Feb 5, 2012

NEGARA ISLAM - ANWAR KATA "PRINSIP FADZIL NOOR DAH MATI!!"








Tiba2 teringat akan bekas Presiden PAS yang 'boleh tahan' juga lantang menentang kepimpinan pesaing politik Tun Mahathir Mohamad. Semua ini gara2 Siri Jelajah Hasan Ali yang tidak pernah tertinggal mengingatkan ribuan penyokong beliau yang hadir mengingati perjuangan Islam beliau.

Allahyarham Dato' Fadzil Noor diperakui kawan dan lawan parti merupakan Ketua Pembangkang paling 'menggerunkan' kesemua Ahli Parlimen tidak kira dari pihak BN waimah MP PAS dan PKN (kini PKN) sekalipun. 

DAP? Pada mulanya mungkin. Akan tetapi mereka semakin panas telinga mendengar setiap Ucapan beliau mewakili Pembangkang tidak lekang mengaitkan Islam dari pelbagai sudut. Pembentangan Belanjawan beliau juga diselarikan merujuk dasar Islam. Malah sampai ke tahap isu Pertanian pun dikaitkan juga dengan Islam.

Lantas desakan dibuat. DAP melalui mesyuarat tergempar mereka mendesak PAS menentang usaha mereka untuk melaksanakan Sistem berlandaskan Al Qur'an dan Sunnah.







"Untuk apa PAS mesti berbuat sedemikian? DAP tidak sewajarnya mempertikai Perjuangan rakan2 komponen dalam Barisan Alternatif (BA) kerana PAS boleh menerima mereka walaupun tahu akan perancangan mereka."

"PAS bukan bermatlamat menghancurkan Agama2 lain. PAS hanya mahu melaksanakan Sistem berlandaskan Hudud dan Qisas yang didalamnya turut memberi kesan politik buat kesemua umat Dunia.

"PAS sedia bekerjasama dengan mana2 pihak waimah dari UMNO sekalipun dengan syarat mereka terima perjuangan PAS. Jika tidak, pergilah membawa diri. Mungkin dalam isu2 lain saya boleh beralah. Akan tetapi agak Sukar saya untuk berkompromi semula dengan parti yang bukan sahaja menentang Dasar Negara Islam, akan tetapi mendesak pula PAS meninggalkan Al Qur'an dan Sunnah."


Itu kenyataan Presiden PAS Fadzil Noor. Semangat setiakawan akan tetapi tegas mempertahan Prinsip Perjuangan Parti. Malah nada Allahyarham sama seperti yang dibawa Hasan Ali. Bezanya? 



 



Pada bulan September 2001 DAP keluar dari PAS kerana menentang dasar Islam. Apabila wartawan bertanyakan hal tersebut, jawapan muda Fadzil, "No Problem, Alhamdulillah, bersyukur akhirnya kami dipisahkan dengan sebuah Parti yang memusuhi dasar Pejuangan kami"

Akan tetapi kini tindakan sebaliknya berlaku PAS pada masa kini yang nampak jelas Parti itu  semakin parah. 





PAS  bertindak memecat Hasan Ali kerana apa? Kerana Hasan Ali mempertahankan Prinsip yang nyata sama dan serupa dengan Fadzil Noor itu.  Tuduhan sama akan tetapi tindakan berbeza. 

Jika era pemerinntahan Fadzil Noor pihak yang menentang perlaksanaan Hukum Islam dipecat PAS, kini PAS bakal memecat mana2 Pemimpin dan Ahli mempeetahankannya.

Dan kenapa tidak gelar Fadzil Noor juga Agen UMNO ketika itu? Kerana pada ketika itu Parasit2 PAS belum lagi menyertai PAS malah ada yang masih tidak bergiat aktif.


 Artikel Berkaitan (Klik pada tajuk di bawah) :-



3 comments:

Pak Tam said...

Memang benar dan sokong entri di atas. Semua pihak terutama penyokong PAS mesti baca entri di berkenaan.

imam mahadi said...

siang2 kita kena tolak pemimpin yg tlh dipengaruhi pelobi2 Zionis-neoconservatif yg mau wujudkan politik Islam Pluralisme-libralisme di negara kita!...adakah anda seorang bapa islam sanggup melihat isteri dan anak2 berlainan agama dan kefahaman tinggal sebumbung?...akan berlaku nanti bila seorang bapa yg melaungkan azan subuh lantas dimarahi oleh isteri dan anak2 yg berlainan agama atas alasan mengganggu tidur mereka?...so, sendiri kena fikirlah!

wak daing said...

A.w.w. saya suka baca U.M'sia ari ni,...penulis zaini hasan (cuit) bertanya benarkah Anwar kini dikatakan tidak lagi mendapat sambutan di kawasan sendiri di Permatang pauh?...dikhabarkan ada satu insiden baru2 ni Anwar dikatakan naik berang dgn menumbuk meja di depan jentera kempennya kerana sambutan yg diterimanya dlm satu ceramah di situ sungguh mengecewakan sekali...kalau benar ini menunjukkan rakyat Islam dah sedar! ...teringat saya kpd kata2 pesanan Ybhg. Tan Sri Nordin Kardi...katanya 'sains melihat semalam telah berlalu, esok setakat boleh diramal dan hari ni dan sekarang adalah data yg pasti,... jadinya jangan menolak hari ini dan sekarang, kerana melayan peristiwa semalam dan esok belum menjanjikan apa2 tapi hanya meyeronokkan utk diramal!'...dalam maknanya tu!

Powered by Blogger.