Feb 2, 2012

HADI AWANG & USTAZ AZIZAN SERTAI NGO 'JATI' PIMPINAN HASAN ALI..!!?







JATI sebuah NGO yang bakal ditubuhkan secara rasmi sebagai platform buat Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor merealisasi matlamat mempertahankan Akidah Umat Islam yang semakin dihimpit cubaan dakwah Kristian yang sedang bergerak aktif secara 'belakang tabir.'

Nyata Hasan Ali tidak menyertai UMNO sepertimana yang diramal Pro Erdogan PAS yang kini semakin liar digelar Parasit PAS.





Beliau sememangnya tidak berminat dengan UMNO kerana merasakan perjuangannya lebih serasi dengan PAS. Akan tetapi tertiupu dengan pengaruh Parasit PAS yang juga digerakkan Khalid Samad menjadikan Piagam PAS sekadar sebuah naskah buruk semata2.

Ramai yang mempersoalkan kenapa NGO ditubuhkan, tidak parti politik baru? Sepertimana yang disebut Hassan Ali bahawa beliau bakal menyertai semula PAS setelah berjaya membuang Parasit2 dalam Parti yang kini semakin besar pengaruhnya.






Apa inti perjuangan JATI? Sudah pasti ianya diungkap dengan potongan ayat yang dijadikan jatidiri setiap ummah. Perjuangan JATI adalah "Jaringan entiti-entiti yang beri’tiqod untuk mempertahankan agenda IMR melalui orientasi da’awah berlandaskan pemahaman, penghayatan, pembinaan, pengamalan, pemeliharaan dan perjuangan AQIDAH YANG KUKUH DI KALANGAN UMAT ISLAM SEBAGAI TERAS PEMBANGUNAN NEGARA."

Siapa sasaran JATI? Sudah pasti segenap Umat Islam yang cintakan Agama Suci agar terus dipelihara daripada dirosakkan angkara pengaruh musuh Agama. Sebelum ianya tenat menunggu masa 'mati', ianya wajar dihindar segera.

Sudah pasti sasaran dari kalangan Umat Islam di Negara ini yang akan menyertai JATI adalah dari kalangan ahli2 PAS sendiri, yang turut ditipu oleh Pemimpin2 Parasit. 



 



PAS di peringkat akar umbi merasakan perjuangan Islam yang dijanjikan bukan sahaja tidak dapat dilaksanakan di bawah Pakatan, malah ianya bertambah rumit lagi sukar jika dibandingkan sebelum ini.

JATI juga bakal menggabungkan kesemua NGO2 yang perjuangannya mewakili Agama Islam, perjuangan yang bertunjangkan Bangsa Melayu dan perjuangan yang menanam semangat menyanjung Raja2 yang menjadi nadi pertahanan kuasa Melayu di dalam Pentadbiran Negeri mahupun Persekutuan.

PAS terutamanya dari kalangan Parasit bakal 'menfatwakan' pengharaman mana2 ahli Parti menyertai NGO pimpinan Hasan Ali ini. 


 
Gambar pertemuan beberapa hari sebelum Hasan Ali dipecat sebagai Ahli PAS.



Ini kerana bukan sahaja dari kalangan Pimpinan Akar Umbi PAS bakal menyertainya, akan tetapi beberapa Pimpinan Atasan PAS turut sedang memikirkan untuk turut serta dalam membawa perjuangan murni yang dilihat lebih telus dan terbuka.

Antara nama2 yang disebut sebagai pencetus idea penubuhan JATI adalah Prof. Dr. Harun Din dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Malah sudah pasti Ustaz Nasha dan Harun Din mengalu2 kan malah lebih bersemangat untuk terus berjihad jika Hadi Awang dan Ustaz Azizan turut sama menyertai JATI.

Untuk penjelasan lebih lanjut berkenaan JATI, sila KLIK DI SINI.


2 comments:

Anonymous said...

KITA dibubarkan..

satu lagi arahan anwar ibrahim...

Banyak ahli KITA dok mengutuk pembangkang... Sepatutnya serpihan yang diwujudkan untuk sokong pembangkang...

Pegi mampus sama zaid ibrahim.. Lepas ni boleh join DAP..

Anonymous said...

Zaid kuat wayang

Powered by Blogger.