Feb 17, 2012

KEJUTAN NAJIB ESOK - STATUS BERKAITAN NEGERI SABAH!!?








Semua perhatian akan tertumpu pada majlis yang akan dihadiri Datuk Seri Najib Razak di Tungku, kira-kira 60 kilometer dari sini, esok.

Adalah dijangkakan Perdana Menteri akan membuat pengumuman yang begitu dinanti-nantikan berhubung keputusan Kabinet Persekutuan berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin di Sabah. 


Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan dan melancarkan projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di Kampung Nala, Tungku pada sebelah pagi dan melawat Kluster Industri Minyak Sawit atau POIC Lahad Datu, dekat sini pada sebelah tengah hari sebelum menamatkan lawatan dua hari di Sabah. 
 
 
Ramai penganalisis politik meramalkan bahawa Perdana Menteri berkemungkinan membuat pengumuman yang dinanti-natikan itu di Tungku, di bahagian timur Sabah bersempadan dengan bahagian selatan Filipina.


Mereka melihatnya sebagai satu "hadiah tahun baru yang sempurna bagi rakyat Sabah" yang begitu bergantung kepada sentuhan Najib bagi mencari penyelesaian berpanjangan kepada masalah pendatang tanpa izin dan projek dokumen pengenalan diri di negeri ini.


Pada 10 Februari lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dipetik sebagai berkata bahawa Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman itu semasa lawatannya ke Sabah, dijangka selama dua hari mulai hari ini.

Beliau juga dipetik sebagai berkata mesyuarat Kabinet baru-baru ini membincangkan perincian mengenai cadangan suruhanjaya itu yang menjadi topik hangat pemimpin di Sabah baik dari Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang.
Sehari selepas itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, berkata Kerajaan Persekutuan sudah membuat keputusan berhubung cadangan penubuhan suruhanjaya itu.

Dompok yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (UPKO) berkata Kabinet sudah memberikan mandat kepada Perdana Menteri yang mengilhamkan gagasan 1Malaysia, bagi mengumumkan perkara itu.

Sebelum ini, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, mahu agensi penguatkuasaan meningkatkan pengawasan bagi menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah dan diselesaikan menjelang 2012.

2 comments:

Topinai id suang pagalan said...

taeek lah musa. tak cukup2 lagi kah ko mo kasi lagas harta2 sabah nih? sudah lah tu. penduduk tempatan beratap rumbia, menjual sayur, IC pun susah ko org mo bagi!

itu pilak2 dan acho2, dapat rumah PPR, bisness baik punyer, IC dapat janji pangkah dancing. skrg nih pulak, ada fenomena baru mcm zaman haris salleh. itu pakistans are coming back bro.... diorg pun dapat kemudahan mcm pilak2 dan acho2 di atas plus dpt bantuan kewangan untuk bisness...

kenapa orang tampatan nda dapat mcm tuh? sebab diorg nih masih degil nda mau pangkah dancing...

Anonymous said...

setuju bah,

pakistan banyak sudah di sabah, sana sini buka kadai, balik-balik kena angkut polis pun itu mancam juga!

kalau pilak2 jangan cakaplah, ko stay saja 1 jam sana centre point ari cuti pun bleh nampak beratus jalan-jalan, siap gaya2 punk rock dorang lagi...

kalau betul2 sayang Sabah tolong dlu kamu setel ini hal, tu projek IC sudah jadi nanah dalam daging sma kami tanak Sabah! bertimbun-timbun itu pilak pi pej. pendaftaran minta IC!

Powered by Blogger.