Feb 28, 2012

'SAYA JUMPA USTAZ DI HOTEL LUAH PERASAAN!!" - WANITA KHALWAT TEKAD CERAI SUAMI!!








“Saya pergi menemui Ustaz Badrolamin atas tujuan krisis rumahtangga saya dan suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya dah  tak sanggup lagi."

Itu penjelasan Wanita yang didakwa berkhalwat bersama Pemimpin Tertinggi PKR Dr. Badrolamin.  Sungguhpun mengakui berjumpa, akan tetapi wanita ini tegas menafikan tuduhan mereka berdua telah berkhalwat.

Wanita ini seolah2 'lupa' Dr. Badrolamin sudah beristeri. 2 isteri. Wanita ini walaupun mendakwa akrab dengan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor itu, tidak ada sebab untuk wanita ini menemui dalam kawasan sebuah hotel yang sememangnya bakal menimbulkan syak wasangka.




Malah salah seorang Pimpinan PAS Negeri Pahang mendakwa agak musykil jika seorang bergelar Ustaz boleh menemui wanita yang bukan muhrim dalam situasi ketiadaan 2 isteri disisinya. Dr. Badrolamin tahu tatasusila bersama bukan Muhrim dalam apa jua sekalipun, tidak akan sama sekali berdua2an. 

Khalwat bukan sahaja merangkumi 2 individu bukan muhrim di dalam bilik semata2. Akan tetapi jika kawasan tersebut bukan tempat awam dan dalam keadaan sunyi, ia juga merupakan salah satu bentuk Khalwat. 


Wanita ini juga semasa di perkarangan mahkamah secara drastik tuntut penceraian dilihat panik, berkelakuan seolah2 bersalah, melarikan diri dan agak tidak tenang.

Wanita tersebut yang juga merupakan kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.


Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.



0 comments:

Powered by Blogger.