Feb 5, 2012

ULAMA' PAS SELAR HINA AL QUR'AN - ANWAR KATA BUKU JINGGA 'KITAB SUCI' PAKATAN!!






Inilah akibatnya apabila Pemimpin dididik bergurukan individu yang pernah mencemar Ulama' PAS... disamatarafkan Ulama' PAS ini dengan sepasang Terompah yang digunapakai untuk membuang najis di tandas. Ulama' Terompah. 

Pemimpin2 ini juga diangkat dan diberi pendedahan politik oleh Mahaguru Diktator. Yang tidak punya prinsip. Muncul umpama seorang tokoh Islam Muda dari sebuah Badan NGO Islam lantang mengherdik pegangan berunsur munafiq dalam pemerintahan Kerajaan Malaysia.
 

Lalu tanpa angin dan ribut, walaupun bersumpah pada malam sebelumnya dihadapan sahabat2 yang menunggu tiba dirinya mengepalai Parti Islam PAS, keesokan harinya terpampang wajah beliau bersama bersebelahan seorang tokoh kelahiran Parti yang beliau gelar munafiq pemerintahannya.
Kini kembali bersama PAS. Ditambah resepi DAP. Namun kehadiran kali ini setelah 20 tahun meninggalkannya, dengan satu pegangan baru. 1 prinsip politik yang syaratnya wajib bagi setiap anggota parti berdaulat dengannya. Sebuah buku bewarna jingga.

Buku itu jadi pegangan parti mengatasi Kitab Al Qur'an yang dulu dijadikan panduan. Buku itu dijadikan wajah PAS sehingga pudar warna hijaunya yang dipilih warna rasmi kerana ianya melambangkan Islam. 
 
Malah nampak jelas pada buku tersebut, logo PAS bertukar bewarna jingga seolah2 memberi mesej yang memang benar terbukti apabila dibaca buku tersebut, tiada perkataan Islam di dalamnya.

Buku itu menjadi pegangan politik yang menjangkau sempatan. Lantas menguasai setiap sudut perlaksanaan pemerintahan waimah dalam sudut Agama dan Bangsa, wajib setiap anggota parti merujuk buku yang rekaan logonya mengingatkan zaman era penjajahan Jepun.
Dicampur baur dengan pelbagai resipi, membolehkan mereka menukar2 watak mengikut tempat dan situasi. Mereka menjadi umpama Imam Mahdi di Masjid. Mereka menjadi umpama Dewa di dalam kuil. Mereka mendapat layanan umpama Samy Buddha di Tokong Cina.
 

Pemimpin2 ini bukan sahaja telah meresap masuk ke dalam tubuh PAS. Malah sedang bertindak umpama parasit membunuh sebatang pokok yang dilihat hanya tinggal beberapa keping daun menunggu ianya digugur.

Mereka kini membawa konsep baru yang tidak lagi menggunapakai Islam berlandaskan Al Qur'an dan Sunnah. Akan tetapi dikelirukan dengan beberapa naskah kitab yang ada diantaranya datang dari sebuah Negara yang telah musnah Islam dikuasai Yahudi.

Buku Jingga ini amat penting dipelihara. Umpama Mukjizat Pakatan. Malah ada yang tawaduk membawa ke mana sahaja. Umpama paderi membawa Bible, dibaca ke mana sahaja.

Atas sebab itu, tiada lagi Ceramah membicarakan tentang akhlak. Tiada lagi ceramah yang berbincang soal gejala sosial melibatkan anak2 muda Islam. Malah lebih teruk, tiada masalah akhlak dan akidah diperkasa. Apatah lagi Murtad. Walaupun ada fakta, disorok2.

Buku Jingga jadi asas pegangan hidup. Di dalam mesyuarat tanpa mengambilkira Ceramah Pakatan mahupun segenap portfolio Kerajaan Negeri dibincang politik, Ceramah Forum Perdana Ehwal Islam muda dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga terus hilang entah ke mana. Kesemua itu digantikan dengan ceramah politik.
Lebih parah lagi, selepas Solatpun dibuka isu Politik. Tiada bicara soal kemantapan akidah. Perkataaan Akidah tidak dibenarkan dibawa kepada umum. Kerana sensitif akan dikaitkan dengan Murtad. Yang bakal ditegah DAP.

