Feb 3, 2012

KHALID SAMAD DEDAH DOKUMEN SULIT BUKTI HASAN DIUPAH SBG. AGEN UMNO!!







"Sekarang ni nak keluar dari mulut ungkap perkataan Islam dan Melayu pun takut.. Dalam mesyuarat nak sebut Islam pun takut. Dalam Sidang Dewan DUN nak sebut Islam pun ADUN2 takut. Dalam Ucapan Majlis2 keramaian nak sebut Islam pun takut."

"BUKAN NAK MINTA AMAL ISLAM LAGI.. NAK SEBUT PUN DAH TAKUT.."

Itu antara bingkasan Ucapan Hassan Ali dalam sessi2 Ceramah beliau. Tekad beliau yang 'termakan' dengan pujukan rayu dari kalangan Pemimpin PAS beberapa belas tahun yang lalu, yang menjamin Islam bakal bersinar di Negeri Selangor apabila PAS mendapat kuasa di Negeri tersebut.

Hassan Ali bukan orang politik. Sejarah beliau sepanjang kerjaya sejak berumur awal 20an tidak ada sebarang pengaruh politik. Malah tiada seorang pun dari kalangan keluarga beliau yang bergiat aktif di dalam politik.

Apa yang dilihat kenalan2 rapat pada ketika itu, beliau seringkali mengeluh dan tidak berpuas hati apabila melihat depan mata beliau sendiri anak2 muda hingga ke warga emas sekalipun tanpa segan silu mengamalkan budaya2 yang dilarang Agama Islam. Dan ianya juga bertentangan dengan budaya Bangsa Melayu itu sendiri.



 



Hasan Ali mahu mengubah budaya dan amalan ini. Lantas bermula dari anak2 kecil dan peringkat remaja, beliau menganjurkan beberapa Kem Motivasi Kecemerlangan buat anak2 ini bagi memberi tips, peransang dan kesedaran buat mereka betapa pentingnya peranan bagi mencapai sasaran keputusan cemerlang bagi 3 peperiksaan utama iaitu UPSR, PMR dan SPM.


Hasan Ali berjaya membuktikan bahawa sentuhan perlaksanaan merujuk Islam mampu memberi kesedaran kepada pelajar2 ini. Sentuhan Islam berjaya membangkit semangat mereka untuk tekun untuk mencapai sasaran keputusan cemerlang pelajar2 tersebut.





Susulan kejayaan itu, Hasan Ali merasakan usaha beliau mesti diperluas bagi menyampaikan kepada segenap masyarakat agar mengamalkan prinsip Islam tanpa ragu2 meninggalkan perkara2 terlarang. Dan dengan itu beliau mengambil keputusan, atas desakan rakan2 dan tertera sinar 'Islam' pada nama badan parti politik tersebut, beliau memilih bergiat aktif dalam PAS.

Dengan kemasukan beliau di dalam PAS pada 1997, tanpa sebarang 'temuduga' diambil, PAS Selangor lantas terus meletakkan beliau antara jawatan tertinggi di peringkat Negeri Selangor. 

Hasan Ali memulakan gerak kerjanya dengan memperbaharui beberapa sistem pembaharuan dalam parti mengikut pentadbiran  yang lebih efisyen merujuk kepada pengalaman beliau dalam bidang Pengurusan. Kerana apa jua sekalipun, beliau mendakwa PAS mesti mendapat sebahagian kuasa Kerajaan Negeri untuk melaksanakan dasar Islam.




"Sebab apa kita mesti menentang UMNO? Sebab apa kita mesti menumbangkan UMNO? Sebab apa kita mesti menolak UMNO? Kerana UMNO enggan melaksanakan satu sistem yang berpandukan Al Qur'an dan Sunnah. Itu sahaja."


Adakah ayat ini membuktikan Hassan Agen UMNO? 15 tahun berjuang dalam PAS. Hassan Ali dengan yakin dan tawaduk menyerang Pemimpin2 UMNO yang pada hemat beliau  'lembab' dalam melaksanakan dasar Perundangan Islam menyebabkan berleluasanya gejala2 tidak sihat tidak kira di dalam Kerajaan, waimah berlaku dalam pelbagai lapisan umur masyarakat.

Berbekalkan pengalaman sebagai Wakil Rakyat Pembangkang susulan kemenangan sebagai ADUN Sungai Burong pada PRU11, akhirnya, PRU12 menjadi saksi, impian PAS menjadi realiti. Hasil usaha kerja keras beliau dan rakan2, PAS menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Selangor.



