Feb 5, 2012

DENDAM - RAFIDAH AKUI MASIH NAK JAWATAN WANITA UMNO!!








Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menolak desakan Tan Sri Rafidah Aziz supaya beliau mengundurkan diri selepas terheret dengan skandal projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Bercakap kepada wartawan selepas majlis penyampaian hamper sempena sambutan Maulidul Rasul, di Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur hari ini, Shahrizat berkata beliau tidak akan mengulas kerana dia tidak mahu dianggap kurang ajar terhadap bekas ketuannya itu.

"Saya tidak mahu serang orang yang lebih tua daripada saya, saya datang dari keluarga di mana ibu bapa saya mengajar saya untuk tidak kurang ajar kepada sesiapa, lebih-lebih lagi mereka yang lebih tua daripada saya, jadi saya akan tutup mulut," katanya.

Khamis lalu, akhbar Malay Mail menyiarkan pada halaman utamanya, gesaan Rafidah supaya penggantinya meletakkan jawatan kerana menimbulkan masalah kepada Umno.

7 comments:

Anonymous said...

Tak pe lah Kak Jat, tak nak undur pun tak per, itu hak mutlak Kak Jat. We respect your wish. Pengundi pun ada hak untuk mengundi atau menolak kak Jat dalam PRU akan datang KALAU Kak Jat dicalonkan oleh Tok Jib. If the result is not on your or BN's favor you have to respect our wishes too.

Anonymous said...

Ko kat kwsn dia ker der..??? Mai habaq brp persen kat kwsn dia dok benci kak jat....??? PRU akan dtg, yg nyata Penipu Rakyat ( PGayR, PASberg, DAPigs ) pasti akan tumbang dengan cara yg paling hina dan memalukan....

Anonymous said...

Idup kak Jat.. Ni lah semangat wanita kaum ibu..cayalaa

Anonymous said...

RAFIDAH TU GILA BABI DOK GILA NAK BERKUASA LAGI KOT

Anonymous said...

zaman rafidah dah berlalu, cukup2 laa bagi peluang pulak kat orang lain, shahrizat dah okay, cuma yg tak okay bila dia bawak semua anak beranak masuk company

Anonymous said...

Rafidah ni pun satu hal , orang dah reject dia , ada hati nak kembali lagi sebagai ketua wanita ?

shahrizat kalah , rafidah juga kalah , tapi Pak Lah lantik Shahrizat walau kalah , itu yg Rafidah gila meroyan tu , dendam bawa mati !

Rafidah tu dah tua, kulit muka pun dah kedut 7 lapis , tak puas2 lagi ke jadi menteri ..jadi ketua wanita sekian lama?

sudah2 la tu Rafidah , bawaklah beramal sikit, pergilah ke mekah , atau duduk rumah amal ibadat, umur pun dah senja , bila2 masa boleh mati, jgnlah tamak sanggat , berilah peluang pada orang lain , awak duduk diam2 sdh la ....

Anonymous said...

Rileks sikit sahabat...

Kita tunggu apa SPRM cakap, dan apa keputusan Najib..

Saya percaya najib akan buat keputusan yang terbaik untuk negara dan memenangi PRU13 nanti... Kita tak nak ada persepsis yang kurang baik didengar pada masa PRU nanti walaupun Sharizat tak bersalah.. Kita kena akui sekarang, yang NFC tu memang nampak macam ada penyalahan guna dana yang diberi kerajaan kepada pihak suami dia, bukan dia, dan BN pun tak salah bagi project tu kalau keluarga dia memang berkemampuan dalam menjalankan projek besar seperti tu.. Lebih baik bagi kat org melayu dari bagi kat org cina..

Janganlah kita condemn pemimpin yang seru sharizat letak jawatan pula.. Tak semestimya mereka hendak jawatan itu.. Tak kan lah kinabatangan pun nak jawatan tu.. Itu hanya prndapat mereka sahaja.. Tapi yang baiknya biarlah semua senyap dulu dan lihat apa krputusan SPRM dan Najib nanti..

Powered by Blogger.