Feb 29, 2012

KHALWAT - BADRULAMIN BIADAP GUNA NAMA ISTANA PAHANG!!








Betul ke tidak betul dakwaan beliau khalwat itu satu bab lain.Itu kena serah pada Jabatan Agama Islam Pahang selesaikan siasatan.

Namun Dr Barulamin Bahron akan jatuh jadi 'kaki kelentong' jika beliau terus cakap lebih-lebih untuk cuba bersihkan dirinya menerusi ceramah umum dan kenyataan hentam keromo.

Lagipun kes ini nampak lebih pada isu antara Pengarah Penerangan Khas pejabat Menteri Besar Selangor dengan suami wanita yang beliau didakwa berkhalwat.

Tiba-tiba kini macam satu dunia khususnya UMNO sudah jatuh berkonspirasi untuk perangkapnya - ayat biasa bagi mana-mana pemimpin pembangkang bila saja berdepan masalah.

Kata orang kalau Dr Badrulamin ada rasa malu,beliau tentu akan merasa amat malu dengan kenyataannya di ceramah di Seremban Isnin malam yang mengaitkan nama Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Gambaran yang cuba diberi nyata jauh dari kebenaran.





Pada ceramah itu Dr Badrulamin yang cuba nak cuci diri di situ dengan mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

"Dan rupanya kes saya ini juga diberikan perhatian oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah yang memang mengenali saya secara peribadi, yang dua kali saya dijemput berceramah dalam majlis beliau.

"Dan beliau tadi mengarahkan orang kanannya bertemu saya, mendengar sendiri versi saya dan berbincang sendiri dengan lawyer saya.

"Dan gambaran yang diberikan ialah kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan perbuatan fitnah, perbuatan jijik UMNO yang tidak sudah-sudah menggunakan alat fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang," begitulah beliau dipetik sebagai berkata.

Dimana agaknya Dr Badrulamin nak sorok muka bila Bernama melaporkan petang Selasa sebenarnya Tengku Mahkota Pahang yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, hanya ingin mengetahui siapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangkap kerana berkhalwat.

Lebih teruk beliau guna ayat "kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan perbuatan fitnah, perbuatan jijik UMNO yang tidak sudah-sudah menggunakan alat fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang."

Ini seolah memberi gambaran sudah sah itu konspirasi UMNO hingga mendorong Tengku Mahkota Pahang kena campurtangan untuk selamatkannya.

Menurut sumber yang sah, Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit.

Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Feb lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.

"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota.

Beliau juga sibuk menjaja cerita mendakwa pemandunya diugut.

Dalam pada itu beliau juga menjaja bahawa seorang ahli parlimen Pahang yang sekarang bertugas di luar negara ada meminta nombor telefon suami wanita berkenaan melalui ketua kampung di situ.

Ini nak tunjuk 'ada sesuatulah'.

Kalau Ahli Parlimen yang bertugas di luar negara dan mewakili kawasan Rompin...siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Soalnya kalau betul pun Ahli Parlimen berkenaan telefon ,bukankah satu perkara biasa wakil rakyat menelefon rakyat di kawasannya untuk bertanya tentang masalah dihadapi.

Apakah itu pun nak diputar macam ada konspirasi - tanpa tahu kedudukan sebenar.

Siapa tahu ini adalah masalah terpencil antara seorang suami yang tengah bengang dan bertindak cekup mereka di bilik hotel itu.

Rasanya elok Dr Badrulamin jangan main sedap mulut.

Kalau nak dapat pedoman bolehlah beliau mendapat 'kaunseling' dari orang yang beliau gambarkan macam Imam Mahadi baru-baru ini.

Sambil-sambil itu boleh tanya-tanya orang yang beliau sanjung itu bagaimana agaknya dia boleh termasuk dalam apartmen dan dirakam 'beraksi' dengan seorang China Doll.

Mungkin kot orang itu akan jawab padanya dia mengigau dalam tidor dan merangkak dari rumahnya masuk ke apartmen itu. AGENDADAILY.

21 comments:

Anonymous said...