Hasan Ali tidak kisahpun jika tidak diberi jawatan MB, asalkan berada dalam satu kedudukan yang mampu melaksanakan dasar PAS yang beliau diberitahu 15 tahun terdahulu, dasar yang wajib bagi setiap Pemimpin PAS melaksanakannya, iaitu dasar  Syariah berprinsipkan Al Qur'an dan Sunnah.

Hasan Ali melihat perlaksanaan dasar Islam lebih mudah dilakukan dengan portfolio yang diberikan selaku Exco Hal Ehwal Islam dan Adat2 Melayu. 

Misi pertama dibentuk. Perlaksanaan dicapai. Satu perlaksanaan yang dianggap lebih mudah direalisasi kerana ianya termaktub di dalam Enakmen Syariah Kerajaan Negeri, yang semua Umat Islam tahu wajib ditentang. Penjualan Arak dan penyediaan Pusat Perjudian. 

Kerana beliau seringkali merujuk nasihat2 tokoh2 Ulama' yang diantaranya menyebut seorang Pemimpin Islam bukan sahaja wajib menjauhkan diri dari Arak dan Judi, malah seorang Pemimpin Islam wajib menghapuskan amalan tersebut daripada terus beroperasi. Kerana dosa besar bukan sahaja meminum arak, akan tetapi ianya juga ditanggung pihak yang bersubahat membiarkan budaya itu terus dilaksanakan.

Hassan Ali memulakan secara berperingkat. Iaitu melarang sebarang penjualan arak dan Pusat2 Perjudian mengikut Daerah yang majoritinya beragama Islam.

Akan tetapi, ianya ditentang. Bukan masyarakat yang menentang. Pemimpin yang berada di sekeliling beliau yang menentang misi ini. 


"Pemimpin DAP menentang. Pemimpin PKR menentang. Yang sedihnya, ada pemimpin PAS juga menentang. Bayangkan Tuan2, Pemimpin2 PAS seperti saya dan teman2 yang terpekik terlolong mengherdik UMNO bertahun2 lamanya di setiap ceramah kerana menentang dasar UMNO termasuklah berkenaan isu Arak dan Judi, kini bila kita (PAS) telah mendapat kuasa, pemimpin dari Parti ini sendiri yang menentangnya."


Tidak perlu disentuh isu gejala2 lain seperti Murtad dan yang lain. Isu ini sahaja sudah memperlihatkan keikhlasan Pimpinan PAS dalam melaksanakan dasar Islam.



"Saya bukan nak tutup Kilang arak. Saya mahu melaksanakan apa yang termaktub di dalam Enakmen Syariah Kerajaan Negeri. Menutup Penjualan Arak di Daerah2 yang majoritinya  Islam. "

"Apa alasan kita seorang umat Islam untuk bertolak ansur dalam melaksanakan dasar ini? Jangan kata Islam, mana2 Agamapun tidak membenarkan gejala meminum arak ini dijadikan satu budaya kerana ianya memudaratkan."

"Mungkin logik di akal juga apabila DAP menentang usaha ini. Saya beralah setelah dijanjikan akan memberi penerangan mengenai dasar Islam secara lebih efisyen kepada DAP termasuklah perlaksanaan dasar Islam berkenaan isu arak. Akan tetapi ada 'Pemimpin PAS' bukan sahaja tidak menerang, malah bersama2 DAP menentang larangan arak ini."


Itu baru perkara asas. Perkara asas pun ditolak, nak laksanakannya lebih sukar daripada Kerajaan Negeri di bawah UMNO, apatah lagi isu2 besar.

Salah satu isu yang pernah diherdik dan dihina Pemimpin2 PAS melalui ceramah2 mereka terhadap kepimpinan UMNO, menangani Isu Murtad. 

Hassan Ali yang menubuhkan satu 'Ops' yang diberi nama 'Unit Selamatkan Akidah' bukan sahaja tidak disokong rakan2 parti, malah menentang usaha murninya itu.

Isu ini dilihat klimaks kemarahan beberapa penyokong2 lama PAS Selangor. Nyata apabila ada Pemimpin PAS yang berkuasa pada ketika ini menentang gejala Murtad, PAS sah telah terpesong perjuangan asas mereka.





