Feb 10, 2012

ISU ELI WONG MAKIN KRITIKAL - KHALID GAGAP DAKWA AZMIN ALI BACUL!!







Helmi Malek cuma ikan bilis goreng saja kalau nak dibandingkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PKR.Namun penahanan ' Azmin Helmi'  di Batam Jumaat lalu yang sudah disahkan sebagai Helmi tentunya akan membuka satu eposid baru dalam isu penyebaran gambar separuh bogel Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong pada tahun 2009.

Lelaki yang beralamat di Ampang ini diketahui adalah boyfriend Elizabeth dan pernah bekerja sebagai pembantu kepada seorang ahli patlimen pembangkang  di Selangor.

Sekalipun Helmi diburu polis sejak tiga tahun lalu kerana isu gambar itu sebenarnya  ada hal lebih besar yang dikatakan belum beres yakni modus operandi pembangkang untuk ' cover line' soal moral pemimpinnya.

Imbas kembali - sebenarnya ramai yang macam nak termuntah apabila tengok aksi pada sidang akhbar Elizabeth di ibupejabat PKR pada 18 Februari 2009 sewaktu kemuncak isu itu hingga sebelumnya  mendorong beliau hendak letak jawatan Exco.

Beliau bukan sahaja diapit oleh sebilangan pemimpin wanita PKR malah mereka berpelukan tanda solidariti dalam menghadapi isu ini.

eli-pkr

Solidariti dalam politik tidak salah - cuma isunya tidak kena langsung - kerana di sebalik isu gambar itu, soal yang cuba dipendam ialah Elizabeth dikatakan bersekedudukan dengan Helmi,seorang ahli parti yang beragama Islam dan sudah beristeri.

Maka secara tidak langsung peluk cium dan hilai tangis soladiriti itu tidak lain tidak bukan seolah mereka mendokong satu perbuatan tidak bermoral - sekalipun Elizabeth bukan beragama Islam.

Alasan mereka ialah Elizabeth menjadi mangsa 'pencerobohan peribadi'  - tanpa mempedulikan dakwaan beliau bersekedudukan dengan seorang lelaki Islam, yang senang-senang boleh masuk keluar rumahnya dan juga boleh mengambil gambar-gambar panas.





Lebih nak buat ramai naik termuntah ialah apabila Elizabeth ' mengsucikan  diri'  melalui pertemuan dengan Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk mendapat ' petunjuk'.

Beliau kemudian tampil dengan ayu berbaju kurung memberi ceramah di Kelantan. Itu semua sejarah. Begitu juga soal Helmi tiba-tiba menghilangkan diri.
Memang sebelum ini sudah berlegar cerita mengatakan dia melarikan diri ke Indonesia....dan penahananya di Batam kerana memilik dokumen pengenalan diri palsu mengesahkan cerita itu.

Antara yang menarik untuk diperhatikan sekarang ialah kenyataan Helmi sebab dia lari dan siapa yang membiayainya seperti dilapor oleh portal berita Indonesia Detik.


 


"Saya memilih menetap di Indonesia walaupun izin tinggal telah berakhir karena di Malaysia oleh pihak keluarga dan pimpinan anggota Partai Malaysia menyarankan agar saya berubah dulu di Indonesia.


Keselamatan saya tidak lagi terjamin di Malaysia ini terkait dengan ancaman terhadap saya oleh pemerintah Malaysia yang mungkin atau menjadikan saya sebagai tumbal dan alat politik dari pihak yang berkuasa di Malaysia," kata Azmin kepada petugas Imigrasi Batam.

Kalau mengikut kenyataan itu andaian yang boleh dibuat ialah pelarian Helmi ke negara itu adalah  dengan restu keluarga dan pimpinan partinya yakni PKR.

Juga andaian yang tidak kurang menarik ialah tentang siapa yang membiayainya sepanjang tiga tahun berada di sana.

Ini kerana tanpa dolumen yang sah sukar baginya mendapat pekerjaan apa lagi dia juga mengaku sudah ' ronda-ronda sakan' sekitar Indonesia selama ini.

Helmi dipetik memberi alasan kononnya keselamatannya tidak terjamin jika berada di Malaysia dan mungkin dijadikan alat politik oleh kerajaan Itu skrip biasa bagi pembangkang apabila menghadapi sesuatu isu begini.

Jangan lupa Anwar sendiri pernah mendakwa keselamatannya terancam masa awal dakwaan kes liwat Saiful Bukhari Azlam hingga lari ke Kedutaan Turki  tetapi tiada siapa yang jentiknya sampai hari ini.

Soalnya kenapa Helmi lari dan tidak serah diri saja pada poliis yang mahu menyiasat kes penyebaran gambar panas Elizabeth.

Rasanya tidak salah jika ada pihak yang membuat andaian tindakan itu untuk elak ' pecah lobang' makin melarat dalam isu berkenaan.

Dan...jika betul pelariannya ke Indonesia mendapat restu dan dibiayai oleh partinya atau sesiapa dalam parti itu...soalnya sudah tentu mengapa dan apa yang hendak disorok sangat.

Helmi pasti ada jawapannya...mungkin juga Elizabeth dan PKR. Siapa agaknya yang paling berdebar sekarang?

Namun jangan hairan jika semuanya buat kering saja. Apa nak hairan...tengok saja lagak bos besar boleh buat bodoh saja dengan kes video seks 99.9 persen tulen yang belum beres - AGENDADAILY.

0 comments:

Powered by Blogger.