Feb 26, 2012

HAH!! - NAJIB KECUT TELOQ DGN. ANWAR UMUM TUTUP PROJEK LYNAS!!?







Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.

Perdana Menteri berkata kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.

"Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi 'scientific evidence' projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat," katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama masyarakat Sekinchan di SRJK (C) Yoke Kuan, di sini, hari ini.

Katanya kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.






"Dan kita tidak akan beri 'lesen operasi' melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat," katanya.

Ditanya mengenai perhimpunan yang diadakan di Kuantan pagi ini bagi membantah projek itu, Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat.

"Tetapi apa yang mereka lakukan bukanlah mencari satu penyelesaian. Kita (kerajaan) nak cari satu penyelesaian yang dapat diterima oleh rakyat, di samping itu tidak menjejaskan pelaburan kita, sekiranya pelaburan itu tidak mendatangkan bahaya dan mudarat kepada komuniti tempatan," katanya.   LAPORAN BERNAMA.


Artikel Sebelum ini (Klik pada tajuk di bawah) :-


2 comments:

Anonymous said...

KURANG AJAQ PUNYA PENULIS. TELOQ PAK HANG LA KECUT.

Anonymous said...

Macam tu la bahasa depa, bukan reti hormat org. depa ni kalau ikan tangka besiang lepas tu kita buat asam penas-baru buleh tambah asam sebab depa kan kurang asam. kalau dak pun kita kelak lepas tu kita boh garam kunyit-ini misti geng mat sabu indera.

Powered by Blogger.