PAS pada ketika itu merujuk isu seorang wanita Islam bernama Siti Aisyah yang telah keluar Agama dan memeluk Agama Kristian bersama suami beliau sekitar tahun 90an. Isu tersebut adalah antara yang terawal menjadi perhatian Negara. PAS antara gerakan paling lantang menyuarakan pelbagai desakan dan pandangan mengenai isu tersebut.
 
Bayangkan jika era awal 90an PAS mendakwa isu gejala murtad telah menjangkau tahap kritikal atau 'tenat', apatah lagi jika pada ketika ini? 

Kuasa telah diberikan bukan sahaja sukar dilaksanakan, malah turut mendapat ugutan2 jahat. Dan ianya datang dari kalangan pimpinan PAS Selangor sendiri. Perlaksanaan Sistem berlandaskan Syariah bukan menjadi lebih mudah, malah ianya bertambah sukar.







"Kita sudah dapat kuasa. Apa lagi alasan yang hendak menidakkan perlaksanaan yang wajib ke atas umat Islam menentangnya? Walhal penjualan Arak apatah lagi Murtad inilah yang merupakan isu pokok yang mesti ditangani kerana kita (PAS) sendiri pernah mendakwa ianya semakin kritikal kerana era pemerintahan BN."

"Sudah2 lah herdik musuh Parti yang telah kita tumbangkan itu. Laksanakan apa yang kita bangkitkan bertahun2 lamanya. Ini bukan sahaja dihalang, malah sempat lagi menyalahkan UMNO atas isu tersebut. Pemimpin2 (Kerajaan Negeri) sudah lupa ke UMNO di Negeri ini sudah jadi Pembangkang?"


Itu reaksi beberapa Ahli Jentera PAS yang majoritinya hadir di Ceramah2 Hasan Ali dalam sessi jelajah beliau di beberapa buah Negeri. Mereka yang betahun2 lamanya berjuang taat setia menentang UMNO kerana yakin dan tawadduk bahawa PAS akan menghapuskan masalah akhlak dan akidah yang dibangkitkan berlandaskan hukum Syara'.

Kini bukan sahaja Hukum Syara' tidak dapat dilaksanakan, malah Enakmen Syariah yang sedia adapun disekat. Ini belum bicara soal Hukum Hudud dan Qisas. Agak hina apabila PAS menolak perlaksanaan2 sebegini.


 


Lebih pelik apabila dituduh pula Pemimpin2 seperti Hasan Ali ini dengan gelaran Agen UMNO.  Walhal Hasan Ali bertegas mahu melaksanakan Hukum Syariah.

Adakah Prinsip PAS kini mendakwa setiap Pemimpin Parti itu yang cuba menggunakan kuasa yang ada mendesak dan bertindak mengikut Hukum Syariah dianggap Agen UMNO?

Bagaimana ianya berlaku? Kerana UMNO dakwa mereka satu ketika dahulu sebagai puak penentang Islam? Bagaimana pula orang seperti Hasan Ali ini dianggap Agen UMNO?




Hasan Ali digelar Agen UMNO dengan mengaitkan isu Kerajaan Perpaduan. Adakah anda tahu siapa pencetus utama gerakan Kerajaan Perpaduan ini? Dan kini Pencetus gerakan tersebut berlebih2 an pula menyokong Anwar.




 Siapa yang membaca Ucapan melalui Muktamar PAS menyambut baik usaha Kerajaan Perpaduan ini? Adakah Hasan Ali? Yang pada mulanya diajak bersama2 membantu merealisasi cadangan murni ini dan akhirnya membiarkan Hasan terpinga2 lantas memecat beliau.

Walhal Hasan Ali antara individu yang paling berpengaruh menjadi penyebab UMNO tumbang di Negeri Selangor. Alasan memakan diri. Checkmate.


Akhirnya dengan penuh 'seksa' Hadi Awang terpaksa membacakan keputusan Pimpinan Tertinggi PAS Pusat yang dikuasai Pro Erdogan atau Parasit PAS memecat Hasan Ali dari PAS bukan kerana menentang piagam PAS, akan tetapi bertindak bertentangan dengan dasar Pakatan mengkritik beberapa dasar Anwar.

Alasan pemecatan yang tidak kukuh itu membangkitkan kemarahan akar umbi PAS. Pelbagai alasan2 lain menyusul akan tetapi tewas dengan penghujahan mereka. Akhirnya PAS Pusat buntu dan mengarahkan agar kesemua ahli mengabaikan isu pemecatan Hasan Ali untuk fokus pada kemenangan Putrajaya pada PRU13.




