Feb 3, 2012

PERIT JIWA SEORANG IBU HILANG ANAK - "KE MANA KAU PERGI FITRI..!!"








Atas rasa rendah diri dan rasa perikemanusiaan, blogger Gelombang Rakyat yang turut serta bersama blogger2 yang lain, artikel ini dikeluarkan. Bantuan yang dimohon sendiri dari individu bernama Suraya yang telah kehilangan anak saudaranya.

Apa yang lebih membimbangkan, anak saudara beliau yang bernama Nor Fitri Marzuki ini seorang yang mengalami Syndrom Down. 

Mohon sekali lagi bagi pihak yang telah mengetahui isu ini melalui rakan2 blog, sama2 kita bantu Kak Suraya.

Berikut merupakan kenyataan yang diberikan Kak Suraya kepada salah seorang Otai Blogger Papa Gomo.





Disini Kak Su ingin memohon jasa baik semua untuk menolong mencari anak saudara Kak Su Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down (gambar diatas). 

Beliau telah hilang semenjak 23/1/2012 hingga sekarang. bermacam-macam cara telah kami sekeluarga lakukan termasukan menghubungi TV3 pada 26/1/12 dan 28/1/12 (3 kali) dan pada 31/1/2012

TV3 telah menghantar reporter untuk mebuat liputan di rumah keluarga Fitri. tetapi hingga sekarang berita kehilangan beliau belum disiarkan. kami ada menghubungi TV3 untuk bertanya tentang tarikh siaran, dan jawapan mereka "mungkin besok". 

Menurut kenyataan TV3 yang datang kerumah kakak saya, mereka telah menghantar rakaman ke TV3 head office pada hari yang sama 31/1/12. Report polis telah dibuat pada hari sama kehilangan nya. Harian Metro juga datang tetapi berita belum disiarkan lagi.

Kami ada mendapat maklumat bahawa kemungkinan Fitri berada di pulau pinang bahagian Jelutong. Kak su amat-amat berharap pembaca Blogger Jalanan dapat menolong membantu kami sekelurga menghebahkan kepada umum tentang kehilangan Mohd Nor Fitri.

Pertolongan dari rakan Blogger Jalanan amat-amat kami sekeluarga harapkan.

Kak suraya.

019-5449170

Taman Semarak
Sungai Petani Kedah.


JIKA ANDA ADA SEBARANG MAKLUMAT MENGENAI ISU SEPERTI DI ATAS, SILA HANTAR MELALUI KOMEN ATAU EMAILKAN KEPADA gelombangrakyat@gmail.com.



0 comments:

Powered by Blogger.