Feb 16, 2012

PRU13 - MB KEDAH MAHU UMNO MENANG JIKA PARASIT PAS CALON MB!!









"Itu hak UMNO. Ini negeri bebas...aturlah strategi. Kita dah buat macam-macam...jika rakyat sokong Alhamdulillah...kita dok (dapat mentadbir) lagi, kalau rakyat tak mahu apa boleh buat." 

Jawapan MB Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak jelas tidak meyakinkan malah tidak mengikut 'skrip' yang telah diatur setiap Pemimpin Pakatan tatkala disoal mengenai potensi kemenangan pada PRU13 kelak.

Ramai dari kalangan Pemimpin PAS Kedah menjelaskan MB Kedah sudah jelak dengan permainan kotor Parasit PAS Negeri yang dikepalai Mahfuz Omar yang sedang berusaha menyingkir beliau memimpin Negeri tersebut.

Malah ianya bertambah bercelaru apabila pelbagai sekatan dibuat dalam melaksanakan Enakmen Syariah Negeri setelah dipaksa tunduk kepada kemahuan DAP Kedah yang sekadar memperolehi 1 kerusi DUN di Negeri Jelapang Padi itu.

Malah tatkala MB Kedah berhadapan dengan masalah besar seperti isu Madrasah Salihiah diperhatikan tiada sebarang sokongan padu diberikan terhadap mana2 Pimpinan PAS Pusat akan tetapi disabotaj dan turut 'curang' membiarkan Azizan Abdul Razak terus dikecam.






AUKU merupakan kemuncak bukti penyingkiran MB Kedah. Mahfuz Omar yang dilihat berpihak kepada sekumpulan Kecil Mahasiswa Pro Anwar membuktikan bahawa Ustaz Azizan tidak releven bagi pihak Pakatan untuk terus bertahan.

Perpecahan kritikan PAS Kedah yang dilihat terbahagi kepada 2 Kumpulan Pro Mahfuz dan Pro Ustaz Azizan tidak dapat dikawal. Kekuatan dilihat berpihak kepada Parasit PAS jika dilihat dari sudut Kerajaan Pakatan akan tetapi PAS Kedah majoriti masih memerlukan Ustaz Azizan.

Ustaz Azizan juga tidak akan dipilih memegang kuasa setelah dikatakan tidak akan melantik mana2 jawatan Exco kepada ADUN PKR kerana masalah penyelewengan dan rasuah yang tidak berkesudahan. 





Puak Pro Azizan menjelaskan jika Kedah mahu dilihat sebuah Negeri yang stabil, adalah lebih baik BN kembali berkuasa jika benar Ustaz Azizan bakal disingkir. Ini kerana Pakatan terus dibelenggu kuasa yang tidak terkawal dan  matlamat asal PAS Kedah untuk mengaplikasi Pemerintahan Syariah tidak terlaksana walaupun pada asalnya itu adalah impian mereka jika memegang kuasa.




4 comments:

Anonymous said...

fadzil Baling- Tau tak pa-

Anonymous said...

IJAN PUN DAH MUAK DGN PAS DAN TAK YAKIN DGN KEMUNCULAN PARASIT PEROSAK YG DOK ADA...
KALAU ARWAH FADZIL NOOR MESTI BENGKAK DGN APA YG SEDANG MELANDA PAS SAMPAI DAPAT PEGANG PORTFOLIO ADAT DAN SUKAN KAT SELANGOR...

HEHEHEHE...

PEJUANG HAMAS...

Anonymous said...

Barang gratis :
http://blog.erolove.in/?new-yg.html
http://blog.erolove.in/land?browse-qr.html

Anonymous said...

USTAZ AZIZAN MUNGKIN SEDANG TUNGGU TAWARAN DARI UMNO ATAU JATI UNTUK BERSMA SAMA MENENTANG PARASIT2 DAN PEROSAK2 DALAM NEGARA INI.DIA DAH NAMPAK BALA YANG MUNGKIN BERLAKU KALAU GOLONGAN2 ITU MENDAPAT KUASA

Powered by Blogger.