Feb 2, 2012

ISU ISRAEL - RAIS YATIM DAKWA MAJORITI PEMIMPIN ISLAM DUNIA JIJIK DGN. ANWAR!!







Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, menikam dirinya sendiri apabila lebih banyak pihak mula meragui pendirian sebenar ketua pembangkang itu.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kenyataan yang dikeluarkan Anwar ketika ditemubual akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini juga telah melukai hati seluruh rakyat dan pemimpin dunia Islam.




"Saya fikir, negara dan rakyat dunia Islam tidak sebodoh itu untuk menerima gesaan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang semata-mata untuk memberi penghargaan kepada negara Israel dan kenyataan seperti itu telah melukai rakyat dan pemimpin negara-negara Islam."

Selain itu, beliau turut berkata banyak pihak terutama pemimpin negara Islam kini mula meragui kepimpinan Anwar.




"Sikap Anwar yang sering berubah pendirian itu tidak harus diterima sebagai kualiti atau sifat-sifat asas seorang pemimpin."

"Rakyat dan pemimpin dunia Islam kini akan lebih mengenali siapa sebenarnya Anwar dan ketua pembangkang itu seharusnya perlu berhenti daripada terus mendustai rakyat."
 
Anwar sebelum ini membuat kenyataan menyokong Pertahanan Israel yang antaranya berbunyi "I support all efforts to protect the Security of the state of Israel."KLIK DISINI sebagai bukti.

0 comments:

Powered by Blogger.