Feb 2, 2012

ULAMA' PAS WARNING HADI AWANG - "HATI KOTOR JIKA DGR. BISIKAN SYAITAN ANWAR..!!"







Dewan Ulama Pas tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan The Wall Street Journal.
 
Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, tidak sepatutnya isu keselamatan Israel ditimbulkan kerana keutamaan pada masa ini adalah kepentingan serta hak rakyat Palestin yang wajar dikembalikan.

Beliau berkata, masyarakat Palestin telah lama tertindas di tanah air sendiri, oleh itu setiap rakyat negara ini perlu menyokong penuh perjuangan mereka.






''Saya tidak bersetuju dengan dia (Anwar) kerana mendahulukan soal keselamatan Israel. Isunya sekarang ialah penderitaan rakyat Palestin. Jika dia (Anwar) mendahulukan soal Palestin pasti saya bersetuju.

''Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, kita wajib menyokongnya dengan harapan rakyat Palestin akhirnya dapat hidup di tanah air mereka sendiri dengan aman,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas temu bual Anwar bersama The Wall Street Journal pada Khamis lalu yang antara lain Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dipetik berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.




Harun berkata, isu Palestin merupakan isu sejagat dan selama ini ia telah disepakati oleh semua parti di negara ini sama ada pihak pembangkang mahupun kerajaan.

Malah beliau berkata, sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersepakat dalam isu Palestin.

''Mereka pernah bersama-sama berpidato di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin. Ini membuktikan isu Palestin adalah isu sejagat yang disepakati oleh semua pihak di negara ini.


Gambar pertemuan beberapa hari sebelum Hasan Ali dipecat sebagai Ahli PAS.



''Kerana apa? Kerana ia melibatkan soal asas dan soal prinsip,'' ujarnya lagi.

Sudahlah Harun Taib. Lebih baik tidak lagi bersubahat dengan individu seperti Anwar. Sertai Kumpulan Harun Din. Berbincang kerana beliau kini sedang memikirkan untuk  sertai NGO diberi nama JATI atas ilham Hassan Ali. Baca Artikel di bawah.


KLIK PADA TAJUK - HADI AWANG & USTAZ AZIZAN SERTAI NGO 'JATI' PIMPINAN HASAN ALI..!!?

1 comments:

Anonymous said...

Pak2 lebai ni berlakon memang pandai...
depan cakap lain..fuhh berani beb...belakang terus jadi pak angguk saja, ingatkan nak tegur tapi mcm burung belatuk, tetiba mulut terkunci tak mampu buat apa2 silap2 siap mintak maaf lagi..

yg disalahkan umno jugak...

Powered by Blogger.