Hasan Ali tidak terlintas langsung untuk memberi sokongan terhadap UMNO. Adalah satu tindakan bodoh bagi dirinya setelah berjuang 15 tahun menentang UMNO akhirnya merujuk parti itu.  Malah Hasan Ali adalah tokoh berpengaruh di dalam PAS yang menjadi penyebab utama UMNO rebah di Selangor.

Sahabat beliau yang sentiasa menyokong usahanya tidak kira secara terbuka mahupun secara senyap tahu prinsip kita bersama. Gelaran Agen UMNO adalah jalan mudah PAS untuk menutup dasar tulen yang dibawa beliau melalui PAS.






Hasan Ali merupakan antara tokoh yang terlalu jujur dalam berdepan dunia politik. Rasa terlalu yakin pada perjuangan bersama rakan2 melalui platform PAS memakan diri dan dicantas musuh dalam partinya sendiri.

Dasar bertunjangkan Syariah adalah mustahil dapat direalisasikan melalui PAS. Itu fakta jelas berdasarkan situasi yang berlaku pada ketika ini merujuk kepada isu Hasan Ali di Selangor dan Ustaz Azizan di Kedah.





PAS dikelilingi dengan puak parasit yang menjadi turut merelakan diri menjadi tali barut meletakkan Islam sebagai perhiasan luaran parti semata2. Apabila dikaji secara mendalam, wadah perjuangan sebenar adalah Kuasa menawan Putrajaya aspirasi Raja Diktator Politik Islam Akhir Zaman bernama Anwar Ibrahim.


Tiada tempat buat PAS bagi melaksanakan dasar perlaksanaan sistem Syariah apatah lagi Hudud Qisas. Semuanya bergantung atas arahan Anwar.


Dan akan lebih parah apabila PAS di bawah pimpinan Parasit ini turut serta dalam perlaksanaan Malaysian Malaysia, satu dasar perlaksanaan yang dibawa DAP. Ianya tidak mustahil berlaku jika itu jalan terakhir mendapat sokongan 100 peratus undi Cina di Negara ini.


Akhir sekali, jika anda akan mengkaji kronologi pendirian PAS, sudah pasti anda sendiri terlintas dan mengiyakan dasar memperalatkan Islam demi kuasa politik itu semakin  liar dan kritikal.

Ianya dikhuatiri bakal memusnahkan Akidah Islam itu sendiri di masa akan datang.


1980an 
  • "Mana2 Pemimpin yang MENENTANG dasar Islam adalah KAFIR."

1990an 
  • "Mana2 Pemimpin yang MENENTANG dasar Islam adalah AGEN UMNO."


2012
  • "Mana2 Pemimpin yang MEMPERTAHANKAN dasar Islam adalah AGEN UMNO."

2020
  • "Mana2 Pemimpin yang MEMPERTAHANKAN dasar Islam adalah KAFIR."





Penerangan mengenai JATI yang ditubuhkan HASAN ALI.

Paparan VIDEO Jeritan ISLAM MELAYU DAN RAJA di bumi SELANGOR
KLIK DISINI.


19 comments:

kingnek said...

artikel mantap, syabas!

Anonymous said...

Aku dah agak dah, UMNO jugak yang kena..

Anonymous said...

Artikel yang baik, walaupun bukan semua saya bersetuju dengan isi-isinya.

Sebagai orang atas pagar - Bukan BN mahupun PR, saya x persoalkan kenapa Hasan Ali di pecat; Tetapi kaedah pemecatannya; Mengapa beliau diperlakukan sebegitu rupa? Itu satu perkara. Satu perkara lain, Mengenai komen-komen orang-orang kebanyakan; Yg terus-terusan mencerca, memfitnah, memaki hamun & seumpama -Yg terus-menerus- menjatuhkan hukuman; (Walhal, DHA tidak pernah pun dipanggil utk membela diri - Parti penentang ISA, tetapi melakukan lebih/seteruk dari ISA)

Kalau mcm nilah keadaannya, UMNO tidak memerlukan PAS sebagai pengimbang (seperti kata-kata Tun Dr.M & Pak Lah) kerana PAS secara drastiknya telah menjadi terlalu "KURUS" & ringan -seperti- orang yang mengalami penyakit dalaman yang kronik.

