Feb 25, 2012

PEGAWAI MB DEDAH ANWAR GUNA WANG YAYASAN SELANGOR KE LUAR NEGARA..!!?








Rakyat Selangor baru2 ini telah dikejutkan dengan pengumuman Yayasan Selangor yang dilihat paling buruk sejak ditubuhkan 40 tahun penubuhannya, menghentikan serta perkhidmatan PINJAMAN PELAJARAN kepada anak2 Selangor yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat IPT.






Pengumuman ini bukan sahaja mengecewakan rakyat Selangor terutamanya para mahasiswa, malah mereka menganggap ia merupakan langkah tidak beretika dan melanggar hak rakyat Negeri tersebut. 


Ia tampak jelas Kerajaan pimpinan PKR ini melacur Manifesto PRU12 yang menjanjikan bantuan semaksima bakal diberikan kepada pelajar2 IPT sebagai bukti wang Kerajaan Negeri dapat disalurkan kepada kesemua rakyat Selangor.







Akan tetapi, bukan sahaja Pinjaman Pelajaran ini tidak dinaiktaraf ke dalam bentuk Biasiswa seperti dijanjikan, malah perkhidmatan yang buat pertama kali dalam senarai Yayasan di beberapa buah Negeri di Negara ini , ditutup terus dan hanya mengekalkan perkhidmatan Biasiswa sedia ada yang amat terhad untuk setiap bakal Mahasiswa di Selangor memperolehinya.



Timbul persoalan besar tentang isu terbaru yang merupakan susulan pendakwaan2 sebelum ini yang mencetuskan tanda tanya mengenai status kewangan Yayasan Selangor.


Sekurang2 nya Kerajaan Negeri ketika di bawah pemerintahan BN sebelum ini sentiasa memastikan hak pemberian rakyat menerusi Yayasan Selangor dikekalkan. Bagaimana Khalid Ibrahim boleh mendakwa perkhidmatan Pimpinan beliau kepada rakyat jauh lebih baik berbanding Kerajaan Negeri terdahulu?





 Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor memang jelas hanya memilih kerusi tersebut sebagai platform politik semata2. Malah ada juga yang berang masalah kewangan beberapa agensi dan Yayasan Selangor semakin kritikal sejak Diktator Pakatan itu menduduki jawatan tersebut.

Bagaimana nasib golongan Keluarga miskin di Negeri tersebut yang mahu melihat anak2 mereka terus diberi ruang melanjutkan pengajian di Menara Gading?

Anwar sejak kemenangan Negeri Selangor hingga hari ini sibuk merancang pelan strategi membunuh Kerajaan BN demi menakluk Putrajaya. Rasuah dan Korupsi menjadi senjata beliau menyerang BN sehinggakan ianya mengatasi permasalahan2 yang lebih besar berhubung kepimpinan beliau terutama dalam soal prinsip Akidah dan Moral Agama.

Anwar dilihat terlalu leka memfitnah UMNO membabi buta walhal lupa bahawa Parti pimpinannya kini sedang memerintah sebuah Negeri paling Maju yang defisitnya dari tahun ke tahun semakin tenat.




Adakah benar Anwar menggunakan sebahagian wang Yayasan Selangor untuk menampung perbelanjaan beliau ke luar Negara atas kapitisi lawatan kerja? JAWAB SELCAT!! Anda umpama bangkai yang disalai oleh Diktator ini.



Artikel berkaitan (Klik pada tajuk di bawah) : -
  

3 comments:

Anonymous said...

Apa kejadahnya pegawai yang dilantik tu sebagai Penolong Pengurus Besar umur baru 31 tahun pada tarikh lantikan dan digaji sama seperti gaji pegawai Kerajaan bertaraf JUSA C? Tak ada orang lain yang lebih berpengalamankah di Selangor?

Anonymous said...

Apa kejadahnya pegawai yang dilantik tu sebagai Penolong Pengurus Besar umur baru 31 tahun pada tarikh lantikan dan digaji sama seperti gaji pegawai Kerajaan bertaraf JUSA C? Tak ada orang lain yang lebih berpengalamankah di Selangor?

Pena Selatan Malaya said...

Sedih.....dlm diam semua di kebas...jawab2!!...

Powered by Blogger.