Feb 2, 2012

MUHYIDDIN BERANI MATI - DEDAH ANWAR BAKAL BAWA PENGARUH YAHUDI.!!







Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan kenyataan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, cubaan membawa campur tangan Yahudi dan Amerika Syarikat dalam politik Malaysia.

Beliau berkata, mungkin ada kebenarannya apabila Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menganggap kenyataan Anwar itu sebagai cubaan memancing kuasa Yahudi dalam pilihan raya umum ke-13.

 



"Itu kenyataan Mubarak, mungkin ada kebenarannya. Soalnya sehingga hari ini, Anwar tidak dapat menjelaskan keadaan sebenar dan pihak Pas, parti dalam pakatan pun mempertikaikannya,” kata Timbalan Presiden UMNO itu dengan nada tegas petang tadi.

Muhyiddin hari ini telah membuat lawatan kerja di Kelantan dan berkata demikian pada Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Kelantan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Peringat.





Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian ketika diminta mengulas Ketua Penerangan Mubarak, Datuk Abdul Rahman Sulaiman yang berkata, pemerhatian pihaknya mendapati wujud tanda jelas campur tangan kuasa asing dalam politik Malaysia dan kenyataan Anwar bukti terbaru usaha membabitkan kuasa luar, khususnya rejim Yahudi dan konconya Amerika Syarikat. - BERNAMA


Artikel berkaitan (Klik pada tajuk di bawah) :-

0 comments:

Powered by Blogger.