Feb 28, 2012

PRU13 - KHALID SAMAD DAKWA HASAN ALI AKAN MELUTUT PADANYA RAYU KERUSI DUN!!







 PAS tentulah terpaksa menelan air lior jika Presiden JATI Datuk Dr. Hasan Ali yang juga bekas orangkuatnya bertanding dalam PRU ke13 sebagai calon Bebas.

Modal lama yang nak diguna untuk membelasah Hasan sebagai kuda tunggangan UMNO mati separuh jalan atau dengan kata lain, kantoi . . .macamlah cerita seorang pemimpin PKR Selangor yang juga kantoi kerana kes khalwat.





 Justeru kita lihat  sukar bagi PAS mengayatkan orang ramai bahawa Hasan ditaja atau sudah dibeli oleh UMNO.

Bukti yang mereka kemukakan bahawa selama ini UMNO berada dibelakang Hasan sebagai penaja kerana mahu membalas dendam atau mengambil kesempatan.

Tetapi yang PAS terlupa, mereka yang pecat Hasan dengan membelakangkan prinsip lslam dan menggunakan kaedah “dendam” sebagai jalan pintas menamatkan riwayat pejuang lslam itu.

Bukan Hasan cari pasai dengan depa tapi kerana DAP dan Anwar Ibrahimlah, Hasan menjadi korban PAS.





Maknanya PAS korbankan Hasan kerana kesetiaan pada DAP. Sebab seperti umum ketahui Hasan berada di barisan depan mempertahankan akidah umat lslam di Selangor yang berdepan isu pemurtadan.

Sebagai reaksi kepada sikap zalim yang PAS pamerkan, Hasan bukan saja membuat road show mendedah wayang kulit PAS yang mewar-warkan perjuangan lslamnya.

Malah Hasan menubuhkan JATI sebagai platform NGO memperjuangkan lslam, Melayu dan Institusi Raja-raja sebagai “kuasa ketiga”.

Isu menentang usaha memurtadkan akidah umat lslam adalah agenda utama JATI sejak penubuhannya secara rasmi baru- baru ini.

Siri Jelajah Hasan ke seluruh negara terutama di Perak mendapat sokongan luar biasa sehingga ada kala mengatasi crowd yang mengerumuni ceramah Anwar ataupun Mat Sabu.


Sikap Hasan yang berterus terang dan tak akan berkompromi dengan puak-puak yang menentang lslam dan good bye juga kepada mereka yang memperalatkan lslam sebagai jalan ke Putrajaya adalah poin beliau disayangi.

Justeru mesti ada kejutan sikit pada banyak pihak bila bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat itu mengumumkan bahawa beliau mungkin bertanding dalam PRU ke13 sebagai calon Bebas.

Bayangan itu dibuat Hasan ketika menjawab satu soalan dalam satu sidang media selepas merasmikan pelancaran JATI peringkat negeri Perak di DewanJubli, Kuala Kangsar petang Isnin.

Kira-kira 2,000 orang penduduk tempatan pelbagai peringkat usia hadir.

Walaupun kenyataan itu masih dilihat “berlapik kerana katanya “ sebagai orang politik pentas politik penting.”

Beliau bagaimanapun tidak pula menyebut sama ada dia akan bertanding di kawasan lama (Gombak Setia) atau di mana DUN atau Parlimen di Selangor ataupun memilih kawasan di Perak pula.








Ini kerana Hasan bukanlah muka baru bagi orang Perak kerana dalam pilihanraya umum 1999, Hasan bertanding dan menang di parlimen Parit Buntar mengalahkan calon BN (lebih 2,000 majoriti).

Masa itu Hasan adalah idola PAS dan masa itu juga PAS mempertaruhkan seorang ulama macam Hasan sebagai calon walaupun Hasan bukanlah orang Perak.

Sehingga kini kita pasti Hasan  tidak akan melibatkan JATI dalam pilihanraya atau dengan kata lain JATI akan kekal sebagai NGO, bukan sebagai sebuah pertubuhan politik.

Beliau juga menafikan akan pulang ke pangkuan PAS malah beliau juga mengatakan tidak “mungkin menyertai UMNO” seperti yang didakwa oleh musuh-musuh politiknya.

Beliau mengulangi bahawa beliau tidak boleh memisahkan dirinya dari politik kerana “saya orang politik.”

Tapi ini katanya tidak bermakna sebagai orang politik beliau tidak boleh menggunakan pentas poliltik untuk memperjuangkan isu-isu berhubung kait lslam, Melayu dan Institusi Raja-raja.

JATI memilih Perak sebagai negeri kedua untuk program pelancaran peringkat negeri  selepas Selangor yang diadakan di Shah Alam pada 21 Februari lalu.

JATI mensasarkan 100,000 keahlian untuk peringkat awal sambil membayangkan angka itu boleh bertambah.

Beliau teruja kerana JATI  mendapat sokongan rakyat negeri Perak kerana matlamat pertubuhan itu katanya mendaulatkan lslam,melayu dan institusi raja-raja.

Pada peringkat ini kira-kira 500 orang sudahpun memohon menjadi ahli Jati di Perak.

Hasan juga akan mengadakan program di Lumut (sebelah malam) dan beliau menjangkakan 10,000 orang akan hadir.

Dalam sidang media itu, Hassan sekali lagi berkata Jati berpegang kepada tiga prinsip perjuangan yakni mendaulatkan kesyumulan lslam,Melayu dan Institusi Raja-raja.

Beliau tidak menolak Jati akan menyokong usaha melaksanakan hukum hudud di negara ini.

 Jati tetap menyokong usaha mana-mana kerajaan negeri melaksanakan hudud sama ada Perak, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Selangor dan Kelantan sekalipun.

“Kita menyokong mana-mana negeri yang mahu melaksanakan undang-undang hudud malah Brunei pun sudah melaksanakan….kita pun sokong.





Beliau mengulangi prinsip perjuangan Jati yang hanya menyokong gerakan atau pertubuhan yang menyokong lslam, Melayu dan Institusi Raja-raja.

Kepada satu soalan, Hassan berkata “over my dead body” Jati akan bekerjasama dengan DAP yang terang-terang menentang hudud dan penegakan undang-undang lslam di negara ini.

“Yang jelas bagi DAP  Islam tidak ada langsung dalam agenda politik parti itu, . . .sebab itu kita cuma akan bekerjasama dengan kumpulan yang memperjuangkan lslam sahaja”ujarnya. AGENDA DAILY.




2 comments:

Muhammad bin Sariki said...

Walaupun saya tidak dibarisan hadapan, saya tetap mendoakan perjuangan Dato' Dr Hassan Ali demi umat islam sejagat. Allahu Akbar, Allahhu Akbar, Allahu Akbar.

Anonymous said...

Tak kisahlah siapa biayai dia.. UMNO ke, PAS ke, PKR ke... Atau orang yang insaf.. Aku kalau ada duit pun boleh biayai dia.. Tujuan dia baik untuk IMR..

Powered by Blogger.