Pada masa ini, saya amat bersyukur kerana ULAMA muda (Ustaz Fathul Bari & rakan2) menyertai UMNO yang boleh mengimbangi penyusutan berat "BADAN" PAS yang pada saya salah satu hikmah penyertaan ULAMA MUDA ini dalam UMNO. Saya berharap ULAMA MUDA ini akan beristiqamah dalam perjuangan (menegur pemimpin & ahli UMNO) & PAS akan pulih dari "PENYAKIT DALAM KRONIK".

Wallahu 'alam

AGRO BISTRO said...

Artikel bagus, ada hujah tetapi tidak jujur.

Anonymous said...

kami ahli umno hanya bersabar menghadapai kerenah jiran2 pas. kalau memandang kami memang sebelah mata. tapi jiran pas itulah yang menyeleweng harta syarikat hingga dibuang kerja. sungguh tak disangka.akibat malu yang parah jiran pas kami berpindah. tak apalah kalau orang tuduh kami kurang islamik tapi Allah maha mengetahui amalan setiap hambanya kerana amalan itu bukan perhiasan kulit semata2 dan hasilnya kesabaran kami menerima caci dan tohmah selama ini diringankan bebannya oleh Allah SWT. Walaupun kami tidak pernah mendoakan yang tidak baik buat saudara seagama kami tapi sekurang2nya memberi pengajaran kepada kami supaya tidak menggunakan agama untuk kepentingan peribadi kerana sesungguhnya ayat Allah bukan untuk dijualbeli. Untuk Hassan Ali kami simpati tapi mungkin apa yang beliau rasa itulah yang lebih dulu kami rasai. sangat pedih bila dicaci maki oleh saudara seagama

Anonymous said...

dah la tu hasan ali. ada PHD ada kepakaran menganalisis dan bermacam macam lagi.
sekarang baru sedar masalah PAS, masalah Anuwar. tp masih tak nampak UMNO memperjuang kan islam. hanya sedikit golongan org dlm UMNO, habis kau tuduh satu UMNO. dlm PAS ada sebahagian yg mcm sedikit org UMNO, kau belasah seluruh PAS.
jgn la kerana islam habis kau musnah kan pertubuhan PAS atau UMNO. masih tamai more than 80% dlm kedua dua parti itu masih percaya akan perjuangan mereka. ketibaan hasan ali memecah kan kekuasaan melayu kepada 3 bahagian.
mungkin tampak cantik, tapi percaya la kuasa melayu yg akan membawa ISLAM kehadapan, hancur.
ini kah pejuang ISLAM? ada PHD pikir la. banyak cara lain utk menyatukan islam, bukan dgn amarah dan road show.

Anonymous said...

Saya aadalah ahli UMNO tegar, saya dah biasa kata kafir, penyokong taghut dan lain lain kata keji tapi dalam hati kecil saya berkata Parti UMNO menjalankan tugas dengan baik menyediakan sekolah, jalanraya dan hampir semua keperluan rakyat dengan bantuan di berikan. Petua ialah saya SABAR menerima tomahan PAS, tanpa membalas kata kata keji PAS. Allah bersama sama kami yang diberi rezeki halal tanpa mempunyai perasaan cemburu kepada yang kaya..Hati kami tenang beribadat dan Masjid kami kunjungi setiap waktu solat walau pun ada yang kata kami ke mesjid adalah kerja sia sia kerana menyokong UMNO. Moga Allah memberi pertunjukan kepada pemimpin UMNO kami supaya mengikut jalan yang lurus..

Anonymous said...

Walaupun secara amnya saya menyokong UMNO sebagai landasan mempertahankan bangsa ugama dan bangsa. Namun, perjuangan Datuk Hasan Ali sgt murni dan ikhlas. Semoga Allah memakmurkan hidup kita,, hidup dan mati di dalam Islam.

Anonymous said...

Sabar sikit, nanti tawan putrajaya kita tukar kpd pentadbiran islam.. Itu kata orang pas dan pkr pada hassan ali.. Baguslah kalau macam tu semua cina dap kena kencing anwar.. Tapi rasanya orang pas yang kena kencing anwar dan dap... Harap semua dakwaan hassan ali dapat di kumpulkan dan dibukukan dan disebarkan kepada rakyat masa pilihanraya nanti.. Takkan ulama macam hassan ali nak tipu.. Lagipun kita dengar mana ada orang pas saman dia cakap semua itu tipu belaka.. Suruh senyap lagi adalah...

