Feb 4, 2012

"SETIAP BULAN..!!" - MAJLIS SYURA PARASIT PAS HANTAR LAPORAN PAS PADA ANWAR.








ADUN Gombak Setia, Datuk Hasan Ali hari ini membuat keputusan untuk tidak merayu kepada Majlis Syura Ulama PAS berkenaan pemecatannya yang dibuat parti Islam tersebut pada 8 Januari lalu.

"Selepas mengambil kira pandangan-pandangan alim ulama serta ahli profesional di dalam dan di luar parti, saya mengambil keputusan untuk tidak akan membuat rayuan di atas pemecatan saya yang mana tempoh tamat rayuan tersebut adalah pada 7 Februari ini," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini.





Bekas Pesuruhjaya PAS itu membuat keputusan selepas menimbangkan beberapa faktor yang tidak dipersetujuinya seperti penguasaan golongan "parasit" di dalam parti yang memaksa pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi PAS.


Hasan turut menjelaskan, selagi wujud golongan parasit dalam PAS, beliau tidak akan mungkin mempertimbangkan untuk menyertai parti tersebut semula.

"Selagi wujudnya parasit di dalam PAS, saya tidak akan kembali kepada parti," demikian penegasan Datuk Dr Hasan Ali ketika diminta mengulas sama ada beliau akan kembali menyertai PAS atau tidak.

"Saya berpegang kepada kenyataan Mursyidul Am yang menyatakan bahawa segala perkara yang melibatkan saya telah selesai selepas pertemuan di Kota Bharu pada 27 Disember lalu.

"Saya mendapati hala tuju PAS telah terpesong dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan parti, sedangkan elemen inilah yang mendorong saya menyertai PAS 15 tahun dahulu," katanya.

 


Menurut bekas exco hal ehwal Islam Selangor ini juga, beliau sendiri menghadapi kesukaran untuk mendaulautkan Islam, Melayu, dan Raja di Selangor berikutan PAS lebih gemar mendengar pendapat parti komponen lain Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP berbanding ahlinya sendiri.

Selain itu, pimpinan parasit PAS juga lebih gemar mengkritik beliau menggunakan media dan kerap menyuarakan pandangan negatif terhadap perjuangannya memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Raja di Selangor.

"Saya menetapkan hati untuk tidak merayu terhadap pemecatan saya, malah, saya membantah pemecatan yang dibuat secara arbitari dan autokratik oleh PAS terhadap saya," tegasnya.

Tambahnya, pihak pimpinan parti juga tidak pernah memberikan sebarang surat atau pemberitahuan sama ada bertulis mahupun perjumpaan berhubung pemecatannya itu.

"Banyak kes disiplin sebelum ini yang melibatkan pemimpin dan parti, dan mereka diberi peluang membela diri berdasarkan prinsip "right-to-be heard", tetapi situasi itu tidak berlaku kepada saya," tambahnya.



Tambahnya, walaupun PAS kembali kepada perjuangan asalnya memartabatkan Islam, itu tidak cukup meyakinkan beliau untuk kembali ke pangkuan parti yang disertainya sejak 15 tahun itu kecuali golongan parasit tersebut dihapuskan.

"Selagi wujudnya parasit dalam PAS, saya tidak bersedia bekerja bersama-sama PAS," katanya dalam sidang media tersebut.

"Parasit tersebut merupakan pihak yang bertanggungjawab mengubah hala tuju PAS membentuk negara Islam kepada hanya fokus menawan Putrajaya," tambahnya.

Menurutnya lagi, selagi setiap kebaikan yang dilaksanakan Umno-Barisan Nasional (BN) itu dikatakan "agenda Umno," selagi itulah juga parasit berkenaan masih lagi menguasai PAS.

 



 Hasan Ali turut menafikan kenyataan Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad yang menyatakan dirinya merupakan parasit sebenar dalam parti tersebut dengan mengatakan "saya tidak bernah bersekongkol dengan DAP dan PKR, tidak memesongkan hala tuju PAS, dan tidak pernah menyokong membabi buta hasrat mereka untuk menawan Putrajaya."

Menurut Hasan, beliau sendiri khuatir kerana matlamat dan halatuju parti komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR pada pandangannya kabur dan beliau sendiri tidak yakin pakatan tersebut akan berjaya membentuk perikatan yang kukuh untuk menawan Putrajaya.

Tambahnya, hasrat beliau menyertai PAS adalah bukan untuk memesongkan matlamat dan perjuangan parti seperti yang dilakukan parasit di dalam PAS, sebaliknya mahukan penambahan golongan ulama terhadap parti yang memperjuangkan Islam itu.

"Saya menyertai PAS bukan untuk memesongkan PAS, tetapi ingin menambah penglibatan golongan ulama ke dalam parti tersebut," tegasnya lagi.

Dalam sidang media tersebut, Hasan turut mencadangkan agar Majlis Syura PAS harus diperkasa bagi menentukan badan ini benar-benar berfungsi supaya dasar parti tidak diperkotak-katikkan oleh parasit dalaman PAS.

0 comments:

Powered by Blogger.