Feb 3, 2012

TERBARU - DR.MARIAH REBAH.. MUSLIMAT PAS KOTA RAJA BUBAR SOKONG HASAN ALI!!







Ternyata keputusan Ahli Parlimen Kota Raja  Dr. Mariah Mahmud memilih untuk bersama Kumpulan Berhaluan Kiri atau Pro Erdogan sejak memulakan kerjaya politik di dalam PAS memakan diri.

Dr. Mariah kini bakal dinamakan antara 'agen' Anwar dalam PAS yang paling gagal dalam membawa watak 'Parasit' dalam PAS.


Individu yang turut diherdik Dr. Mariah sebagai 'pengacau' agenda Pakatan ini telah melunyaikan kesemua usaha beliau untuk menutup semula 'kesalahannya' yang melanggar prinsip Pakatan.





Siri jelajah Ceramah Dr. Hasan Ali yang menerjah kawasan Parlimen Kota Raja malam tadi menjadi bukti kegagalan Dr. Mariah.

Gambar2 sekitar ceramah yang sempat dirakamkan Otai Blogger Gerakan Anti PKR sebagai bukti sokongan hebat Hasan Ali. Penyokong2 yang majoriti adalah Ahli PAS selain dari umat Islam di kawasan sekitar Klang sesak bukan sahaja di lokasi Ceramah, malah melimpah  hingga ke sepanjang jalan raya.





Lebih pedih terpaksa Dr. Mariah bakal terima padah. Laporan menyebut antara ahli PAS yang paling ramai hadir mendukung perjuangan Hasan Ali itu adalah dari kalangan Muslimat PAS kawasan Kota Raja dan sekitar Klang selain dari Shah Alam.


Ribuan yang hadir sehinggakan penyokong2 Hasan Ali terpaksa bersila di luar atas jalan raya dan di kawasan tempat letak kereta akibat limpahan kawasan lokasi Ceramah.




Kota Raja merupakan kawasan ketiga yang diwakili Pemimpin Parasit PAS yang berjaya mendapat sambutan luar biasa. Sebelum ini sambutan yang sama turut kelihatan di 2 kawasan Parasit PAS iaitu Meru dan Shah Alam.


Walaupun Dr. Mariah dilihat 'selesa' untuk kekal menang di Parlimen Kota Raja berdasarkan rekod jumlah Pengundi Cina paling tinggi yang sudah pasti tidak akan mengundi UMNO/BN, akan tetapi rekod kehadiran masyarakat yang hadir ke Ceramah Hasan Ali membuktikan kegagalan Timbalan Dewan Muslimat tersebut menarik sokongan sasaran bagi Pengundi Wanita yang merupakan antara faktor kegagalan Anwar ke Putrajaya pada PRU12 lalu.





Ianya turut membuktikan bahawa Dr. Mariah gagal mendapatkan pengaruhnya dalam membawa prinsip dan agenda Anwar mengatasi prinsip Piagam PAS yang dibawa Ketua Muslimat PAS sebelum ini iaitu Ustazah Nuridah Salleh.

Ternyata majoriti Muslimat PAS masih kental menyokong puak Pro Ulama' PAS yang tidak seteru dengan Anwar secara amnya dan Wanita PKR secara khasnya.

Muslimat PAS lupa akan pegangan politik Wanita di Malaysia berbeza. Wanita Malaysia terutamanya Wanita Islam selesa dengan pendekatan yang dibawa Shahrizat.

Dan Wanita Malaysia benci akan percaturan politik menumpas lawan sesama sendiri dengan cara mengaibkan peribadi sebagai senjata. Ia dilihat jijik dan mencemar kaum Hawa tersebut.





Dr. Mariah tidak akan sama sekali diberi peluang lagi untuk memberi penjelasan. Jelas kenyataan beliau berbentuk 'simpati' terhadap Shahrizat berkenaan isu NFC membuktikan beliau ingkar akan Piagam yang dibawa Anwar di dalam Pakatan.

