Feb 9, 2012

KHALID SAMAD B'JIWA MUNAFIQ - PIMPINAN PAS SELANGOR JUMPA SOKONG HASAN ALI!!?







Gambar ini dirakamkan tatkala Hasan Ali dijulang PAS Selangor selaku seorang Pejuang Islam yang tegas dan tidak sama sekali berkompromi mengenai isu yang bercanggah dengan Agama. Pada masa bila gambar ini dirakamkan?




"Khalid Digantung, Hasan Lepas." Pada ketika ini Khalid Samad dikenakan tindakan paling berat pergantungan Parlien selama 6 bulan. Sebab? Membuat kenyataan secara terbuka mengherdik Pimpinan PAS Negeri kerana tegas melaksanakan Emakmen Syariah berkenaan Isu Arak dan Judi. Kenyataan yang dibuat secara terbuka. 


"Atas rasa tanggungjawab saya selaku Ahli Parlimen Shah Alam, saya tidak bersetuju dengan tindakan keras Hasan Ali menyekat penjualan Arak dan Judi bermula di kawasan Parlimen saya. Hasan Ali sewajarnya menjaga sensitivi rakan parti terutamanya DAP dalam menguatkuasa Undang2 sebegini. Kita mesti faham dan merujuk kepada rakan parti terlebih dahulu kerana PAS dalam Kerajaan Negeri memperolehi jumlah kerusi DUN paling rendah. Manakala DAP jauh lebih tinggi jumlah kerusi DUN berbanding PAS. "


Nak laksana Enakmen Syariah kena tanya DAP dulu. Kecoh pada ketika ini walhal penguatkuasaan Enakmen Syariah baru hendak dilaksanakan dalam sebuah Parlimen di Selangor. Seolah2 hendak diharamkan terus penjualan Arak di seluruh Negeri. 

Kenapa pilih Shah Alam sebagai Parlimen Pertama? Sebab Parlimen Shah Alam lebih daripada 80% penduduknya beragama Islam. Adakah Penduduk Shah Alam majoritinya Minum arak?

Dan satu lagi. Khalid Samad telah merancang rakaman ini bersama TV3 secara eksklusif, media yang kononnya 'diboikot' Pakatan. Difatwakan Munafiq setiap individu yang menggunakan Stesen ini sebagai platform politik. Maknanya Khalid Samad ini juga Munafiq sebagaimana disebut Anwar yang menjelaskan Pemimpin2 UMNO munafiq menggunakan TV3 sebagai perkakas media mereka.




Hasan Ali tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib. Kesemua barisan Tertinggi PAS Selangor menyatakan pendirian bersama Hasan Ali kerana tindakannya itu wajib bagi setiap Pemimpin berusahanya melaksanakannya. PAS Pusat siap mendakwa kenyataan Khalid Samad ini amat serius kerana menggambarkan persepsi menolak dasar Enakmen tersebut. Malah mengherdik tindakan Hasan Ali yang melaksanakan dasar tersebut.

Apa yang disebut, tindakan Khalid Samad bertentangan dengan dasar PAS. Berat kes beliau pada ketika itu. Harini apa jua tindakan wajib merujuk Buku Jingga. Buku ini dibawa ke Mesyuarat PAS sebagai rujukan. Siapa yang arahkan? 'Manusia pilihan Tuhan' bernama Anwar.

Perbandingan tindakan Khalid Samad pada ketika itu dan Hasan Ali hari ini memperlihatkan 'reformasi' PAS dalam menggugurkan Dasar Islam berdasarkan Piagam PAS kepada dasar berlandaskan Buku Jingga. Yang bukan sahaja tiada perlaksanaan Hukum Hudud, akan tetapi tiada satu perkataan 'Islam' tertera padanya.





 Hari ini Pemimpin2 PAS Negeri yang dahulu akan berada di barisan hadapan telah ketakutan takut dicerkam Parasit2 PAS. Segala kenyataan, pergerakan dan pergaulan dilihat. Jika ada terpesong dari panduan Buku Jingga, Ugut. Sepertimana ugutan terhadap MB Kedah semalam. Hari ini Khalid Samad rasa puas. Beban perjuangan Hasan Ali yang menyekat agenda sulit bersama parasit2 membawa prinsip 'Mursyidul Am' mereka, iaitu Anwar Ibrahim.


Sokong Hasan Ali bukan kerana namanya. Bukan kerana peribadinya. Menyokong Hasan Ali kerana beliau kini tekad mahu mengukuhkan Prinsip Islam Melayu dan Raja ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia yang mengaku diri mereka adalah penganutnya.

5 comments:

Adi Kencana said...

Nak buat hukum Islam kena tanya DAP. Nak isi EXCO Agama Islam kena bagi kat PKR. Habis tu, apa fungsi PAS sebenarnya?

KJ TELANJANGKAN NURUL IZZAH & TONY PUA!! Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

elok lah tu khalid samat dah buat pencerahan dan rakyat dh sedar siapa yg munafik dan gila jawatan sebenarnya.

kingnek said...

Terus terang cakap, dalam PAS, seburuk-buruk manusia yang amat munafik adalah Khalid Samad. Yang berilmu dan berakhlak tinggi seperti Haron Din diketepikan, itu masalah PAS sekarang ni

Anonymous said...

Ingatkan si Khalid Samad ini saperti pejuang islam sewaktu zaman Rasullah..Khalid Al Waleed.
Rupa nya jauh panggang dari api.
Dia nie sebenar nya.....

Khalid Al Gereja.

Anonymous said...

kerjasama dgn DAP mesti dihormati. Nabi biarkan Abu Jandal yang dah masuk Islam terbiar di luar kota madinah (nas kata org Islam mesti dipertahankan - nas ayat Quran bukan hadith) tapi nabi lebih hormati perjanjian Hudhaibiyah. wallahu a;lam.

Powered by Blogger.