Feb 13, 2012

VALENTINE'S DAY - MUFTI PERLIS BALUN KARPAL SINGH!!









Mufti Perlis hari ini menyatakan kekecewaannya terhadap golongan bukan Islam yang terlibat mempertikai pandangan ulama Islam yang melarang penganutnya menyambut Hari Kekasih yang jatuh setiap 14 Februari.


"Mereka (bukan Islam) sepatutnya hormat kepada Islam seperti mana orang Islam hormat kepada amalan agama mereka," kata Dr Juanda Jaya.

Pada 7 Februari lalu, Pemuda PAS menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang Hari Kekasih, termasuk menyiarkan iklan anti sambutan itu.

Tindakan itu mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat seperti Karpal Singh yang dilapor menggesa PAS menarik balik pendirian itu kerana bertentangan dengan hak asasi dan prinsip kebebasan.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Dr Juanda mempersoalkan tindakan yang disifatkan "campur tangan" terhadap urusan agama Islam sedangkan umat Islam bertindak sebaliknya.

Katanya, perkara itu mesti dielakkan supaya suasana Malaysia yang harmoni dapat dicapai.

4 comments:

Anonymous said...

Bukti yang menunjokkan PAS *terpaksa* mengikut kata2 DAPigs..
kalau tidak PAS tak akan dapat mengundi cina. Untok mendapatkan sedikit kuasa ...PAS sanggup menjualkan agama.

anak melayu said...

mana pegi org pas tak diam je si kapal dah bsuara

Anonymous said...

ini baru sikit bro...tengok bila mereka memerintah nanti....si kafir harbi dgn sewenang wenangnya masuk campur dlm urusan agama islam...dimana silapnya? silapnya ialah kerana kita umat islam x bersatu...berbalah sesama sendiri...akhirnya islam menjadi lemah...minoriti akan menentukan apa yg patut di lakukan oleh majoriti....
bodohnya melayu ini!!!!

Nok said...

anon 2012 jgn bimbang...nik aziz dah tarbiah puak2 DAP...sat lagi berduyun2lah pemimpin DAP masuk islam...skrg ni ni mereka tgh belajar tentang islam yg diajar sendiri oleh nik aziz...dan nik aziz sendiri akan menyunatkan depa...gelinya....

Powered by Blogger.