Salam semua;
Swiss Garden Hotel adalah hotel 4 atau 5 bintang. Bagaimana boleh 20 orang gangster masuk kedalam hotel tanpa disedari oleh pengurusan dan pihak keselamatan hotel. Adakah pihak keselamatan hotel gagal mengenalpasti kehadiran begitu ramai gangster memasuki hotel dan naik ke tingkat dimana penghuni tinggal.
Jika ini benar berlaku, adalah tidak selamat untuk menginap di Swiss Garden Hotel Kuantan. Pihak Swiss Garden Hotel Kuantan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara diatas terutamanya bila ada penginap hotel mendakwa dipukul oleh gangster didalam bilik hotel.

Anonymous said...

Salam semua jugak;

Adalah tidak mustahil gangster boleh masuk hotel di Malaysia kalau kena gaya masuknya. Wallahu'alam. Sedangkan hotel di tempat lain boleh terlepas bom.

Anonymous said...

Kau ni pernah duduk hotel ke tak? Kau tau apa maksud CCTV? Kalau kena gaya 20 samseng masuk seorang demi seorang, seminit tiap seorang, perlu 20 minit untuk pastikan semua masuk. Kau tau tak untuk menggunakan lif hotel tu perlukan Room Access Card?

Anonymous said...

Wei Ustaz Tuala, ko penah tgk citer semerah padi tak?ko nih manusia jenis apa lah,dgn bini orang pun ko nak 'enter disc'.pastu nak kelentong tak kena gaya,fitnah lah,konspirasi lah.meh sini kotey ko aku jentik laju2.hawau punya ustaz!

Anonymous said...

Nak cerita sikit..

Duduk hotel lima bintang.. Berapa harga bilik semalam.. Banyaknya duit doctor ni boleh tanggung perempuan ni stay kat hotel lima bintang tu.. Cuba fikir bila last sekali kita duduk kat hotel lima bintang bayar dengan duit sendiri.. Ni boleh bagi free aje tu sebab kesihan kat perempuan tu.. Mesti dapat sesuatu punya.. Tak faham faham ke..

Doktor perubatan pun selalu duduk hotel lima bintang tapi kebanyakkannya disponsor drug company.. bukan free aje, itu pun harap doktor ni gunakan ubat yang diaorg jual..

Anonymous said...

Dr badrul ni ambil kesempatan dengan perempuan ni..

Perempuan...
Orang yang ada masalah keluarga..
Mesti nangis nangis punya..
Duduk berdua duaan..
Ops hujan tak malam tu..

Itulah masa yang paling sesuai untuk ambil kesempatan.. Seterusnya faham faham lah sendiri...

Anonymous said...

Aku rasa mesti ada rakaman CCTV dari hotel tersebut, paling tidak pun kat tempat lif atau corridor depan bilik tu.. Tak lama lagi keluarlah tu.. The truth is out there..

Anonymous said...

Dr ni kena pukul ke... Kalau ye takkan tak buat polis report sebab dah maafkan si pemukul tu.. Baik nya hati ustaz ni tak macam ahli PKR yang lain asyik buat laporan polis aje.. Mesti ada udang sebalik batu tak buat laporan polis..

Isteri dia pun lagi tak baik hati, siap buat laporan polis sebab kena pukul oleh ustaz ni..

Anonymous said...

Kalau kita satukan semua logik dan evidence yang ada, memang dah sah dr ni bersalah.. Tambah pula, macamana PKR boleh berdiri dibelakang Elizabeth Wong tapi tak di belakang Dr Badrul ni.. Fikirlah sendiri..

Anonymous said...

Harap dapat siarkan ucapan video beliau yang cuba menyabitkan tengku mahkota pahang dalam isu ini..

Anonymous said...

Bila swiss garden nak buat report polis menyangkal apa yang dikatakan oleh dr badrul ni.. Jika tidak berbuat demikian bermakna apa yang dr ni cakap betul dan sahlah keselamatan pelanggan di swiss garden tak terjaga..

Atau pun.. Swiss garden tak boleh buat laporan polis untuk menyangkal dakwaan ini kerana dr badrul tidak membuat laporan polis terlebih dahulu.. Jadi macam mana swiss garden nak report polis untuk menyangkal benda ini.. Sebab dari segi perundangan tak ada pun report dia kena pukul oleh samseng dalam bilik di swiss garden..