Tindakan Dr. Mariah juga dilihat mengganggu agenda sulit percaturan jahat politik PKR membuang secara drastik kekuatan Shahrizat selaku Pemimpin Wanita dari pihak Kerajaan.


Sebelum ini, Dr. Mariah menggunakan laman Twitternya mengherdik Hasan Ali secara bertalu2 yang dilihat sebagai salah satu 'senjata' menutup kesalahan terhadap Diktator Anwar dan  membuktikan beliau masih bersama Parasit2 PAS.


Ianya gara2 tindakan Dr. Mariah bertindak telus menrujuk prinsip Piagam Muslimat PAS sebagai hujah memberi pandangan terhadap Shahrizat. Kenyataan beliau yang turut dilaporkan menerusi Harakahdaily jelas berbau simpati dan membela Shahrizat.


Malah dikesan juga melalui kenyataan beliau terdapat elemen2 sinis memerli Ketua Wanita PKR Zuraida dengan menggunakan ayat 'serangan peribadi'.



 



Dr. Mariah telah sekian lama 'diperhatikan dan disyaki cuba mngkhianat Parasit PAS dengan membawa elemen2 yang pernah digunapakai dalam kepimpinan Ustazah Nuridah Salleh yang merupakan Kumpulan Pro Ulama' PAS cuba menjalin hubungan 'diplomatik' bersama Shahrizat.



 



Jalinan mesra yang diamalkan Dr. Mariah mula dikenalpasti apabila beliau didakwa ada beberapa kali berbincang dengan Shahrizat berkenaan isu Hal Ehwal Wanita di lobi Parlimen. 


Ini antara prinsip yang dilarang sama sekali di dalam Pakatan.

Sudahlah Dr. Mariah. Tiada gunanya berpegang pada Prinsip PAS. Tiada gunanya bersikap telus dalam perjuangan politik kamu. Tatkala kamu dikelilingan anggota Kumpulan yang menentang prinsip yang cuba dibawa kamu itu.


Kamu tahu prinsip kamu adalah berdasarkan Ikrar Pakatan sebagai pegangan utama. Bukan piagam PAS yang kini hanya naskah buruk untuk disimpan Presiden kamu apabila berundur kelak.

6 comments:

Anonymous said...

kalau momentum Hassan Ali ini bertahan lama dan berterusan , percayalah ....PRU 13 akan berlaku Tsunami politik terhadap pakatan di selangor !

UMNO Selangor apa yang telah dilakukan ?

Anonymous said...

sikit orang je.....itu pon kebanyakkan orang umno.......bodoh

Anonymous said...

Mulut azizan disumbat dengan kain serban PKR..

Double standard punya PR.. Mana kebebasan bersuara yang dilaung laungkan.. Budak uni yang akal tak seberapa dilaungkan supaya boleh bersuara.. Tapi MB yang memimpin negeri tidak boleh bersuara.. Nak suruh budak budak KUIN buat demo lagi ke mintak PR bagi kebebasan bersuara kepada MB.. Mana telur Azizan.. Takut dipecat oleh PAS pusat macam hassan ali ke..

Siapa yamg memerintah kedah sekarang ni...

Anonymous said...

Betul lah...

Tak ade ke budak budak uni yang berdemo kat negeri pembangkang yang kutuk pembangkang dsbnya.. Biar kita tengok apa dia hendak buat.. Bila kena buang, kita masukkan diaorang kat uni yang lebih bagus lagi..

Anonymous said...

Betul lah...

Tak ade ke budak budak uni yang berdemo kat negeri pembangkang yang kutuk pembangkang dsbnya.. Biar kita tengok apa dia hendak buat.. Bila kena buang, kita masukkan diaorang kat uni yang lebih bagus lagi..

Anonymous said...

kahkahkah... sikit tu dikatakan ramai yg datang.. kahkahkah.. ape punya bodohla ini blog... kahkahkah... dah jadi geng hassan duit nampak... kahkaahkahh....

Powered by Blogger.