Feb 24, 2012

KHALID SAMAD EDAR BUKTI - HASAN ALI BAWA GERAKAN SYAITAN ALAF BARU!!?








Tampak fasiq sungguh golongan PAS mengambil kesempatan menyerang NGO yang ditubuhkan bekas Pemimpin yang pernah mereka julang satu ketika dahulu bernama Hasan Ali.



 



Fitnah pertama yang terbukti PAS sentiasa mahu umat Islam bercakaran,  cuba mengheret Siri Jelajah Road Show beliau dengan perkaitan Agen UMNO dilihat gagal, kini tuduhan paling kotor dalam sejarah Politik Islam berlaku pada parti yang tertera Agama suci itu pada namanya.

Cabaran besar Hasan Ali membawa kekuatan IMR kini semakin memuncak  puak2 fasiq PAS mengaitkan logo NGO tersebut yang hampir sama dengan simbol yang membawa unsur Syaitan. Nampak jelas serangan ini dirancang rapi apabila apa yang disebut 'pendedahan' mereka dipamerkan pada hari dan waktu pelancaran NGO terbabit.

Tiada salahnya memberi pandangan ikhlas jika benar logo tersebut tidak bersesuaian. Akan tetapi menuduh secara terus gerakan yang dibawa Hasan Ali membawa pengaruh gerakan Syaitan Alaf Baru amat durjana dan menghina perjuangan Islam dan Melayu itu sendiri, dek kerana logo tersebut.




Bagaimana sebuah NGO yang tertera misi dan visinya membawa Islam yang terkandung di dalamnya kekentalan dan kekuatan Akidah, Syariah dan Akhlak umatnya ini boleh ditafsirkan membawa gerakan Pengaruh Syaitan Alaf Baru? Ayuh cabar sahabat2 Hasan Ali seperti Harun Din, Ismail Kamus, Taib Azamuddin, adakah mereka mengiyakan itu perjuangan Hasan Ali?





Jikalau benar sekalipun tidak bersetuju dengan haluan nafas baru yang diketengahkan Hasan Ali, kenapa mesti sehingga mentafsir perjuangan Hasan Ali yang mereka ketahui terkandung dalam Piagam PAS itu sendiri, akan tetapi ditangguhkan entah seketika ataupun selama2 nya, dek kerana kerjasama DAP dan PKR menuju Putrajaya?







Sia2 sahaja Hasan Ali sehingga kini masih menghormati malah masih mengkagumi ketokohan Presiden PAS, Mursyidul dan Timbalanya, serta Ulama' Parti tersebut akan tetapi golongan2 ini membiarkan Hasan Ali terus dihina dengan satu pertuduhan yang mengaibkan perjuangan Islam Melayu yang dibawa olehnya.

Ramai berpandangan Logo JATI ini wajar ditukar kerana dikhuatiri akan menghina gerakan murni yang dibawa Hasan Ali, namun ramai yang tertanya2 kenapa Hasan Ali masih mempertahankannya sehingga Mesyuarat Majlis Syura NGO tersebut memberi kata putus. Kenapa?

Di sinilah kita dapat lihat sejauhmana keikhlasan, sejauhmana kekentalan iman dan taqwa seseorang insan bergelar Muslim membawa gerakan IMR. Di sinilah tertera padanya keikhlasan seseorang membawa perjuangan IMR jauh daripada sudut kepentingan politik dan sosial semata2. 






Kerana Islam yang dibawa JATI  bukan digunakan untuk membina kekuatan politik semata2. Islam yang diperjuangkan JATI bermatlamat membina kekuatan Islam dari sekecil2 kehidupan Muslim sehinggalah amalannya disebar ke satu sudut yang dijadikan cara hidup yang sukar ditinggalkan.

JATI mahu sedarkan rakyat Malaysia bahawa kehidupan Islam itu adalah sebaik2nya kehidupan di muka bumi ALLAH. 

Adat Melayu yang jika tidak bertentangan Agama, dipasang niatnya 'lillahi taala', maka terbitlah ganjaran pahala.

Raja itu pula adalah benteng kekuatan Syariah di Negara Malaysia tercinta.

Ini perjuangan JATI. Jika ada pihak cuba menghalangnya, waimah secara langsung atau tidak langsung, maka akan dipastikan kuasa pihak ini dirampas. Kerana pihak ini menghalang perjuangan yang dibawa Allah.

LOGO JATI? Ia adalah logo semata2. Biarlah Anggota Tokoh Agama yang dilantik membarisi Majlis Syura membuat kata putus. Tokoh2 ini jauh lebih bersih dari permainan politik yang semakin kotor.

Tukar atau tidak logo JATI bukan itu isu pokok. Malah logo syaitan itu juga bukan milik syaitan yang telah ditafsirkan di pintu Neraka. Syaitan sebenar adalah mereka yang menghalang perjuangan IMR.

Tidak mengapa jika tidak berminat akan perjuangan Islam dan Melayu, akan tetapi pihak yang menentang gerakan menghidupkan serta memperkukuh perjuangan inilah yang menturuti sifat2 Syaitan yang sentiasa memastikan Akidah, Syariah dan Akhlak umat Islam dipupuskan serta merta.


Artikel lebih PANAS (Klik pada tajuk di bawah) :-

"SETIAP BULAN..!!" - MAJLIS SYURA PARASIT PAS HANTAR LAPORAN PAS PADA ANWAR.

0 comments:

Powered by Blogger.