Anonymous said...

Salam, kepada anon 8.46 dan 6.12..pandangan tuan dan sikap bersangka baik tuan amatlah terpuji. Inilah kata kata yg patut kita guna apabila beehadapan dgn sahabat PAS diluar sana. Biaqpi la apa depa ckp..umno masih pilihan hati

Anonymous said...

Actually PAS just using islam for it political gain...nothing else.
Nowadays...IT PROVEN...BULLSHIT.

Anonymous said...

Tiada wujudnya kuasa ketiga sebagaimana yang digembar- gemburkan oleh mereka yang berfikiran sempit akibat dari pemecatan Dr Hasan Ali oleh Parti PAS, tetapi setidak-tidaknya orang Melayu akan bersatu semula dalam satu kumpulan yang kuat demi kepentingan ugama islam,bangsa Melayu dan Raja ia itu melalui UMNO sendiri. Allah S.W.T menjadi satu- satu peristiwa tu berlaku ada fhadilat Nya. Semoga JATI tidak ditubuhkan sebagai Parti politik. Kami sentiasa membela perjuangan Dr. Hassan Ali selagi kami termampu bagi menegakan syiar islam. Syabas Dato"...

Anonymous said...

HUKUM KARMA ..DULU HASSAN ALI BYK CACI UMNO,..WALAUPUN DIA ULAMAK TAPI TETAP BERDOSA KALAU MENCACI ORG..AKHIRNYA CACIAN TERKENA BATANG HIDUNG DIA SENDIRI..SEKARANG BARU DIA TAHU SIAPA KAWAN DAN SIAPA LAWAN..ALLAH MAHA MENGETAHUI..ALLAHUAKBAR.

Jack Melayu & Islam said...

Saya bukan UMNO.. tapi baru 2 kali mengundi.. zaman saya belajar, 1998, Anwar di pecat. Saya tidak tergolong dalam kelompok yang sokong beliau tetapi sentimen ketika itu kuat mengatakan, ada konspirasi dan bilama Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi calon, saya menyokong PAS tetapi bukan sebagai ahli pas.

Bezanya, kalau dahulu orang seperti Utaz Tuan Ibrahim adalah menentang murtad dan ape jua agenda yang " Matlamat tidak menghalalkan cara' digunakan, saya sangat2 menyokong malah didalam kelas UIS beliau seringkali jujur menyatakan kekesalan dan kesalahan kini. Tapi semenjak dua menjak ini, saya melihat sudah halal matlamat menghalalkan cara bagi kaum Pas. Atas dasar undi dan dan perlu menempel untuk menerus cita-cita, saya lihat PAS banyak mengubah haluan perjuangan. Ini ikhlas dari saya. Saya tiada kepentingan politik. Pertama isu Kalimah Allah, kalau dahulu Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man akan tegas menolak dan akan menangis bilamana isu Aishah Bukhari , Kartini dan yang lain-lain murtad. Dengan linangan air mata beliau menyatakan kedudukan Islam kian terjeromos dengan murtad ataupun kristianisasi.. Kini Senyap sunyi. Saya merasa ralat dengan agenda PAS...
Kemudiaan bongkaknya si BABI P*K* MAH Sabu menyalak komunis adalah wira ataupun dipusingkan Mat Indera adalah wira.. Halal membunuh mereka yang bekerja sebagai polis.. lantas bila saya tidak bersetuju, rakan2 ahli PAS mengatakan saya tersalah pilih info. Halal jugak rupanya untuk mengiakan apa sahaja asalakan dikatakan oleh pemimpim mereka. Jika mat babi sabu ini menyatakan halal bau p*k& MAH sekalipun mereka akan menyokong.. malah akan mencari MAH yang lain untuk diikuti..
Kemudian digugurkan oleh mereka dengan NEGARA ISLAM. Baru tahu rupanya selama ini mereka memperjuangan agenda sesat kerana NEGERA ISLAM tiada dalam Al-Quran tetapi inilah yang disalakan oleh mereka saban tahun sebelum erat berpelukan dengan DAP.

Malas nak cerita pada kes yang lain. Bila cerita mereka akan katakan ape cerita pulak dengan Antaltunya.. video tiada, gambar superimpose, akuan bersumpah biawak padang pasar mereka jaja tetapi vidoe china doll anwar tidak pulak mereka jaja.

