bangun membantah Perbahasan Gejala Murtad dibangkitkan Bekas Exco Selangor itu.


Lau Weng San yang merupakan S/U DAP Negeri Selangor mendesak Speaker DUN Negeri mengenepikan isu yang dibangkitkan ADUN Gombak Setia tersebut yang didakwa Tidak Releven dan tidak termaktub dalam Urus Tadbir Kerajaan Negeri Pakatan Selangor.


Malah isu Murtad dakwa beliau tidak berbangkit sama sekali di Negeri tersebut memegang prinsip dan hak kebebasan beragama tanpa mengira kaum.





Celahan Perbahasan Lau Weng San yang disokong Teresa Kok itu membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak akan sama sekali membangkitkan soal Murtad sebagai salah satu isu yang bakal ditangani dan hanya menspesifikasi apa yang terkandung menerusi Buku Jingga semata2.

Sedih melihat tidak ada seorang ADUN dari PAS pada ketika itu bangkit menentang atau sekurang2 nya melapik semula kenyataan terbabit. Malah ADUN Meru Dr Rani pula yang bangun menyambung kritikan ADUN DAP tersebut mencemuh peribadi Hasan Ali.





Benarlah.. Apa yang dicemuh pihak PAS satu ketika dahulu ketika isu Murtad pada era awal 1990an (merujuk kes Murtad seorang Individu bernama Aisyah) kini memakan diri mereka. 

Walaupun Kerajaan pada ketika itu mengambil langkah inisiatif mencari Aisyah dan dalam bentuk kempen menyeru Aisyah kembali ke pangkal jalan, PAS terus menerus menggelar Kerajaan UMNO/BN Munafik pada ketika itu ketika tidak serius menangani isu Aisyah pada ketika itu kini terpampang di jiwa Parti yang dilihat hodoh mengguna label Islam pada logo mereka.







Kini? PAS yang merupakan sebahagian dari Kerajaan Negeri Selangor secara terang lagi bersuluh merelakan isu Murtad yang membabitkan sekumpulan umat Islam dan Melayu yang agak besar tidak diendahkan. 


Jikalau Kerajaan UMNO/BN difatwa munafik kerana gagal menyelamatkan seorang Umat Islam yang Murtad bernama Aisyah, apakah fatwa yang wajar diberikan terhadap PAS yang bukan sahaja tidak serius, malah menghalang usaha Pemimpin Islam lain melaksanakan pencegahan tersebut mengikut Enakmen Syariah sedia ada?




Gambar terbaru yang dirakamkan seperti di atas telah menyebabkan Parasit2 PAS menggelar Haron Din sebagai ULAMA' SETAN!! KLIK DI SINI untuk pembongkaran di sebalik gambar 2 sahabat yang ditangkap minggu lalu.

3 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

Apa sahaja akta atau peruntukan yang berselisihan dengan Perlembagaan Persekutuan maka akta itu akan terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan jelas menyatakan Islam Agama Rasmi persekutuan,agama lain boleh di amalkan dengan bebas TETAPI TIDAK BOLEH DI SEBARKAN KEPADA PENGANUT AGAMA LAIN. Murtadkan orang Islam satu jenayah.

pakwadin said...

nak buat macam mana, kalau tak sokong cina tu nanti kena tendang macam DHA, DSA tak pa-la dia pi tang mana pun org. ramai- kalau puak ni kena tendang nak makan apa, makan pasiak dah depa jual habih dah.

semut api said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

semutapi52.blogspot.com memohon jasa baik pihak Tuan menyenaraikan laman kami ini di 'link blog'Tuan, agar info Semutapi52 dapat dikongsi bersama pengunjung blog Tuan.

Sekian, Kerjasama dan info terbaik dari blog Tuan amat Semutapi52 kagumi.

Semoga kerjasama ini akan memberi munafaatkepada semua. Sekian.

http://semutapi52.blogspot.com/
Terima Kasih.

Powered by Blogger.