Feb 12, 2012

PARASIT PAS KATA MB KEDAH ULAMA JIJIK - "KHIANAT BUKU JINGGA ITU KHIANAT ISLAM!!"







"UMNO itu musuh Islam. Apa juga yang berlaku, haram setiap ahli bersalam, bertemu, bertentang mata apatah lagi menyokong walau satu isu pun yang dikeluarkan dari parti ini. Jika ada mana2 Pemimpin dan ahli yang dilihat bersama2 dengan Pemimpin UMNO dalam apa jua Majlis sekalipun, mereka bakal dipecat dengan bersalaman dengan Musuh Islam."






Inilah gambaran yang cuba ditafsirkan dan disemat dalam sanubari setiap ahli PAS. Parasit2 PAS bakal mendesak Ulama' PAS menfatwakan perkara ini dengan kadar segera. Beberapa keping gambar Pemimpin2 PAS Pro Ulama' yang dilihat mencurigakan akan disimpan dan dijadikan bahan bukti jika ada sebarang kenyataan bercanggah dengan perjanjian PAKATAN. Ini semua sebagai salah satu jalan paling mudah menyingkir MB Kedah Ustaz Azizan dari PAS. INGAT!! Bukan Piagam PAS akan tetapi Piagam PAKATAN yang sudah pastinya Buku Jingga.




 


Maknanya apa juga usaha bagi menaikkan rasa benci DAN mengaib setiap Pemimpin PAS yang membuat percanggahan dengan dasar PAKATAN itu digalakkan sama sekali. Ini adalah tekad PAS dalam memberi komitmen kepada kepimpinan Anwar Ibrahim. 






Walhal mereka lupa Diktator Pakatan ini merupakan sisa UMNO yang pernah memandang PAS umpama anjing2 di tepi longkang 1 ketika dahulu. Menghina PAS lebih buruk dari Mahathir dengan menggunakan Ayat2 suci Al Qur'an sebagai alat putar belit memperlihatkan hati busuk perjuangan parti ini.



 

Sebarang kenyataan berkenaan soal Aqidah dilarang sama sekali. Apatah lagi mengeluarkan perkataan Murtad, itu dicegah. Atas sebab apa semua ini? Tak perlu banyak bertanya. Kerana di dalam Islam, penganut yang terlalu banyak bertanya mengenai hukum Allah boleh membawa kepada ketidakyakinan terhadap agama itu sendiri. Bijak berkata-kata mengelirukan. Itu Agama, bukan Parti Politik seperti PAS.


 


Ugutan ini juga satu  penghinaan terhadap pencetus Kerajaan Perpaduan iaitu Presiden PAS sendiri Hadi Awang. Ya... Hadi Awang yang mengilhamkan dan mengarahkan proses Kerajaan Perpaduan itu berlaku. Presiden yang dijulang Tokoh Ulama' bakal menerima nasib seperti MB Kedah Ustaz Azizan yang kini sedang dahsyat ditikam luar dan dalam, dipromosi memperlihatkan beliau juga adalah Agen UMNO.





Siapa perangka operasi perlaksanaan? Mustafa Ali.  Malah beliaulah individu yang mengajak Hasan Ali dan Ustaz Nasharuddin untuk bersama di barisan Presiden. Dia juga individu pertama yang membuat pertemuan bersama pemimpin UMNO.




Tidak timbul lagi sebenarnya isu ini. Apa rasional dan relevennya Kerajaan Perpaduan? Dan kenapa pula ianya dilihat salah? Kerana keputusan PRU12 tidak stabil. Dan Hadi Awang punyai hak pada ketika itu untuk berbincang dengan mana2 Parti Politik, Kerana Barisan Alternatif (BA) hanya melibatkan PAS dan PKR. DAP telah sekian lama meninggalkan parti itu.  

Malah Lim Kit Siang tidak mengikhtiraf perlantikan Nizar sebagai MB pada hari perlantikan kerana dia sendiri mendakwa PAS bukan parti sekutu mereka. Bayangkan, pendirian DAP yang tegap dan mampu melunturkan perjuangan sehingga hari ini.


 


Seronok. Rasalah nikmat kemenangan DAP itu sampai kenyang. Kelak kamu sendiri bakal ditimpa bala kerana terus dan terus menggenggam pendirian mereka yang salah satu diantaranya adalah, tidak akan sama sekali melaksanakan bukan sekadar Hudud, akan tetapi apa jua Sistem Perundangan yang menyekat perkara2 mungkar yang menjadi amalan mereka. Waimah ianya mahu dilaksanakan di Negeri2 yang 100% umat Islam sekalipun, jangan cuba dibangkitkan. Kelak kamu bakal dipecat.





Jikalau tidak mahu dipecat, tarik semula kenyataan itu. Kenapa? Melanggar keputusan PAS samalah dengan melanggar Hukum Allah. Kerana PAS adalah parti yang menjulang kebesaran Allah. Jika tidak yakin dengan keputusan Parti, maka akidah kamulah yang dilihat sedang dipesongkan.