Pendek kata. saya berjanji ... saya tidak akan mengundi PAS lagi di PRU akan datang..

Cukuplah.. Cuma melihat pemuda umno yang sebaya dengan saya yang setiap kali jumpa berkisarkan projek itu dan ini, peruntukan itu dan ini menjauhkan saya dengan parti ini. Kenapa mereka sekadar berkisar dengan keduitan sahaja? Kenapa mereka sekadar mencari kekakayaan diri semata? Dimana perjuangan sesama bangsa? Kalau melihat dimana perjuangan demi Agama Islam , saya tidak kelihatan kecuali seorang dua.
Ini lah UMNO.. cuma mereka tidak memperalatkan agama Islam untuk kedudukan tetapi alpa dengan kekayaaan dunia. Mereka tidak menjaja Islam di kalangan MCA dan MIC ataupun sesama sendiri kerana mereka sekadar bercerita ringgit dan sen.

Nak pilih mana satu ? DAP ? Tidak sama sekali bersengkongkol dengan mereka ini.

PKR... tergadai bukan sekadar bangsa, tetapi negara malah agama jika bersama mereka.

Harap2 ada BEBAS yang boleh belasah kiri dan kanan.Biarpun dianggap tiada pendiriaan tetapi apalah gunanya kalau berpendirian tetapi mencaci agama dan bangsa...

Cuma nak tanya.. pernah ke kita dengan MCA dan DAP bergaduh dan merendahkan agama Budha mereka untuk berkuasa..

Pernahkan kita dengan PKR dan MIC berebut dan mencaci Agama Hindu mereka untuk sekeping undi?

saya cabar yang beragama Islam samada UMNO , PAS , DAP, PKR caci sedikit agama Hindu dan Buhda ataupun kalau tak berani sangat caci bangsa Cina atau India..

Apa akan berlaku sepakat mereka akan menyuruh kita memintak maaf!! tapi kita sesama bangsa dan agama saling hina menghina dan caci mencaci malah bila pihak yang lain mencaci dan menghina bangsa dan agama, sepakat pula memepertahankan mereka!!! bodoh bodoh dan bodoh anda ini .. bodoh bodoh dan bodoh Melayu sebegini... bodoh bodoh dan amat bodoh muslim sebegini...
BODOHnya adalah MELAYU DAN ISLAM... demi sekeping undi dan kuasa.. kekayaan ... pangkat ... BODOH!!!!

Anonymous said...

ha ah jack...undi la BN lagi..lepas nie barang naik...taraf hidup tinggi..jangan komplen broooo...suapkan mak mah banyak2 duittt..hahahahahah

Azizi said...

Imam Malik Rah:” Umat ini tidak akan dapat diperbaiki,melainkan di gunakan cara yang sama yang dilakukan terhadap generasi awal (para sahabat r.hum) “.(Muowatho Imam Malik)

Caranya ialah dgn menghidupkan ibu segala sunnah nabi iaitu Dakwah Kpd Allah.. Usaha ini telah mengubah kehidupan para sahabat daripada seburuk2 manusia kpd sebaik2 manusia..

Anonymous said...

anuar cuba kencing rakyat di Kluang!...tapi rakyat bantah klentong dan pembohongannya!...percayalah zaman BN dan UMNO jadi punching bag pakatan pembangkang dah berakhir... rakyat sebenarnya ada otak untuk berfikir sama ada pilih BN yg dah tunjukkan keupayaan memajukan negara! atau pembangkang yg hanya pandai cakap dan berretorik memukul gendang yang kosong sahaja!...Fikirkanlah!

Anonymous said...

kalau undi pembangkang bukan saja barang naik!!, kote bengkok pun tambah naik!(tenguklah Video terhangat di pasaran datuk Eskay!)...alamat ramai lagilah pempuan yg kena naik!..naik..naik terus naik!

Anonymous said...

kita sepatunya tidak menyokong Israel!...kerana Israel telah membelakangkan undang2 antarabangsa, dan mengadakan sekatan ke atas Ghaza!...inikah manusia yg kita patut jaga keselamatannya?...sepatutnya kita jaga jangan bagi isrel serang negara2lain!..bukan bagi dia(Anwar) sokong Keselamatan israel!... laknatullah!ana petik kata2 Dr Mahathir! untuk difikirkan bersama!

Powered by Blogger.