Feb 17, 2012

SKANDAL PASIR - SAKSI DAKWA ADUN SERI MUDA UPAH GANGSTER UGUT KHALID GAGAP!!?







Kelihatan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim menemui jalan buntu untuk mengambil tindakan susulan berkenaan isu Penyelewengan pasir melibatkan Operasi perniagaan dan perlombongan pasir oleh syarikat milik kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB). 







Malah desakan yang sama sewajarnya diambil segera agar menggantung atau menasihatkan 2 ADUN PKR  Negeri yang didakwa terlibat dalam kes ini meletak jawatan mesti disegerakan lantas di bawa ke muka pengadilan. Ini yang acap kali menjadi teriakan anjing2 PKR tatkala membuat pertuduhan tanpa sebarang bukti terhadap pimpinan2 Kerajaan.



 



Akan tetapi, bezanya kali ini, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor ada bukti dan fakta jelas berbentuk dokumen penglibatan ADUN Seri Muda YB. Shuhaimi dan ADUN Batu Caves YB. Amiruddin terlibat secara terus dalam penyelewengan tersebut.



 



Lebih mengejutkan Khalid Ibrahim, Noh Omar turut mencadangkan dirinya diheret ke Mahkamah menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) bagi mendedahkan bukti2 tersebut. 

Jauh jika dibezakan dengan beberapa ekor Lembu PKR yang cuba membuat pertuduhan terhadap Pimpinan Kerajaan Pusat akan tetapi tiada bukti jelas dipaparkan bersama malah kecut teloq tatkala diasak mengemukakan ianya di Mahkamah. Hanya sekadar laporan polis yang mereka sendiri mendakwa tidak telus.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, mencadangkan kerajaan negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mengadakan "Mahkamah Rakyat" atau inkuiri berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor.





"Adakah Menteri Besar berani, adakah Menteri Besar akan letakkan jawatan, pecat EXCO atau pegawai yang bertanggungjawab atau tutup KKSB (jika terbukti melakukan penyelewengan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noh memberikan saranan itu sebagai cadangan balas terhadap kenyataan Abdul Khalid semalam yang memintanya bertemu dengan dua Ahli Lembaga Pengarah Bebas KKSB daripada Transparency International untuk memberikan keterangan dan bukti mengenai dakwaan penyelewengan dan rasuah di dalam operasi KKSB.

Beliau yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani membicarakan soal yang menjadi salah satu jeritan mereka meletakkan MAHKAMAH RAKYAT sebagai gelanggang kebenaran dan sewajarnya Kerajaan pimpinan PKR menyahut cabaran membuktikan ketelusan mereka menerusi pertuduhan ini terlebih dahulu. 

"Biarlah rakyat menjadi hakim dan mendengar hujah kedua-dua pihak secara langsung dan terbuka tanpa putar belit politik," katanya.


 
Sebelum ini, salah seorang Pemimpin PKR iaitu MP Kapar S.Manikavagasam yang didakwa telahpun dibawa ke peringkat inkuiri SELCAT.

Namun laporan mengesahkan bahawa inkuiri itu berlangsung pada 2 dan 3 Jun 2010 akan tetapi Manikavasagam tidak dibenarkan mengemukakan dua orang saksi utamanya.

Lantas secara drastik Pengerusi SELCAT, Datuk Teng Chang Khim dilihat menggunakan kuasanya membuat keputusan tiada penyelewengan berlaku. Dan sudah pasti keputusan akan sebaliknya berlaku apabila 2 saksi ini diterima mengemukakan fakta.

0 comments:

Powered by Blogger.