Feb 14, 2012

ISU ISRAEL - ANWAR CABAR PAS KELUAR PAKATAN!!?









Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini berkata adalah lebih baik PAS keluar daripada Pakatan Rakyat daripada meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal.

"Nak minta Anwar supaya tarik (balik kenyataan) ... buat apa lagi? Tariklah PAS keluar (daripada pakatan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jalinan Mesra KEMAS Parlimen Subang di Kampung Paya Jaras Hilir di Sungai Buluh.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam yang meminta Anwar menarik balik kenyataannya itu dan menyaman The Wall Street Journal sekiranya kenyataan itu telah diputar belit oleh media berkenaan.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata PAS perlu sedar rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang bukan hendak memperjuangkan agama Islam tetapi hanya memberi keutamaan kepada hal politik dan duniawi, katanya.  

Beliau berkata isu penindasan Israel bukan hanya melibatkan orang Islam semata-mata tetapi juga penganut agama lain seperti Kristian, yang juga kehilangan tanah, harta benda dan orang yang mereka sayangi.

Mohd Shafie berkata Barisan Nasional konsisten dengan pendiriannya menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang Israel.


4 comments:

Anonymous said...

UMNGOK/BEE END NI MMG SUSAH NAK TERIMA KENYATAAN DARI PIHAK PEMBANGKANG....SUDAH BNYK CONTOH SEBELUM2 NI....TENGOKLAH DGN KES2 YG UMNGOK LAKUKAN...AKHIRNYA DIAM MEMBISU AJE....RAKYAT YG SILENT AKAN BANGUN PADA PRU13 NANTI....INSYALLAH AKAN JATUHKAN UMNGOK/.BEE END... ;)

Anonymous said...

fadzil Baling-PAS ke NGOK Kot-Takkan tak pecaya kot kat WSJ-dulu depa kata Akbar Arus Perdana Negara tak boleh pakai(Harakah saja Betoi)-berapa kali dah Utusan kena saman-tapi memamg la- setengah org PAS ni pemikiran depa dah Jumud-had depa buat,depa kata semua betoi-UMNO,BN buat semua tak betoi-Subsidi,bantuan depa dulu-dulu lagi isi borang dan dapat pulak tu, duit tu tak haram ka?

lovvee said...

klu cmtu aku pn nk sokong ISRAEL love ANUAR IBRAHIM sbb BN suka bt susah rakyat ja selama ni sokong pkr bleh dpt semua FREE apa keperluan hidup aku ni,.,.......

Belacak said...

Aku pun nok sokong PR... dapat semuanyer free beb... Negara Berkebajikan lah kata kan.

Powered by Blogger.