Feb 4, 2012

RAFIDAH AZIZ PULA BANTU ZURAIDA SELAK KAIN - APA DOA KAK JAT DI MEKAH!!?









Bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Rafidah Aziz dikesan telah menyelar Shahrizat melalui laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan.

Rafidah dilihat mengambil kesempatan atas isui ni turut 'membantu' serangan jahat PKR dengan nada sindiran membuat desakan yang sama seperti MP Kinabatanga dan Ketua UMNO Bahagian Cheras secara terbuka kepada pihak media.

Tindakan Rafidah dilihat bertentangan dengan prinsip yang didakwa beliau ketika memegang jawatan No. 1 sayap parti tersebut yang berbunyi,

"Bukan prinsip saya menyerang mana2 individu dalam parti jika adalah masalah timbul melibatkan saya dengan mereka. We are family. Prinsip saya sewajarnya ditanam dalam setiap pemimpin UMNO adalah menyelesaikan segala isu melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi. Rakyat memandang kejujuran kita melalui aspek itu."

Kenyataan tersebut diberikan Rafidah pada Sidang Media disaksikan ha,pir kesemua wakil Wanita parti komponen BN ketika kempen PRK Kuala Terengganu.

Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang disoal wartawan ketika selamat tiba dari menunaikan ibadah umrah menjelaskan, beliau tidak diberitahu mengenai hal tersebut sepanjang berada di tanah suci Kota Mekah. Namun beliau dengan rasa rendah diri tetap menghormati Rafidah selaku bekas Ketuanya itu.

Ditanya mengenai situasi beliau sepanjang mengerjakan Ibadah Umrah, beliau berkata tiada apa yang terlintas di mindanya melainkan Solat dan berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan iman dalam berhadapan dengan cabaran fitnah Pembangkang ini.

Lantas dengan semangat baru menegaskan beliau tidak akgan tunduk dengan tekanan mana-mana pihak yang menggesanya meletak jawatan.
   
Beliau berkata tidak ada pemimpin politik yang tidak menghadapi tekanan dan menurutnya perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat malah akan menjadikannya seorang pemimpin yang kuat dalam menghadapi cabaran.

"Saya anggapnya sebagai asam garam dalam politik, saya dah lama dalam arena politik, tidak ada mana-mana pemimpin yang tidak melalui pelbagai pancaroba.
   
"Dan kalau orang yang tahu salasilah kepimpinan wanita Umno dan siapa yang membuat saranan seperti ini (meletak jawatan) pasti ada sejarahnya yang tersendiri," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
.
Mengenai sama ada beliau akan terus berada dalam barisan Kabinet, katanya beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.
   

11 comments:

Anonymous said...

Rafidah sudah2 la anda tu veteran dah pun,jd la nak gila jawatan dlm wanita lagi,kenapa nak selak kain kak ijat,kan terselak kain sendiri nnti gelabah kak pidah lari xcukup tanah kena balun,cukup2 la tu.

Anonymous said...

Kak Jat pun udah2lah tu. Bertanding dalam PRU lepas pun dah kalah. Jadi Menteri pun masuk pintu belakang. Bagi jerlah peluang kepada pemimpim yang lain. Wanita UMNO masih mempunyai ramai lagi pemimpin yang lebih berkaliber. Permudahkanlah tugas Najib. Janganlah bagi bola "tanggung" kat PR. Susah nak return smash depa nanti. Kak Jat memang seorang pemimpin yang bersih tapi mesti dilihat bersih juga.

Anonymous said...

rafidah tu dengki sebenarnya..masa persidangan umno..masa pemilihan ketua wanita,dia ingat dia menang,dia cakap ...bukan main besar lagi,..tiba tiba kalah pada shahrizat,,lepas tu dia terus lari ,,,malu sendiri..dia tunggu masa saja nak serang shahrizat...tobat lah rafidah,engko pun dah kaya..apa lagi ko nak..umur dh tua..solat tobat lah.kalau tak reti tanya le tok imam...

Anonymous said...

aku orang UMNO dan ahli UMNO meluat dengan kedegilan mami nie cakap banyak tak nak la kami ni ikan bilis bila nak minta bantuan atau pinjaman untuk kembangkan bisness 10k pun susah nak dapat tambah pulak nama dah disenarai hitam tapi lu orang senang-senang jer 250juta masuk ... poorahhhhhhh kalo lu ada maruah letak jawatan la mami ...bosan le menjahanamkan UMNO jer sepatutnya Presiden UMNO contohi Presiden PAS dalam soal ketegasan ... maaf cakap aku bukan sebelah pembangkang tapi kebanyakan rakyat yang macam aku nampak kerasukan keluarga menteri menjahankan wang kerajaan ... kami rasa terkilan ...

Anonymous said...

Harap sharizat dapat pikir dengan baik dan buat keputusan yang terbaik untuk parti.. Betul kata dia yang dia belum disahkan bersalah, tapi tak tentu lagi pasal keluarga dia tu.. Persepsi umum mengatakan ada issue di sini dan memang mungkin ada penyalahan guna dana dilakukan.. Kerajaan tak salah bagi duit pada NFC, cuma disalahguna oleh keluarga beliau.. Harap dapat buat keputusan yang terbaik... dia boleh membantu Wanita Umno dibelakang tadbir jika dia ikhlas berjuang untuk kepentingan parti (itupun jika benar Wanita memerlukan dia)....

Anonymous said...

kalau kak jat tidak berada ditempat skrg bolehkah ia dapat projek berjuta2 tu..

Anonymous said...

Sexy Pics :
http://xaijo.com/land?new-oh.html

Anonymous said...

Saya tes beta proyek:
http://blog.erolove.in/?new-vd.html
http://blog.erolove.in/land?browse-ix.html

Anonymous said...

Freeware penyimpanan:
http://blog.erolove.in/?new-jz.html
http://blog.erolove.in/land?browse-tp.html

Anonymous said...

Ambil blog :
http://aed280e5.allanalpass.com
http://xaijo.com/?new-nv.html
http://blog.erolove.in/?new-fb.html
http://blog.erolove.in/land?browse-mt.html
http://amateur.erolove.in/pagehd.html
http://shop.xaijo.com/?new-su.html
http://intimcity.org/in.htm?profile-pl&wm=2020890811

Anonymous said...

De stockage Freeware :
http://aed280e5.allanalpass.com
http://xaijo.com/?new-rx.html
http://blog.erolove.in/?new-ju.html
http://blog.erolove.in/land?browse-sz.html
http://amateur.erolove.in/pagews.html
http://shop.xaijo.com/?new-xg.html
http://intimcity.org/in.htm?profile-mg&wm=2020890811

Powered by Blogger.