Feb 2, 2012

HADI AWANG SEKSA KENA 'MAKAN' DGN. PARASIT PAS - MB KEDAH.








Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia memberi penjelasan terperinci mengenai isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kepada pemimpin PAS jika diminta berbuat demikian.

Saya bersedia memberi penjelasan terperinci mengenai isu itu pada mesyuarat politik bulanan PAS jika diminta berbuat demikian,” kata Azizan kepada media hari ini.

Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah berkata walaupun keputusannya untuk menggantung lima pelajar KUIN mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan rakan-rakan Pakatan, namun ia tidak menggugat kedudukannya sebagai menteri besar.

Sebaliknya, Azizan mendakwa kedudukan beliau semakin kukuh dengan sokongan daripada ahli-ahli PAS di peringkat pusat dan negeri.


 

 Hasan Ali ketika melawat Ustaz Azizan di IJN. Beliau dimasukkan ke Hospital tersebut sehari selepas Kerajaan Negeri Kedah menarik semula perlaksanaan Enakmen Syariah untuk menutup sementara Pusat Hiburan pada bulan Ramadhan atas desakan DAP Kedah.



“Siapa yang betul, saya atau depa (mereka), sekarang depa merasa malu sebab dah tersilap,” katanya lagi. PAS dijadual mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat pada 12 Februari depan.

Dalam perkembangan berkaitan, The New Straits Times pula memetik Azizan membidas Bekas Pensyarah UIAM Prof. Aziz Bari dan Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad kerana cepat menyalahkan beliau sebelum memeriksa fakta kes.


Dakwanya, kelima-lima pelajar yang digantung itu adalah mengikut Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan bukannya di bawah Akta Unversiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mahu dihapuskan oleh Pakatan Rakyat jika berkuasa, seperti yang dilaporkan.

Nik Nazmi pula meminta supaya Pakatan bertindak terhadap Azizan kerana tindakan terhadap lima pelajar itu bercanggah dengan kandungan Buku Jingga yang mahu menghapuskan AUKU.


Lagi Artikel Parasit PAS (Klik pada tajuk di bawah) :-


2 comments:

Padijantan said...

ini ceritanya...
klik http://www.youtube.com/watch?v=HKUIbhk4ogQ

Anonymous said...

Tengok kat baju Azizan...

Ada lambang PKR belah kanan dan PAS belah kiri..

Mana lambang DAP... Tak ada.. Tak kan terlupa kot...

Itu menunjukkan ulama seperti Azizan tak mahu dan tak akan bersengkokol dengan parti LAKNATULLAH DAP... Tapi sayang ada ramai parasit dalam PAS yang dok mencium pungkok DAP..

Powered by Blogger.