Tapi.. Swiss garden boleh buat report terlebih dahulu cakap nama hotel dia telah diburukkan oleh individu ini dengan mmgatakan bahawa pihak hotel tidak dapat menjaga keselamatan penghuninya..

Anonymous said...

Hotel swiss garden memamg tak selamat..

Harap swiss garden dapat buat report polis yang pelanggannya telah memfitnah bagi memberi nama buruk kepada hotel tersebut..

Mari lah kita boikot hotel ini jika dia tidak membuat laporan polis pasal hal ini..

Anonymous said...

Kena pukul dengan samseng... Satu lebam pun tak ada.. Rasa anwar ibrahim kena belajar ilmu dari dr ni.. Bodoh punya manusia.. Hanya manusia yang bodoh sahaja akan makan cakap dia ni.. Fikirlah sendiri..

Anonymous said...

Hidup elizabeth wong...

Tak ada ke ahli ahli dari PKR yang berdiri teguh dibelakang ustaz ni macam mana dia orang defend elizabeth wong sedikit masa dahulu.. Dua dua pun buat salah.. Kesian ustaz ni.. Apa maknanya..

Pemuda Telok Datok said...

salam,Tuan puctd pohon link..

Anonymous said...

salam semua,
hotel swiss garden mempunyai kawalan keselamatan yg begitu ketat dan tidak sama sekali membenarkan pihak luar masuk ke bilik tetamu dgn sesuka hati, setiap sudut hotel ini dilengkapi dgn kamera litar tertutup, adalah agak mustahil untuk 20 org masuk sekaligus kedalam bilik hotel ini dan membuka pintu bilik tanpa adanya acess card yg dikeluarkan oleh pihak hotel kecuali diatas jemputan tetamu yg mendaftar dihotel tersebut. Disini saya membantah dan ingin perbetulkan akan kenyataan yg tidak relevan oleh dr badrolamin(dr indon) berkenaan htl tersebut. Mengaku salah tidak bererti anda kalah, berkata la benar kerana segala perbuatan kamu hanya allah saja yg tahu. Apa hukum bg org yg berdusta...fikir..fikirkan lah...

Anonymous said...

akan wujud seekor lagi manusia perangai binatang, imam mahadi yg disanjung dan menjadi pemimpinya saban hari merosakan fikiran bangsa melayu, meruntuhkan akhlak islam. islam semakin rosak disebabkan manusia yg mengaku islam itu sendiri yg menjadi parasit.

kes tangkapan khalwat badrul akan dijadikan isu politik pembangkang melalui ceramah dimerata tempat. apa tindakan kerajaan dan pihak berkuasa bila jelas segala ceramah hanya semata-mata membangkitkan perasaan benci membenci dan kacau dikalangan masyarakat? jgn nasi dah jadi bubur baru kerajaan ambil tindakan, sangat banyak tindakan tidak berkesan kerajaan menangani masaalah ketenteraman awam.

Anonymous said...

Ayat anon di atas, aku sangat setuju dengan ayat ayat akhirnya itu.

Pendek kata pihak berwajib gagal mengambil langkah berkesan untuk membendung gejala yang boleh menimbulkan huru hara dan perpecahan dalam masyarakat ..

Oleh kerana mereka gagal, aku cadangkan kita minta tolong pada batu dan telur tembelang untuk membantu kita...ada setuju????

Anonymous said...

ko dah tit tot nak cari publisiti dengan oihak istana pulak...

Anonymous said...

salam semua,
aku tak caye ape ostat tu ckp, kat hotel bajed pun, klu ade operasi, pejabat agama tak boleh nak terus pi check je. die org pn kene semak kat kaunter pendaftaran dulu, ini kan org yang tak berkenaan seramai 20 org nak pakai redah je, bengong... membohong je keje ostat ni...

Jgn jadi Ustaz Badigol sudahlah said...

Nama je ustaz, tapi tak tau membezakan yang mana halal dan yang mana haram, main hentam keromo je, betul betul ustaz serabai la dia ni.

Powered by Blogger.