Melampau? Itulah realiti yang cuba ditanam dalam sanubari setiap Ahli PAS.

7 comments:

Anonymous said...

artikel menarik bro..truskn usaha jthkn pakatn haram..

Anonymous said...

The Star today...

Pemuda PAS tukar pandangan mengenai Valentine day 180 degree.. Sebelum ini siap mendesak kerajaan mengharamkan hari valentine melalui media massa seperti tv dsbnya... Siap sampaikan memorandum pada kerajaan lagi suruh haramkan.. Tiba tiba news hari ini tukar pendirian.. Cakap boleh sambut tapi kena bawak cheaprone (kawan)... APA DAH JADI NI... Kena cuit sikit dengan DAPlah ni melalui parasit PAS... Inilah masalah orang islam jika berkawan dengan orang kafir macam DAP ni.. Tak boleh langsung nak kata pasal islam... Sekarang belum berkuasa lagi, nanti jika sudah berkuasa apa akan jadi.. Tak payah nak berangan dan berharaplah nak ubah hanya selepas dapat kuasa... Jika sekarang tak boleh, nanti lagi tak boleh.. Sedarlah orang melayu islam apa akan terjadi pada bangsa melayu beragama islam nanti jika tersalah beri undi.. A vote for Pakatan Rakyat is a vote for DAP...Fikirlah sendiri....

Anonymous said...

Hari ini hadi awang cakap haram sokong dua negara israel dan palestine... Semua dah tahu ni.. Tak payah cakap sekaranglah...

KENAPA TAK CAKAP MASA ISU ITU BARU KELUAR DARI MULUT ANWAR IBRAHIM.. Adakah tuan guru lebih takut kepada PR dari allah... Sanggup berdiam diri dan biarkan orang melayu islam bertengkar dan menimbulkan salah faham diantara satu sama lain.. Tak tahu yang mana betul dan salah.. ATAU kini PAS sudah terasa yang perjuangan dia dah melencong dan dah hilang banyak penyokong/undi... Jadi kena buat pengumuman sekarang supaya dapat semula sokongan/undi puak PAS sendiri... BAGUSLAH itu jika perjuangan tidak ikhlas dan hanya menggunakan islam sahaja seperti ini.. apa pula kata pemimpin parasit PAS dan anwar ibrahim.. Fikirlah sendiri..

Anonymous said...

Diaorang bilang PAS tu Parti Islam... Tapi, penulis2/penyokong2 parti tu asyik menipu, berbohong, memfitnah....

Bapak/pemimpin diaorang tak ajar ker erti dosa pahala..?

Anonymous said...

Kes KFC.. kalau tengok via utube sebenarnya apa yang jess to cakap sebenarnya bukan danny yang mintak maaf sebab kurang ajar.. Tapi dia mintak orang KFC yang dia maki hamun tu mintak maaf.. Tak tahu samada fakta diputarbelitkan oleh journalist dengan sengaja atau tidak.... Oramg cina mestilah sentiasa pandai dan betul... Orang melayu aje yang bodoh dan salah... Kena mintak maaf kat tuan ala oo..

nonbal said...

Menarik posting kali ni bro... teruskan.
Kemungkinan isu kerajaan perpaduan ini akan kembali dihidupkan selepas PRU13, siapa yang paling cemas jika UMNO dan PAS bersatu?
dan apa yang lebih mencemaskan ialah jika perpaduan dua parti tebesar ini menjadi kenyataan selepas PRU13. Sesuatu perlu dilakukan agar sebarang usaha untuk menghidupkan kembali idea ini serta usaha kearah itu dikuburkan sedalam-dalam dilautan atlantik.
Siapa? tentulah DAPig, siapa lagi perpaduan UMNO dan PAS adalah 'musuh' terbesar DAP serta PKR.
Untuk itu DAP dan PKR dengan bantuan parasit mereka di dalam PAS kini sedang berkerja keras siang dan malam tujuh hari seminggu bagi memastikan setiap individu yang berpotensi kearah perpaduan UMNO dan PAS dinyahkan dari pakatan.
Bantuan spiritual mereka adalah tidak lain tidak bukan ialah Syaitan laknatullah. Sepertimana diketahui, syaitan adalah musuh kepada kebenaran serta musuh kepada amal soleh umat islam. Jika berpecah dan berbalah itu mendapat dosa, maka bersatu itu adalah satu ibadat dan tentunya mendapat rahmat dan pahala.
Yang dikesalkan ialah para 'ulamak' di dalam PAS telah lama di'kerja'kan oleh syaitan untuk menolak sebarang bentuk perpaduan dikalangan umat islam di Malaysia. Demi politik dan kuasa, mereka persetankan segala amalan baik tersebut.

Anonymous said...

kisah benar,,,,nauzubillah... bacalah >>>> http://demokrasi93.blogspot.com/2010/04/umno-dan-arak.html

Powered by Blogger.