Agaknya sebab itulah lahir sekumpulan anak Muda yang dikepalai Adam Adli ini.Yang tiada didikan Agama. Hanyalah pendedahan politik.
Langsung tidak berakhlak dan tidak hormat bukan sahaja pada orang tua, akan tetapi seorang Pemimpin, seorang Tokoh Ulama' lahir dan diikhtiraf Majlis Syura Ulama' PAS iaitu Ustaz Azizan. Ini diperkatakan sendiri Setiausaha Politik beliau.

Malah disambut dengan individu2 yang entah lahir dari mana tidak berparti, boleh mengarahkan PAS mengambil tindakan terhadap beliau. Ianya dilihat permainan psywar Politik yang mampu menghilang pengaruh MB Kedah itu. Sebab apa? Politik. 
Akta AUKU yang menghalang berpolitik. Memberontak seolah2 Masjid dibakar. Memberontak seolah2 tokoh2 Ulama' dibakar hidup2 pemerintah. Walhal aksi melampau ini hanya kerana AUKU.

Inilah wajah politik Pakatan yang berjaya dirosakkan Anwar Ibrahim. Prinsip PAS berjaya dikikis dengan menggunakan pisau tumpul, membunuh dengan kejam seorang demi seorang. Dipecat bukan kerana politik wang, dipecat bukan kerana skandal seks, dipecat bukan kerana kes Jenayah.
Akan tetapi, suara dari Pemimpin PKR yang begitu drastik dan dilihat terburu terus dipecat itu kerana cuba menyekat penjualan arak. 
Cuma menghapuskan premis2 perjudian, cuba menangkap pelacur2 dan mengambil tindakan ke atas Hotel2 Bajet dan akhir sekali kemuncak keputusan pemecatan, Mengkritik Anwar bin Ibrahim.
TONTON 3 VIDEO Ceramah  yang dipaparkan di atas. Akan rasa insaf setiap detik ucapan beliau Bukan kerana Hasan Ali. Kerana kupasan isu yang disampaikan tidak lagi dijadikan peranan utama Pemimpin2 Islam masa kini di Malaysia.
Bukan mahu rosakkan pegangan politik sesiapa. Hanya minta kita dengan ucapan ini bagi perkukuhkan akidah diri kita dan keluarga serta masyarakat sekeliling kita. Sebarkanlah Video ini. Tidak rugi malah insaf mendengarnya.


PUPUSNYA AGAMA...

IMR - ISLAM... MELAYU... RAJA.

3 comments:

Anonymous said...

Penyokong kerajaan BN syok sendiri...

Buat apa kita dok bising bising kat blog pro kerajaan.. Memang kita dah tahu dan sedar akan kenapa kita patut undi BN.. Marilah kita gempur blog blog propembangkang bagi memberi mereka kesedaran dan penerangan kenapa kita kena sokong umno/bn... Juga kita kena gempur malaysiakini dan insider untuk memberi peringatan kepada mereka terutamany bukan melayu agar tidak cuba menggunakan alasan kesamarataan untuk menghilangkan hak agama islam, orang melayu dan kuasa kuasa raja..

Sebuah Perjuangan said...

sememangnya, anwar adalah seorang yang tidak menghiraukan ulama' kan ke dia org kuat israel..

sadiq sigaraga said...

ana ingat kata2 Rachel Motte di akhbar The Evangelical outpost..'Anwar seorang pemimpin yg tak mengenang budi...Anwar juga adalah pemimpin yg memperjuangkan imej pro Barat ketika di luar Malaysia!...tetapi untuk mendapat sokongan Melayu beliau mulalah bersikap anti Yahudi dan anti Amerika!'...benarlah seperti yg pernah disebut Pak Najib Anwar ni macam sesumpah mudah bertukar warna!... layakkah dia kita pilih menerajui negara?.... FIKIR kan!

Powered by Blogger.